CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Norizan tidak mahu Perak berpesta lagi

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEMENANGAN 2-1 ke atas FELDA United memberi kelegaan buat Perak mengumpul tiga mata selepas menyedari tuan rumah terlalu kebal ketika perlawanan di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, Melaka.Selepas juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor dan Sabah kecundang di gelanggang berkenaan, kemenangan terbabit menyaksikan FELDA gagal mempertahankan rekod bersih terbabit sambil Seladang bermain selesa  memperkukuh kedudukan di tangga ketiga carta.\n\n\n\n  Jurulatih Perak, Norizan Bakar berkata, memang dia sedikit gusar dengan kemampuan tuan rumah beraksi cemerlang di gelanggang berkenaan.\n\n\n\n\n “Saya berpuas hati dengan persembahan dan sentuhan semua pemain Perak selepas lima perlawanan ini. Malah prestasi  import Michael Kubala dan Akmal Rizal Rakhli juga amat memberangsangkan.“Malah pemain gantian juga tetap memperoleh pujian menerusi usaha mereka membantu kemenangan pasukan,” katanya.Katanya, misi memburu tiga mata berdepan Sarawak selepas ini menjadi keutamaan dengan prestasi pemain akan diberi perhatian untuk memburu tiga mata tambahan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060418 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list