CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

‘Ghaddar hebat tapi tandus’

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
WALAUPUN baru mencetak dua gol, itu pun melalui sepakan penalti, tetapi ketua jurulatih Kelantan,  Peter James Butler tetap menyanjung tinggi peranan dimainkan pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar dalam membantu kemenangan The Red Warriors.Butler berkata, dia memahami kekecewaan Ghaddar yang masih gagal menambah gol, tetapi percaya hanya masa akan membuktikan kemampuan sebenar penyerang itu kerana berpendapat musim masih panjang.\n\n\n\n  “Saya tidak menafikan kehebatan Ghaddar, cuma nasib tidak menyebelahinya. Dia (Ghaddar) beraksi cemerlang dan banyak membantu mengatur gerakan kepada rakan lain seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) untuk menghasilkan jaringan buat pasukan.\n\n\n\n\n  “Saya tahu dia (Ghaddar) hanya menjaringkan gol melalui sepakan penalti setakat ini dan itu bukan satu kegagalan. Sebaliknya, dia sudah membuktikan kemampuan dengan kemahiran tinggi dalam mengawal bola dan membantu mengatur gerakan untuk rakan menjaringkan gol buat Kelantan.“Saya juga ingin menegaskan tidak menilai prestasi penyerang melalui jaringan, sebaliknya sesiapa yang menjaringkan gol tidak penting, tetapi yang penting pasukan menang,” katanya selepas Kelantan membenam Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Razif Ismail berkata, pasukannya mengakui kehebatan pasukan Kelantan di hadapan ribuan penyokong sendiri.“Saya akur keputusan malam ini (malam kelmarin) kerana kami berdepan pasukan dibarisi pemain berpengalaman. Ia belum mematahkan semangat kami bangkit semula,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.077433 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list