CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Pendirian Chong Wei, Koo-Tan diuji

[Copy link]
Post time 3-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Utamakan emas Olimpik atau RM3j Piala Axiata\'KEPALA\' pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) harus pening lagi selepas ini!\n\n\n\n   Selepas penyertaan Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam kejohanan antarabangsa menjelang Sukan Olimpik sudah diputuskan dalam usaha memastikan emas berada dalam genggaman, tetapi adakah mereka akan menghormati segala keputusan berkenaan?\n\n\n\n\n\n  Ini kerana secara tiba-tiba terdapat Kejohanan Jemputan Piala Axiata, kejohanan berpasukan membabitkan rantau Asia Tenggara yang sama seperti format Piala Thomas akan dianjurkan Mac dan April ini yang memungkinkan Chong Wei dan pasangan emas diwajibkan menyertainya.Apa lagi, kejohanan pertama kali dianjurkan ini difahamkan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta (RM3 juta) dengan Malaysia dan Indonesia diwakili dua pasukan, manakala Thailand, Filipina, Vietnam dan Singapura menghantar satu pasukan. Pengurus Besar BAM, Kenny Goh bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai kejohanan itu dengan alasan pihaknya belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.“Ya, kami sedar mengenai pertandingan itu tetapi kami belum membuat apa-apa keputusan. Lagi pun, kami tidak tahu apakah syarat dan kriteria kejohanan itu,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa program BAM-Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. \n\n\nSementara itu, Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Mohd Ghani yang mempengerusikan mesyuarat berkata, pegawai BAM tidak membangkitkan mengenai kejohanan itu.“Tapi saya harap kajian menyeluruh dilakukan sebelum sebarang keputusan mengenai penyertaan Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong dalam kejohanan jemputan itu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.455132 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list