CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Suarez akur

[Copy link]
Post time 14-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Luis Suarez sudah meminta maaf kepada Patrice Evra kerana enggan berjabat tangan dengan pertahanan Manchester United itu tetapi penyerang Liverpool itu masih menjadi tumpuan oleh kelabnya yang bersungguh-sungguh ingin membersihkan nama tatkala The Reds akhirnya cuba untuk menamatkan isu yang menjadi semakin buruk itu, kelmarin.\rSuarez memohon maaf kerana kegagalannya menyambut tangan yang dihulurkan oleh Evra ketika upacara  tradisi bersalaman sebelum bermulanya perlawanan di Old Trafford Sabtu lalu tatkala dia berdepan dengan kapten United itu buat kali pertama sejak dijatuhi hukuman penggantungan lapan perlawanan kerana bersikap perkauman terhadap pemain Perancis itu di Anfield Oktober lalu.\r\n\n\n\n\r    Pengurus United, Alex Ferguson melabelkan tindakan Suarez sebagai memalukan, manakala ketua Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional, Gordon Taylor menyifatkan tindakan bintang Liverpool itu sebagai ‘tidak hormat, tidak sewajarnya dan memalukan’.\r\r\n\n\n\n\n    Suarez akhirnya dalam satu kenyataan dalam laman web rasmi Liverpool menyatakan kekesalannya atas tindakannya itu. “Saya sudah berbincang dengan pengurus (Kenny Dalglish) selepas perlawanan di Old Trafford dan saya menyedari saya sudah melakukan tindakan yang salah.\r“Saya bukan saja membuatkan dia kecewa, tetapi juga kelab dan saya mohon maaf atas apa yang berlaku. saya melakukan kesilapan dan saya kesal dengan apa yang berlaku.\r“Saya seharusnya berjabat tangan dengan Patrice Evra sebelum perlawanan itu dan saya ingin memohon maaf atas tindakan saya. Saya ingin melupakan segala isu berhubung perkara ini dan tumpukan terhadap bermain bola sepak.” – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.422136 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list