CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

PROTON Holdings runding pasang kereta di Turki

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd sudah memulakan rundingan awal dengan firma automotif Turki bagi memasang kereta PROTON di Turki, dan kemudian memulakan usaha sama bagi membangunkan kereta di negara itu.\rBekas Perdana Menteri yang juga Penasihat   PROTON Holdings, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rundingan lanjut bagaimanapun hanya boleh dilakukan selepas pengeluar kereta nasional itu secara rasminya dijadikan syarikat persendirian oleh DRB-Hicom Bhd lewat bulan ini.\r\n\n\n\n\r  “Ideanya ialah, pada peringkat awal mungkin memasang kereta PROTON di sana, dan akhirnya membangunkan kereta Turki menerusi usaha sama.\r\r\n\n\n\n\n  “Pada masa ini kedua-dua pihak sudah memulakan rundingan,\" katanya kepada BERNAMA.\rBeliau berkata, PROTON Holdings sebelum ini mengeksport keretanya ke Turki, tetapi dihentikan berikutan masalah tertentu.\r“Apabila kita mendapat rakan yang baik selain usaha sama, Malaysia juga sepatutnya dapat mengeksport lebih banyak kereta PROTON ke Turki,” katanya.\rIndustri automotif memainkan peranan penting dalam sektor pembuatan Turki. Pada 2008, negara itu mengeluarkan 1.147 juta kenderaan, meletakkannya sebagai pengeluar keenam terbesar di Eropah dan tempat ke-15 di dunia.\r\n\n\n\rAntara pengeluar kereta utama di Turki ialah TOFAS (Turk Otomobil Fabrikasi Anonim Sirketi) yang membangunkan model Fiat serta Oyak Renault Otomobil Fabrikalari.\rDr Mahathir berkata, cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Turki yang dijangka dimeterai tahun ini, akan meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan ekonomi.\r\"Turki boleh menjadi hab berdasarkan kedudukannya. Ia dekat dengan negara Arab dan negara Asia Tengah.\r“Justeru, dengan berada di Turki, kita akan mendapat akses ke pasaran negara lain di sekeliling Turki,” katanya.\rSementara itu, Dr Mahathir berkata, pengurusan baru Proton Holdings selepas selesainya pengambilalihan oleh DRB-Hicom perlu membawa syarikat automotif negara itu ke era kegemilangannya.\r“Jelas sekali, anda (DRB-Hicom) perlu meningkatkan organisasi, meneliti semua kerugian untuk melihat bagaimana anda boleh memulih kerugian.\r“Umumnya, syarikat (pemilik) baru perlu melihat semua aspek pengurusan Proton kerana ia lemah dalam semua sudut,\" katanya.\rKerugian sebelum cukai PROTON Holdings meningkat kepada RM84.054 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian sebelum cukai RM51.535 juta pada tempoh   sama 2010.\rPendapatannya dalam tempoh berkenaan juga berkurangan kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.\rMengenai peneraju baru pengurusan Proton Holdings, Dr Mahathir berkata, ia terpulang kepada DRB-Hicom sama ada melantik yang baru atau mengekalkan yang lama.\rKetika ditanya sama ada PROTON Holdings boleh mencapai semula era kegemilangannya dengan mengekalkan pengurusan lama di bawah pemilik baru, Dr Mahathir berkata: “Jelas sekali, mungkin ada beberapa input baru daripada DRB-Hicom. Yang pasti ia bukan membeli PROTON untuk membiarkannya begitu saja.\"

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.229835 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list