CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

Ghaddar atau Antwi

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KELANTAN mungkin menggugurkan sama ada Mohammed Ghaddar dari Lubnan atau Denny Agyare Antwi dari Ghana dalam kancah Liga Super selepas mengikat bekas pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, semalam.\rKelantan yang dilihat serius menerajui liga musim ini, mengambil tindakan segera mendapatkan Nwaneri dan kelibat pemain itu dapat disaksikan dalam perlawanan persahabatan dengan skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.\r\n\n\n\n\r   Begitupun, siapa yang bakal digugurkan masih menjadi teka teki dan difahamkan keputusan akan dibuat selepas dua aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan dan kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu, Sabtu ini.\r\r\n\n\n\n\n   Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, selain persiapan tambahan untuk Liga Super, The Red Warriors juga mahu menguji Nwaneri yang mengumpul 33 kaps sejak 2005 dan pernah beraksi dengan Kazma Sporting di Kuwait tahun lalu.\r“Perlawanan persahabatan ini menjadi peluang terbaik bagi kami menguji Nwaneri di posisi pertahanan tengah Kelantan, selain menguji seorang lagi pemain import, Samad Okocha Awudu yang dijangka tiba Khamis ini. \r“Kami berharap dapat melakukan pemilihan dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum 13 Februari,” kata Azman yang juga pengurus pasukan.\rMengulas mengenai kedudukan Mohammed Ghaddar dan Antwi, dia menjelaskan pihaknya belum memutuskan nasib kedua-dua pemain itu hinggalah tarikh akhir pendaftaran import 13 Februari ini manakala dua pemain import yang didaftarkan untuk Piala AFC sebelum ini, Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) mungkin dipinjamkan kepada Kuala Lumpur.\r\n\n\n\rSementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dalam laman sosial Facebook, mengesahkan KAFA sudah menandatangani kontrak dengan Nwaneri, semalam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.059702 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list