CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

PERODUA tingkat eksport sehingga 11,000 unit

[Copy link]
Post time 20-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyasar untuk meningkatkan eksport kenderaan keluarannya  antara 10,000 hingga 11,000 unit tahun ini berbanding 8,000 unit yang dicatat sebelum ini.\rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sasaran itu adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun kumpulan itu iaitu mengeksport 20,000 kereta setahun menjelang 2015, bersamaan dengan 10 peratus jualan domestik syarikat.\r\n\n\n\n\r  “Kami menganjurkan beberapa siri program untuk kakitangan kami seperti karnival sukan bagi meningkatkan produktiviti dan mencapai sasaran kami,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Karninal Sukan 1Perodua 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Sebanyak 14 kontingen seluruh negara mengambil bahagian pada karnival dua hari yang mempertandingkan acara tenis, ping pong, bola tampar, bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw dan badminton.\r“Diharapkan karnival ini memperkukuhkan semangat pasukan kami dan meningkatkan kerjasama di kalangan pekerja kami,” kata Aminar Rashid.\rBeliau berkata PERODUA masih berunding dengan bank pusat mengenai kelonggaran pinjaman bagi sewa beli kereta.\rKatanya, permohonan pinjaman yang lebih ketat oleh bank ini menyaksikan tempahan kenderaan keluarannya pada Januari susut sebanyak 10 peratus berbanding purata bulanan 2011.\r\n\n\n\r“Pada dasarnya, kami menyokong keputusan bank pusat itu memandangkan kami tahu objektif utama pelaksanaan ini adalah untuk mengurangkan jumlah hutang isi rumah.\r“Bagaimanapun, kami berharap kerajaan akan menimbangkan semula keputusan itu kerana langkah mengetatkan pinjaman akan mempengaruhi bukan hanya jualan tetapi juga keseluruhan ekosistem, termasuk vendor pengeluaran dan pelanggan,” katanya.\rBeliau juga berterima kasih kepada Bank Negara di atas perhatian mengenai keadaan itu dan  memanggil pengeluar kenderaan bagi membincangkan perkara itu.   \r“Kami berharap untuk mendapatkan hasil yang positif daripada perbincangan berkenaan,” katanya.  – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085289 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list