CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Safee kena sesuai diri tanpa Mat Yo

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENYERANG utama skuad kebangsaan, Safee Sali perlu mencari keserasian dengan Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Shakir Md Ali untuk aksi persahabatan menentang Sabah Jumaat ini, dan Filipina Rabu depan, selepas ketiadaan gandingannya, Norshahrul Idlan Talaha.\rIni kerana Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, bakal terlepas aksi antarabangsa sulung 2012 menentang Filipina selepas mengalami kecederaan lutut ketika bertemu Sarawak, Sabtu lalu dan memerlukan dua minggu untuk pulih.\r\n\n\n\n\r  Biarpun sudah lama tidak bergandingan dengan Zaquan serta tidak mengetahui corak permainan Manaf dan Shakir, Safee, 28, bagaimanapun yakin keserasian dapat dicapai dalam sesi latihan sepanjang minggu ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Ketiadaan Mat Yo memang agak dirasai tetapi dalam latihan, saya akan cuba mencari keserasian bersama tiga penyerang yang ada ini. Zaquan saja pernah main bersama tetapi sudah agak lama selepas dia berehat panjang.\r“Tapi ia bukanlah masalah besar kerana dengan semangat juang semua pemain yang menyertai kem latihan kali ini, saya yakin kami mampu memulakan kempen 2012 dengan nota kemenangan ke atas Filipina,” kata Safee setibanya dari Jakarta, pagi semalam.\rKali terakhir kapten Pelita Jaya itu bersama skuad kebangsaan ialah ketika menjaringkan dua gol pada aksi persahabatan menentang India di Kolkata 16 November lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal itu tewas 2-3.\r“Selepas 11 perlawanan Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya musim ini, saya sudah menjaringkan tujuh gol dan mahu sentuhan ini diteruskan bersama skuad kebangsaan bagi menambah lagi keyakinan diri,” kata Safee yang bakal kembali ke Indonesia, 1 Mac untuk aksi bertemu Persipura, 3 Mac depan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.280938 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list