CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Cabaran Barcelona ‘kian hanyut’

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BARCELONA: Tiga hari selepas Barcelona menamatkan impian Real Madrid mempertahankan kejuaraan Piala Raja-Raja Sepanyol, juara bertahan Liga Sepanyol itu sekadar seri 0-0 dengan Villarreal di tempat lawan, awal pagi semalam.\rIa sekali gus makin memudarkan harapan Barcelona meraih kejuaraan liga buat musim keempat berturut-turut memandangkan Real kian selesa dengan kelebihan tujuh mata di tangga teratas hasil kemenangan 3-1 ke atas Real Zaragoza.\r\n\n\n\n\r  Barcelona yang sudah mencicirkan 13 daripada 30 mata di tempat lawan terlepas beberapa peluang terbaik menerusi Lionel Messi dan Cesc Fabregas pada aksi yang berlangsung di Stadium El Madrigal itu.\r\r\n\n\n\n\n “Masih ada baki 18 perlawanan dan saya mahu pemain terus berjuang untuk setiap satu mata seperti apa yang kami lakukan pada perlawanan ini. Jika terus beraksi seperti ini, kami akan meneruskan musim terbaik. Saya langsung tak kecewa dengan pemain,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.\rSementara itu, di Santiago Bernabeu, Zaragoza bermula baik mendahului menerusi Angel Lafita seawal minit ke-11, namun akur dengan tiga gol dibalas Real menerusi Kaka (32), Cristiano Ronaldo (49) dan Mesut Ozil (56).\rReal kini menang sembilan daripada 10 aksi di laman sendiri sepanjang musim ini dengan satu-satunya kekalahan itu ialah kepada Barcelona, Disember lalu.\r“Kami tak boleh sentiasa terus menang dan juga tak boleh melepaskan banyak gol di tempat sendiri atau tempat lawan. Ini yang perlu kami perbaiki,” kata Kaka merujuk kepada statistik gawang Real yang tetap dibolosi sepanjang 10 aksi di laman sendiri itu. –  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057923 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list