CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

Ujian Liga-S Harimau hari ini

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Skuad Kim Swee tanpa kelibat HazwanSKUAD Harimau Muda A menghadapi Gombak United pada aksi sulung Liga Singapura 2012 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini tanpa kelibat ‘peledak baru’ mereka, Ahmad Hazwan Bakri yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring.\rHazwan, 21, bekas penyerang Kuala Lumpur, musim lalu mengalami kecederaan itu ketika menjaringkan gol  skuad Olimpik negara yang tewas 1-2 kepada Bahrain di Manama, Ahad lalu.\r\n\n\n\n\r  Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu ia dianggap sebagai kepincangan besar memandangkan dia masih mempunyai Ferris Danial Mat Nasir dan A Thamil Arasu mengisi posisi penyerang.\r\r\n\n\n\n\n “Pasukan ini sudah biasa tanpa penyerang konsisten. Jadi selain Ferris dan Thamil, saya juga harap pemain tengah seperti Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor dan Wan Zack Haikal mampu menjaringkan gol.\r“Di posisi lain, tiada masalah dengan Fadhli Shas kembali bersama Amer Saidin di bek tengah. Affize Faisal Mamat dan Fandi Othman juga boleh beraksi di dua posisi mengikut keperluan,” kata Kim Swee ketika ditemui di MSN, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Singapura, pagi semalam.\rDitanya mengenai kekuatan Gombak United, Kim Swee berkata, dia tetap memandang serius cabaran pasukan lawan itu yang bakal diperkuat dengan empat pemain import.\r“Bukan tugas mudah. Saya anggap semua 12 pasukan lain di Liga-S ini kuat kerana hanya kami tanpa pemain import. Cuma saya harap para pemain lupakan kekecewaan pada Kelayakan Olimpik dan mulakan musim baru dengan langkah kanan,” jelasnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049540 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list