CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

Nissan panggil 250,000 kereta bermasalah

[Copy link]
Post time 24-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
NISSAN Motor Co akan memanggil semula kira-kira 250,000 unit model Juke, Infiniti M, March serta model lain pada peringkat global. \rIa bagi membaiki gangguan mekanikal dalam saluran bahan bakar dalam enjin suntikan langsung, yang boleh mengakibatkan kes kebocoran bahan api yang ketara.\r\n\n\n\n\r   Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan ekoran masalah itu, kata jurucakap Nissan.\r\r\n\n\n\n\n   Antara yang terbabit termasuklah model Juke yang dikeluarkan di Britain, kereta subkompak Tiida buatan China, kereta hatchback March/Micra buatan India dan juga mini van Serena dan model Infiniti M serta QX yang dikeluarkan di Jepun bagi model keluaran antara Ogos 2009 hingga Januari 2012.\rKira-kira 93,000 unit kenderaan yang dipanggil semula itu berada di Jepun.\rNissan berkata, sensor tekanan saluran bahan bakar pada kenderaan tertentu boleh menjadi tidak cukup ketat dan lama kelamaan akan longgar.\rSyarikat itu tidak mendedahkan anggaran kos panggil balik itu. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060171 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list