CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

Jualan kereta PROTON merosot

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penilaian ketat institusi kewangan terhadap kemampuan bayar balik pemohon\rJUALAN kereta PROTON pada Januari dan pertengahan bulan ini mengalami kemerosotan ketara apabila hanya 30 peratus permohonan sewa beli bakal pembeli diluluskan berikutan langkah institusi kewangan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan membayar balik pemohon bermula 1 Januari lalu.\r\n\n\n\n\rSebelum pelaksanaan langkah itu, kadar kelulusan keseluruhan pinjaman kereta PROTON di negara ini sudah pun berada pada tahap kritikal dengan hanya 50 peratus permohonan diluluskan.\r\r\n\n\n\n\nDaripada jumlah itu pula, kira-kira 25 peratus telah dikurangkan nilai pinjaman daripada jumlah yang dipohon.\rMendedahkan perkembangan itu, Presiden Persatuan Peniaga PROTON EDAR Malaysia, Armin Baniaz Pahamin, berkata daripada setiap 10 permohonan yang dikemukakan pihaknya kepada bank pada Januari lalu, kira-kira 70 peratus sudah ditolak.\rSehubungan itu, beliau menggesa Bank Negara Malaysia mengkaji semula langkah itu bagi mengelakkan pertumbuhan industri automotif tempatan terbantut.\rKatanya, jika keadaan semasa berterusan keseluruhan ekosistem dalam rangkaian industri automotif, termasuk vendor, pengedar, peniaga, penasihat jualan dan pekerjaan lain juga akan terjejas teruk.\r\n\n\n\r“Demografi pembeli kereta PROTON mewakili majoriti penduduk Malaysia yang bergaji sederhana tetapi memperoleh pendapatan daripada pelbagai sumber lain seperti elaun, komisyen dan kerja lebih masa.\r“Jika langkah ini tidak dikaji semula, industri automotif tempatan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara, akan beransur-ansur merosot kerana purata penduduk Malaysia tidak berupaya memenuhi garis panduan ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\rDi bawah garis panduan baru Bank Negara, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.\rSebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar ketika meluluskan sesuatu permohonan pinjaman.\rAmrin berkata, garis panduan baru yang lebih ketat itu juga akan memberi laluan kepada kewujudan along atau ceti haram yang lebih ramai, selain pada masa sama turut menggalakkan wujudnya kumpulan pekerja yang tidak produktif di Malaysia.\r“Produktiviti kerja antara lain wujud kerana adanya komitmen bulanan bagi seseorang itu membayar balik pinjaman seperti perumahan dan kenderaan.\r“Jadi, seseorang itu akan bekerja keras selain berusaha dinaikkan pangkat bagi mengukuhkan jumlah gaji bulanannya yang mana ia seterusnya akan meningkatkan produktiviti keseluruhan,” katanya.\rBeliau berkata, Bank Negara sepatutnya menggalakkan persaingan sihat di kalangan bank dalam menyediakan pembiayaan kepada pembeli dan mengadakan prosedur pematuhan yang seragam untuk menjadi rujukan kepada orang ramai apabila membeli kereta. \r“Persatuan akan mengadakan dialog dengan Bank Negara Jumaat ini bagi  mencari jalan penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.192023 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list