CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 299|Reply: 0

MYBIOMAS proses sisa sawit jadi bahan kimia

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MYBIOMASS Sdn Bhd, syarikat tujuan khas yang ditubuhkan di bawah Inisiatif Biomass Malaysia (MBI) sedang berunding dengan beberapa rakan kongsi teknologi antarabangsa bagi membangunkan kemudahan kimia bernilai tinggi di negara ini.\rPengarah Urusannya, Puvaneswari Ramasamy, berkata kemudahan itu akan menggunakan biomass atau sisa sawit sebagai bahan mentah dan menukarkannya kepada purata 150,000 kepada 200,000 BDT (ukuran bagi biomass) setahun kimia bernilai tinggi.\r\n\n\n\n\rSyarikat berkenaan mempunyai teknologi menukar biomass sama ada kepada gula atau produk kimia bernilai tinggi dan projek itu yang dijangka memerlukan pelaburan RM300 juta juga akan membabitkan firma perladangan tempatan, katanya.\r\r\n\n\n\n\nRundingan itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, katanya kepada BERNAMA.\rBeliau berkata, terdapat banyak minat antarabangsa dalam bidang itu.\rMereka melihat Malaysia kerana kita mempunyai banyak biomas sawit, tetapi masalah yang mereka hadapi ialah bekalan bahan mentah yang berterusan, katanya.\rUntuk mengatasi masalah itu, beliau berkata, bekalan perlu mampan yang bermaksud kuantiti mencukupi dan harga kompetitif.\rMalaysia, pengeluar minyak sawit mentah (MSM) kedua terbesar di dunia, dianggarkan mempunyai bahan buangan dari ladang sawit sebanyak 80 juta tan setahun yang sebahagian besarnya diperoleh daripada tandan buah kosong (EFB), batang, pelepah, tempurung dan isi rong sawit.\rPuvaneswari berkata, potensi biomass besar tetapi belum diteroka memandangkan tumpuan syarikat perladangan di negara ini adalah lebih pada aktiviti huluan.\rApabila kita melihat pada bahan kimia bernilai tinggi, pulangan adalah lebih baik berbanding penggunaan biojisim semasa, katanya.\rProduk sampingan daripada proses penukaran juga boleh digunakan untuk menjana tenaga, tambah beliau.\rMYBIOMASS, yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada November lalu memainkan peranan penting untuk memastikan bekalan biomass mampan melalui kutipan yang selaras serta menubuhkan kemudahan untuk teknologi penukaran.\rSelain menggembleng peluang ekonomi, inisiatif ini juga akan mewujudkan potensi penyelidikan dan menggalakkan pembangunan modal insan di negara ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.097189 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list