CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Pelumba pecut galas tugas ACC

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PELUMBA pecut dijangka membarisi skuad lebuh raya negara yang bakal beraksi pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC), bermula minggu depan.\rJurulatih lebuh raya negara, Syed Muhammad Hussaini Syed Mazlan berkata pelumba pecut dipilih berdasarkan 96 peratus laluan perlumbaan sejauh 180 kilometer yang akan diadakan di Putrajaya itu adalah laluan landai.\r\n\n\n\n\r  “Enam pelumba yang saya senarai pendek ini adalah berdasarkan kemampuan mereka di laluan landai. Ada beberapa pelumba yang kami sengaja tidak namakan kerana mahu mereka fokus pada Le Tour de Langkawi (LTdL) seminggu selepas ACC,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n  Syed Muhammad Hussaini berkata keputusan muktamad pelumba yang akan mewakili negara hanya akan diketahui selepas mesyuarat pemilihan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), hari ini.\rEnam nama disenarai pendek adalah Anuar Manan, Hariff Salleh, Zamri Salleh, Akmal Amrun, Ridzuan Zainal dan Amir Mustafa Rusli sementara dua nama disenaraikan untuk acara ujian masa individu - Ng Yong Li dan Muhammad Fauzan Ahmad Lufti.\r“Anuar dan Adiq Hussainie Othman yang berlatih bersama pasukan Champion System sudah empat hari berlatih bersama pelumba lain dan saya puas hati terhadap prestasi mereka. Adiq bagaimanapun akan diturunkan berlumba dalam kategori bawah 23 tahun,” katanya.\rACC 2012 bakal bermula Rabu ini dengan acara trek  memulakan saingan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras sementara acara lebuh raya akan diadakan di Putrajaya bermula 14 hingga 18 Februari.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.054372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list