CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Prasarana Negara agih kontrak LRT

[Copy link]
Post time 13-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
2 stesen laluan Ampang masih  proses tender\rSYARIKAT Prasarana Negara Bhd menjangka mengagihkan  kontrak bagi sambungan laluan LRT dalam tempoh separuh pertama tahun ini.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Pembangunan Projek Kumpulannya, Zulkifli Mohd Yusoff, berkata keseluruhan projek yang terdiri daripada laluan Kelana Jaya dan Ampang membabitkan jumlah kontrak  disatukan antara 40 hingga 50.\r\r\n\n\n\n\n  Setakat ini, antara 80 hingga 90 peratus sudah diberikan sementara hanya dua stesen dan depot utama untuk laluan Ampang masih lagi menjalani proses tender, katanya pada sidang media,  di Petaling Jaya, semalam.\rJumlah nilai kontrak yang diberikan bagi kedua-dua laluan berkenaan  setakat ini ialah RM4.5 bilion.\rZulkifli berkata, bagi pembekalan 20 tren bagi laluan Ampang, yang dianggarkan bernilai RM1 bilion, syarikat itu ketika ini sedang menilai tujuh bidaan pembekalan.\rTren  laluan Kelana Jaya sudah  ditempah tahun lalu.\r\n\n\n\rKontrak sistem lain yang belum lagi diberikan ialah untuk kerja sistem elektrik dan mekanikal.\r“Bahagian sistem membabitkan pemasangan bekalan kuasa, kerja trek, isyarat dan sebagainya.\r“Kerja sistem akan diberikan selepas kerja sivil diselesaikan oleh kontraktor sivil utama,” katanya.\r“Kami kini sedang bekerja keras agar dapat memenuhi jadual yang ditetapkan demi kepentingan ramai,” tambah beliau. – BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.077562 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list