CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Tevez mula berlembut

[Copy link]
Post time 23-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Carlos Tevez akhirnya memohon maaf kepada Manchester City awal pagi semalam, berikutan persengketaan yang berlarutan selama lima bulan hingga mengakibatkan dia kerugian hampir 10 juta pound (RM47.7 juta) dan bersedia kembali beraksi selepas menarik semula rayuan terhadap denda terbaru dikenakan terhadapnya.\rPenyerang Argentina itu tidak beraksi untuk City sejak September lalu selepas dia enggan memanaskan badan sewaktu aksi Liga Juara-Juara bertemu Bayern Munich, dan baru saja kembali ke kelab itu minggu lalu selepas tiga bulan bercuti tanpa izin di kampung halamannya.\r\n\n\n\n\r  Pada awalnya, pengurus City, Roberto Mancini menegaskan Tevez tidak akan lagi beraksi untuk kelab itu selepas melakukan pemberontakan terbuka, namun kemudian mula berlembut dengan menyatakan Tevez hanya perlu memohon maaf.\r\r\n\n\n\n\n  Akhirnya awal pagi semalam, City mengumumkan Tevez sudah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit berhubung segala tindakannya sebelum ini.\r“Saya ingin memohon maaf secara ikhlas dan berterus terang kepada semua individu yang saya kecewakan serta apa juga tindakan saya yang mencetuskan masalah sepanjang beberapa bulan lalu. Harapan saya kini adalah untuk kembali memberi fokus beraksi bersama City,” kata Tevez dalam satu kenyataan.\rSementara itu, kenyataan City pula menyebut: “Tevez menarik semula rayuannya terhadap dakwaan salah laku yang sepatutnya didengar oleh panel Liga Perdana dalam beberapa hari lagi. \r“Dia sudah pun mula menjalani program latihan yang disediakan bagi mencapai semula tahap kecergasan.” – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061985 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list