CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

Dagangan negara Arab meningkat RM53.2b

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Minyak sawit, produk elektrikal antara eksport utama\rPERDAGANGAN Malaysia dengan negara   Arab meningkat empat kali ganda sejak 10 tahun lalu kepada AS$17.6 bilion (RM53.2 bilion) tahun lalu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, beliau berkata, perdagangan lebih tertumpu kepada kelompok produk tertentu dengan eksport utama terdiri daripada minyak sawit, produk elektrikal dan elektronik, dan kimia dan produk kimia, manakala petroleum dan produk petroleum pula adalah import utama Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n  “Ada banyak ruang bagi kedua-dua negara meningkatkan kepelbagaian produk perdagangan pada masa depan.\r“Terdapat industri lain yang mana syarikat Malaysia boleh menyumbang kepada negara Arab dengan produk dan perkhidmatan kompetitif seperti makanan dan perkhidmatan halal, peralatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas, bahan binaan, farmaseutikal dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, termasuk perlancongan perubatan.\r“Saya menggesa anda menerokai semua peluang perniagaan ini dalam sesi padanan perniagaan nanti,” kata Mukhriz dalam ucapannya kepada delegasi Majlis Perpaduan Ekonomi Liga Arab pada majlis pelancaran Forum Perniagaan Global Malaysia 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\rHadir sama Ketua Setiausaha Majlis Perpaduan Ekonomi Liga Arab, Mohammad Al-Rabea.\r\n\n\n\rMukhriz berkata, pelaburan negara Arab ke negara ini, khususnya dari negara Teluk berkembang pesat kebelakangan ini, dengan pelaburan utama datang daripada Qatar, UAE, Arab Saudi dan Kuwait.\rKebanyakan pelaburan tertumpu kepada hartanah, pusat beli-belah, hotel, perkhidmatan kewangan dan penjagaan kesihatan, katanya.\rBeliau menyaran negara Arab mengambil manfaat daripada kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam global dengan pelbagai aktiviti pembiayaan perdagangan, pengedaran produk dan perkhidmatan halal, termasuk menyediakan kemudahan instrumen penjanaan dana seperti sukuk.\rSementara itu, Mohammad berkata, ramai yang ingin mengetahui hala tuju dunia Arab kini, khususnya selepas berlakunya ‘Arab Spring’ atau kebangkitan rakyat di dunia Arab.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list