CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

Liga Hoki Remaja Malaysia 2012: Thunderbolt diramal mudah ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 26-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MEMILIKI kelebihan besar daripada perlawanan suku akhir pertama Piala Milo Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) Jumaat lalu, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) -Thunderbolt dijangka berdepan tugas mudah untuk mara ke saingan separuh akhir, seterusnya mempertahankan kejuaraan tahun ini.\rPada pertemuan suku akhir pertama, Thunderbolt menang besar 7-1 ke atas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan dilihat tidak bermasalah sekalipun hadir tanpa kelibat dua tonggak, Mohd Firhan Ashaari dan Mohd Fitri Saari yang disenarai dalam skuad kebangsaan.\r\n\n\n\n\r   Dengan sasaran mencipta kejayaan berganda, Thunderbolt yang dibimbing Wan Roslan Wan Abdul Rahman  bersemangat selepas menjuarai Divisyen Satu MHL musim ini.\r\r\n\n\n\n\n   “Pemain sedang bersemangat tinggi selepas menjuarai saingan Divisyen Satu,” kata Wan Roslan. “Saya yakin kami memiliki kekuatan yang diperlukan untuk mencapai kejuaraan berganda musim ini. \r“Sekalipun tanpa Firhan dan Fitri, kami masih mempunyai barisan pemain berkualiti selepas mengekalkan 13 pemain dari skuad tahun lalu, selain memiliki pemain Projek 2013 seperti Mohd Shahril (Saabah) dan Irwan (Nazli),” kata Wan Roslan sambil menyifatkan UniKL dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) menjadi antara pencabar utama kejuaraan.\rSelain Thunderbolt, SSBJ dan UniKL diramal tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir hari ini, berbekal kemenangan besar 6-1 pada perlawanan pertama.\rDalam pada itu, MBI Anderson dan Sapura dijangka berentap sengit selepas masing-masing terikat 1-1 pada perlawanan pertama.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063139 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list