CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Velodrom Cheras ketinggalan zaman

[Copy link]
Post time 8-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lobi bina segera  velodrom tertutup\rBIARPUN  diberi penghormatan oleh Konfederasi Lumba Basikal Asia bagi menganjurkan Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, Velodrom Kuala Lumpur di Cheras dianggap ‘ketinggalan zaman’ bagi penganjuran bertaraf antarabangsa seperti itu.\r\n\n\n\n\r   Dengan masalah lopak air akibat permukaan trek yang tidak rata dan ranting serta daun yang berguguran, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, masalah itu adalah antara sebab pentingnya pembinaan velodrom tertutup disegerakan di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n   “Jika dulu velodrom terbuka dibuat kerana perlumbaan dijalankan pada musim panas, kini tidak lagi apabila perlumbaan dianjurkan pada setiap masa.\r“Kita tidak mahu nama Malaysia buruk jika berlakunya kemalangan kerana kelemahan disebabkan venue yang kita gunakan. Oleh itu, kita merasakan perlu adanya velodrom tertutup bagi pembangunan sukan di negara ini,” katanya selepas merasmikan ACC 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\rShabery berkata, kementeriannya akan berbincang dengan pihak swasta bagi meneruskan usaha pembinaan velodrom di Labu, Negeri Sembilan, selepas perancangan asal itu tidak mendapat kelulusan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.\rSementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata, persatuan itu akan mengemukakan cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tapak Velodrom Kuala Lumpur itu diswastakan bagi membolehkan sebuah velodrom tertutup dibina. \r\n\n\n\rMengenai penganjuran kali kelima negara dalam Kejohanan ACC yang bermula dengan acara trek hari ini, Shabery berkata, edisi penganjuran tahun ini menyaksikan bilangan penyertaan terbesar dengan 592 pelumba daripada 27 negara.\rACC 2012 yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik, turut mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya Kejohanan Lumba Basikal Para Asia dianjurkan di Putrajaya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049594 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list