CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84|Reply: 0

Radwanska tekad takluk WTA Terbuka Malaysia

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PILIHAN utama, Agnieszka Radwanska berharap merangkul kejuaraan WTA kedua berturut-turut buat dirinya  pada kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW yang bermula di Kelab Ekuestrian dan Country Bukit Kiara, hari ini hingga 4 Mac ini.Radwanska yang memenangi Kejohanan Tenis Dubai Duty Free selepas menewaskan Julia Goerges dari Jerman 7-5, 6-4, kelmarin untuk meraih kejuaraan WTA kali kelapan buat dirnyai, juga menaruh harapan memenangi Terbuka Malaysia pada 4 Mac ini sebagai hadiah hari jadi awal apabila mencecah usia 23 tahun, dua hari selepas itu.\n\n\n\n  Pemain Poland itu berkata, dia tiada banyak masa meraikan kemenangan di Dubai kelmarin kerana terpaksa mengejar penerbangan ke Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n  “Dalam tempoh tiga atau empat jam, saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur,” katanya yang akan melonjak ke tangga kelima ranking dunia terbaru di keluarkan hari ini.“Ia hebat, tetapi masih jauh daripada bergelar nombor satu. Ia tampak begitu hampir, tetapi masih jauh. Namun, saya tidak akan terlalu memikirkannya. Saya hanya mahu menikmati keseronokan saya bermain tenis dan cuba memenangi perlawanan.”Radwanska akan memulakan saingan di Terbuka Malaysia menentang Akgul Amanmuradova dari Uzbekistan. Dia berada dalam undian sama dengan juara bertahan, Jelena Dokic dan pilihan keempat kejohanan, Jarmila Gajdosova - masing-masing dari Australia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.469222 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list