CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

Ekonomi Thailand menguncup

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kemelesetan paling ketara dalam sejarah selepas dilanda banjir paling besar\rEKONOMI Thailand mencatatkan penguncupan dua angka pada suku keempat 2011, iaitu kemelesetan paling ketara dalam sejarah selepas negara itu dilanda bencana banjir terbesar dalam satu setengah abad yang menjejaskan aktiviti perindustriannya.\r\n\n\n\n\r  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 10.7 peratus pada Oktober hingga Disember berbanding sebelum dan sembilan peratus berbanding tempoh sama 2010, kata Lembaga Pembangunan Ekonomi Kebangsaan dan Sosial.\r\r\n\n\n\n\n  Ia penyusutan peringkat sukuan paling teruk sejak rekod perbandingan bermula pada 1993, kata pegawai agensi kerajaannya, Apichai Thamsermsukh.\rKetika Krisis Kewangan Asia 1997-98, ekonomi negara itu menunjukkan penguncupan yang sedikit tetapi dalam tempoh yang lama, katanya.\r“Ini penguncupan luar biasa disebabkan sektor pengilangan,” kata Apichai.\rBanjir yang berlarutan dalam tempoh lama tahun lalu membunuh beratus-ratus orang dan melumpuhkan kawasan industri utama Thailand yang terletak di utara Bangkok, menyebabkan banyak kilang dipaksa tutup sementara.\r\n\n\n\rBagi keseluruhan 2011, ekonomi Thailand berkembang 0.1 peratus, selepas meningkat 7.8 peratus pada 2010, mengikut data yang ditunjukkan, sekali gus tersasar daripada jangkaan penganalisis pasaran.\rTetapi kerajaan dan penganalisis optimis terhadap prospek untuk pulih dengan Menteri Kewangan, Kittiratt Na-Ranong mengunjurkan minggu lalu bahawa ekonomi yang bergantung kepada eksport itu mampu berkembang tujuh peratus tahun ini.\r“Banjir tahun lalu menjejaskan ekonomi Thai tetapi penguncupan itu adalah sementara,” kata Pakar Ekonomi Standard Chartered, Usara Wilaipich.\r“Terdapat pemulihan ekonomi tahun ini, didorong permintaan domestik dan pengilangan, yang juga pulih semula.”\rBeliau berkata, pemulihan akan perlahan pada separuh pertama 2012 kerana pengeluaran industri dan eksport akan mengambil masa untuk pulih ke paras normal, sementara tinjauan ekonomi global kekal tidak menentu.\r“Pembuat semikonduktor terutama perlu mengimport dan memasang mesin baru bagi menggantikan mesin yang rosak oleh banjir. Saya fikir operasi mereka akan kembali seperti biasa pada suku ketiga.”\rPada kemuncak banjir tahun lalu, ia menjejaskan 65 wilayah daripada 77 wilayah di negara itu, menenggelamkan beratus-ratus ribu rumah dan memaksa penutupan taman perindustrian, sekali gus mengganggu rantaian pembekalan global.\rSelepas operasi pembersihan bermula pada penghujung tahun, kebanyakan syarikat yang terjejas teruk berkata mereka perlu mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan sebelum operasi mereka kembali normal.\rSyarikat auto Jepun terbesar, Honda mengurangkan operasi sejak awal Oktober di kilangnya di Ayutthaya, yang menyaksikan ia terpaksa memusnahkan lebih 1,000 kereta yang ditenggelami air berlumpur.\rBank pusat Thailand pada Januari mengurangkan kadar faedahnya bagi kali kedua dalam tiga bulan, sebanyak 0.25 peratus mata asas kepada tiga peratus, dalam usaha merangsangkan ekonomi. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.078983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list