CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 0

Irfan tak risau tanpa 6 tonggak

[Copy link]
Post time 25-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETIADAAN enam tonggak yang hanya akan kembali Khamis depan selepas tamat tugasan antarabangsa mereka, sedikit pun tidak merisaukan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menjelang aksi Liga Super bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu depan.\rHanya 18 pemain berlatih sejak Selasa lalu dengan penjaga gol Norazlan Razali, Bunyamin Umar, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim dan K Gurusamy bersama skuad kebangsaan bagi aksi persahabatan menentang Sabah, malam tadi dan Filipina di Manila, Rabu ini.\r\n\n\n\n\r  Pertahanan import dari Lubnan, Ramez Dayoub pula di Abu Dhabi untuk aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga pada Rabu.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya tak rasa ketiadaan mereka menjejaskan persiapan pasukan kerana apabila bersama pasukan kebangsaan, sudah tentu mereka berada pada tahap kecergasan terbaik. Cuma mereka hanya akan kembali pada 1 Mac (Khamis) dan sehari kemudian kami berlepas ke Alor Setar.\r“Lagipun tiada masalah kecederaan di kalangan pemain kecuali Gurusamy. Saya yakin Selangor mampu meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.\rSejak kehadiran penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dengan kemenangan 2-1 pada 14 Februari serta membelasah Shahzan Muda 4-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA, 18 Februari lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056484 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list