CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

KAFA, Butler berpisah akhirnya

[Copy link]
Post time 29-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter James Butler selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa, semalam selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat khas di Wisma Kafa, Kubang Kerian, semalam.Perbincangan selama sejam antara Butler dan pihak pengurusan itu akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik apabila kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontrak tanpa sebarang tuntutan.\n\n\n\n Kontrak Butler bersama KAFA berakhir dan berkuatkuasa hari ini (semalam). KAFA berterima kasih atas sumbangannya terhadap pasukan Kelantan sehingga tempoh ini, kata Timbalan Presiden KAFA, Datuk Afandi Hamzah selepas mesyuarat di Kelantan Trade Centre, (KTC).\n\n\n\n\n  Ketika diminta mengulas adakah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors (ARMY) Bojan Hodak akan dilantik menggantikan Butler sebagai ketua jurulatih, Afandi tidak menolak kemungkinan itu.Difahamkan dua lagi calon - Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin juga berada dalam senarai pengurusan pasukan ketika ini.Kami ada calon yang tersenarai dan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri akan mengumumkan dalam masa terdekat siapa akan mengendalikan pasukan, katanya.Butler sebelum ini mencetuskan isu apabila kelihatan tidak melatih pasukan berikutan perang dingin antara pengendali Inggeris berusia 46 tahun itu dengan pihak pengurusan, termasuk soal pemilihan kesebelasan pemain dan isu pemain import.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.074092 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list