CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Balotelli mesti disiplin jika mahu sarung jersi Itali

[Copy link]
Post time 29-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GENOA: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli memberi amaran kepada Mario Balotelli bahawa penyerang Manchester City itu berisiko tinggi  disingkirkan daripada skuad Euro 2012 kecuali dia berhenti terbabit dengan masalah disiplin.\rBalotelli kembali daripada penggantungan dengan menjaringkan gol ketika membantu City menewaskan Blackburn 3-0 Sabtu lalu, namun ia belum cukup untuk mengubah fikiran Pradelli bagi menyenaraikannya biarpun dihimpit masalah kecederaan di posisi serangan.\r\n\n\n\n\r  “Pemain pasti tahu, dengan terus bersikap sebegini, mereka berisiko untuk terlepas aksi Euro 2012. Kamu tak boleh berada dalam skuad kebangsaan jika berisiko memaksa pasukan beraksi dengan 10 pemain di atas padang,” kata Prandelli.\r\r\n\n\n\n\n  Itali bakal menanti kunjungan Amerika Syarikat pada aksi persahabatan antarabangsa, awal pagi esok.\rBalotelli digantung perlawanan selepas menampar pemain Tottenham, Scott Parker, bulan lalu manakala penyerang AS Roma, Pablo Osvaldo turut diketepikan Prandelli kerana insiden luar permainan ketika bertemu Atalanta, Ahad lalu.\rPrandelli berkata, dia turut kecewa apabila kedua-dua pemain itu langsung tidak menghubunginya untuk bertanya mengapa mereka tidak disenaraikan untuk perlawanan terbabit.\rDengan dua penyerang, Antonio Cassano dan Giuseppe Rossi masih bergelut mendapatkan tahap kecergasan terbaik menjelang Euro 2012, pendirian Prandelli terhadap Balotelli itu membuka peluang buat penyerang muda AS Roma, Fabio Borini menerima panggilan sulung. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057187 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list