CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

‘Kami berjuang habis-habisan’

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LEE Chong Wei berharap skuad negara mampu menjelmakan semangat berpasukan yang utuh buat mengharungi liku melepasi pusingan kelayakan Piala Thomas-Uber yang dijadualkan berlangsung di Macau, 13 hingga 19 Februari ini.Baginya, biar sesiapapun lawan yang berada di depan mata, setiap pemain perlu memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam gelanggang dan tidak dibelenggu perasaan mudah menyerah kalah.\n\n\n\n   “Saya tahu skuad kali ini bukanlah yang terkuat. Apa yang penting ialah memberi sepenuh perhatian kepada perlawanan, dan menang atau kalah itu tidak mengapa kerana yang utama adalah semangat. \n\n\n\n\n   “Saya harap boleh bermain yang terbaik untuk dapatkan mata pertama pasukan. Tetapi untuk masa ini, saya tidak mahu terlalu memikir terlalu jauh, sebaliknya lebih menumpukan latihan selain bersama-sama membuat analisis mengenai corak permainan lawan,” katanya dalam sidang media di Stadium Juara, semalam. Pada pusingan kelayakan itu, skuad lelaki negara diundi bersama pilihan kedua, Korea Selatan dan Hong Kong di dalam Kumpulan D manakala skuad Piala Uber diundi bersama pasukan pilihan China dan India di dalam Kumpulan A, untuk mencari tiket ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China Mei depan. “Kami tidak boleh lakukan apa-apa kerana undian sudah pun keluar. Kami akan cuba sedaya upaya untuk layak ke Piala Thomas.“Namun apabila bertemu Korea Selatan, kami perlu mendapatkan satu mata daripada perseorangan pertama, perseorangan kedua dan beregu utama. Mungkin Muhammad Hafiz Hashim akan bertemu Shon Wan Ho (Korea) dan kami sasarkan peluang 50-50,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052477 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list