CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

Thunderbolts jagoan MJHL

[Copy link]
Post time 20-2-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Anak didik Wan Mohd Roslan ulangi kejuaraan  2010\rPASUKAN Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolts) dinobatkan sebagai juara liga Divisyen Satu Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2012, biarpun hanya sekadar seri 1-1 dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada aksi kemuncak semalam.\r\n\n\n\n\r   Meskipun berkongsi 22 mata, namun Thunderbolts muncul juara liga berdasarkan kelebihan jaringan satu gol, menewaskan UniKL yang juga juara liga tahun lalu selepas dua pasukan itu beraksi penuh sengit di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. \r\r\n\n\n\n\n   Kejayaan itu bermakna Thunderbolts di bawah kendalian Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman kembali merampas gelaran juara yang pernah dimenangi mereka pada 2010 selepas mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan liga musim ini.\rDalam aksi petang semalam, Thunderbolts membuka tirai gol menerusi pukulan sudut penalti Amir Zulkarnain Ahmad Robangi pada minit ke-25 sebelum UniKL menyamakan jaringan Muhamad Hafiz Zainol pada minit ke-34.\rBerbekalkan kejayaan muncul juara liga itu, barisan pemain muda Thunderbolts membawa pulang wang tunai RM15,000 selaku juara manakala UniKL menerima RM10,000.\r\"Tahun lalu kami tercicir kerana perbezaan gol, bagaimanapun saya berpuas hati kerana pada perlawanan ini Thunderbolts dapat menjadi juara dengan membalas pasukan lawan juga dengan perbezaan gol,\" kata pengurus pasukan Thunderbolts, Samsul Ariffin Zainuddin. \r\n\n\n\rSementara itu, pasukan Sapura muncul juara Divisyen 2 apabila menewaskan Sekolah Tinggi Melaka (MHS) 2-0. Gol dijaringkan Meor Ahmad Azuan Hasan pada minit ke-58 dan Zulhilmi Muhammad seminit selepas itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.196670 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list