CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Perak bakal uji kekuatan Tentera

[Copy link]
Post time 17-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
TAHAP kekuatan sebenar barisan pemain bintang Tentera kendalian B Sathianathan yang kini mendahului Liga Perdana, boleh dinilai apabila turun menentang Perak dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak di Ipoh, malam ini.\rTentera yang mendapat sokongan dana besar tahun ini dilihat tiada masalah untuk menjuarai Liga Perdana apabila Sathia mendapatkan khidmat beberapa pemain ternama seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan Abd Radzak dan adiknya, Zaquan Adha, Azmi Muslim, Irwan Fadzli Idrus, Mohd Farizal Harun dan Rezal Zambery Yahya.\r\n\n\n\n\r   Sepanjang saingan Liga Perdana musim ini, anak buah bekas pengendali Kelantan itu hanya tewas sekali, 2-1 kepada Sime Darby dan menang baki enam perlawanan untuk mendahului Liga Perdana.\r\r\n\n\n\n\n   Bagi pakar juara Piala Malaysia, Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai-O, ini peluang terbaik buatnya dan rakan sepasukan untuk menguji keupayaan sebenar mereka jika mahu kembali menyertai kancah Liga Super musim depan.\r“Perlawanan ini dilihat ujian sebenar buat kami. Kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kerana saingan Piala FA berbentuk ‘kalah mati’. Seandainya gagal, tiada peluang kedua, tidak seperti sebelum ini yang dijalankan secara timbal balik,” katanya dalam laman web rasmi pasukan Tentera, semalam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.312935 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list