CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Jepun, China promosi tukaran yen-yuan

[Copy link]
Post time 18-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CHINA dan Jepun akan memulakan usaha mempromosikan pertukaran langsung mata wang kedua-dua negara itu pada bulan ini berikutan aktiviti perdagangan semakin berkembang, lapor akhbar Nikkei semalam.\rSebahagian besar perdagangan antara ekonomi kedua  dan ketiga terbesar di dunia itu diselesaikan dalam dolar Amerika Syarikat, berdasarkan peraturan kewangan dan adat pasaran.\r\n\n\n\n\r   Namun, pertukaran langsung antara yen dan yuan yang lebih banyak akan mengurangkan risiko mata wang serta kos penyelesaian dagangan.   Kedua-dua kerajaan bersetuju pada Disember lalu untuk mengambil langkah memudahkan urusan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n   Nikkei berkata, satu jawatankuasa kerja dua hala akan melihat kepada kaedah menggalakkan pelaburan dalam sistem perbankan, meningkatkan bilangan peniaga tukaran asing serta mengkaji undang-undang dan menimbang untuk menubuhkan pusat dagangan luar pesisir yuan dalam pasaran tukaran mata wang di Tokyo.\rMenteri Kewangan Jepun, Jun Azumi akan melawat China hujung minggu ini, untuk berbincang mengenai kerjasama kewangan dua hala dan krisis hutang Eropah. \rChina sudah menjadi destinasi eksport terbesar Jepun dan rakan dagangan utama, mengatasi United Kingdom.\rKelonggaran secara beransur-ansur mengenai penggunaan yuan dalam urus niaga antarabangsa sudah membawa kepada peningkatan perdagangan China yang kini diselesaikan dalam yuan.\r\n\n\n\rNegara lain termasuk UK, Singapura dan Taipei yang juga mencari bahagian dalam perniagaan luar pesisir yuan yang semakin meningkat, manakala pihak berkuasa China tampil dengan satu siri inisiatif bagi mengantarabangsakan mata wangnya.\rJawatankuasa berkenaan yang bakal bertemu buat kali pertama di China, akan turut dihadiri pegawai daripada Kementerian Kewangan Jepun, Agensi Perkhidmatan Kewangan, Bank of Japan serta Bank Pusat China, menurut akhbar berkenaan. – REUTERS.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.475173 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list