CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

KEB peroleh lampu hijau bina LPB RM7.07b

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUMPULAN Europlus Bhd (KEB) memperoleh \'lampu hijau\' daripada kerajaan untuk melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (LPB) dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak yang dianggarkan bernilai RM7.07 bilion.\rLebuh raya baru itu akan meliputi jarak 316 kilometer (km), dengan 224km adalah laluan bertol, manakala 92km lagi bebas tol.\r\n\n\n\n\r  Kumpulan Europlus dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia semalam berkata, kelulusan itu diberikan kerajaan menerusi Unit Perkongsian Awam Swasta di Jabatan Perdana Menteri kepada West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE), iaitu anak syarikat 64.2 peratus miliknya.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, ia diberikan selepas selesainya rundingan mengenai terma teknikal dan kewangan, termasuk syarat perjanjian projek dan konsesi LPB yang berlangsung sejak 1 April tahun lalu.\rTerma yang dipersetujui itu membabitkan enam perkara, iaitu pembinaan LPB akan dilaksanakan menerusi konsep bina-kendali-pindah (BOT) dengan tempoh konsesi selama 60 tahun.\rDi bawah terma kedua , KEB berkata, bagi meningkatkan daya maju projek berkenaan, kerajaan akan menyediakan dana pembiayaan menerusi konsep Pinjaman Sokongan Kerajaan (GSL) kepada WCE membabitkan jumlah RM2.24 bilion.\rKatanya, dana pembiayaan yang akan bermula tahun depan itu membabitkan kadar faedah empat peratus setahun dan subsidi faedah, sehingga tiga peratus dari pinjaman komersial bagi tempoh 22 tahun.\r\n\n\n\r“WCE dengan Kementerian Kewangan akan memuktamadkan semua terma GSL dan subsidi faedah berkenaan kelak,” katanya.\rKEB berkata, bagi terma ketiga, pendapatan tol melebihi jumlah trafik yang dipersetujui akan dikongsi berdasarkan nisbah 70:30 antara kerajaan dan WCE dalam tempoh pembayaran GSL, dan seterusnya dengan nisbah 30:70 selepas pembayaran balik GSL dibuat sepenuhnya.\rKatanya, terma keempat pula membabitkan kos pengambilan tanah yang mana kerajaan akan menanggung perbelanjaan sehingga RM980 juta, sementara terma kelima meliputi syarat bahawa kerja pembinaan untuk projek berkenaan harus dilaksanakan WCE menerusi tender terbuka.\r“Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa perjanjian konsesi yang mengandungi semua terma yang dinyatakan akan dimeterai antara WCE dan Kementerian Kerja Raya yang akan bertindak bagi pihak kerajaan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119556 Replies : 3088
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 9152 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 9397 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 9343 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24250 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049478 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list