CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

PKB labur RM50j bina hotel tiga bintang

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT milik kerajaan negeri Kedah, Permodalan Kedah Bhd (PKB) melabur RM50 juta bagi membina hotel bertaraf tiga bintang di Kuah, Langkawi.\rPengarah Urusan Kumpulannya, Harun Khalib, berkata pembinaan hotel 14 tingkat yang menerapkan ciri-ciri halal itu dijangka siap dalam tempoh satu setengah tahun.\r\n\n\n\n\r  “Hotel ini akan menyediakan dua kolam renang yang bakal mengasingkan pengunjung lelaki dan wanita. Ia dipercayai menjadi hotel pertama di pulau pelancongan ini yang menyediakan kemudahan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  “Kami yakin dengan pembaharuan ini, selain dapat menarik lebih ramai pengunjung dari Asia Barat, ia juga mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat setempat,” katanya selepas majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Langkawi, semalam.\rHadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Amiruddin Hamzah; Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli; dan Pegawai Daerah Langkawi, Harun Jasin.\rHarun berkata, hotel di tapak seluas 0.6 hektar yang dibiayai pembangunannya oleh Affin Bank Bhd itu akan mengandungi 206 bilik termasuk 26 suite.\r\"Ia mampu diduduki semua golongan dan bersedia memenuhi kehendak agensi kerajaan dan swasta bagi menganjurkan pelbagai kursus dan seminar.\r\n\n\n\r\"Pertambahan kehadiran pelancong di pekan Kuah mendorong PKB menerusi anak syarikat PKB Hotel Management untuk terbabit dalam bidang perhotelan ini,\" katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.431332 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list