CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

Djokovic belajar kawal emosi

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DUBAI: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mungkin berdepan pengalaman baru apabila beraksi pada Terbuka Dubai -  kejohanan pertamanya sejak kejayaan menjulang Grand Slam Terbuka Australia bulan lalu.\rSekalipun Djokovic sudah dua kali menjulang kejuaraan di Australia, pemain kelahiran Serbia itu tidak pernah menerima layanan tahap selebriti seperti sebelum ini selepas menerima anugerah tertinggi negaranya, ‘Bintang Darjah Pertama Order of the  Karadjordje’ daripada Presiden, Boris Tadic. \r\n\n\n\n\r   Selain itu, Djokovic juga berada di bandar Serbia, Jagodina untuk menyaksikan patung lilin dirinya dan menerima anugerah Laureus World Sportsman di London dan sehari selepas itu di Belgrade, bintang tenis itu dilaporkan dia gembira untuk mewakili Serbia “dalam cara yang amat cantik”, selepas “diberikan publisiti negatif yang tidak sepatut diterimanya beberapa tahun sebelum ini.”\r\r\n\n\n\n\n   Semua itu petunjuk yang mengatakan Djokovic sedang berdepan cabaran baru, di luar gelanggang - sama seperti yang dihadapi Roger Federer pemenang rekod kemenangan Grand Slam selama beberapa tahun malah mengelak daripada beraksi dalam kejohanan kompetitif sejak empat minggu lalu termasuk pertemuan Piala Davis Serbia bertemu Sweden di Nis. \r“Saya ada bersama rakan sepasukan saya dengan sepenuh hati namun saya tidak akan pergi ke Nis kerana saya sudah merancang untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah saya habiskan dalam masa tujuh tahun, bermain ski bersama kawan-kawan  di Kopaonik,” kata Djokovic merujuk kepada resort ski terkemuka Serbia.\rSelain itu, Djokovic juga mengakui dia masih mempelajari teknik terbaik untuk menguruskan dirinya, mengawal emosi di dalam dan luar gelanggang serta bagaimana untuk mempamerkan ekspresi dirinya untuk menjadi pemain yang lebih lengkap. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.065678 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list