CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

PETRONAS untung RM55.6 bilion

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harga minyak tinggi, peningkatan jualan  gas  dorong prestasi lebih kukuh\rPETRONAS meraih keuntungan bersih RM55.6 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2011, meningkat 10.8 peratus daripada RM50.2 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\r  Ini diraihnya daripada pendapatan berjumlah RM222.8 bilion, meningkat 26.9 peratus daripada RM175.6 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2011, keuntungan syarikat minyak negara itu bagaimanapun susut 34.2 peratus kepada RM15.6 bilion berbanding RM23.7 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.\rPendapatannya dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011 tu bagaimanapun  meningkat 30 peratus kepada RM78 bilion berbanding RM60 bilion.\rPenurunan keuntungan bersih dalam suku ketiga 2011 itu disebabkan oleh keuntungan lebih tinggi dicatatkan pada suku ketiga 2010 hasil daripada  keuntungan RM9.3 bilion yang diraihnya daripada penyenaraian Petronas Chemicals Group Bhd dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd.\rPETRONAS telah menukar akhir tahun kewangannya kepada 31 Disember daripada 31 Mac bermula tahun lalu.\r\n\n\n\rPresiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata peningkatan pendapatan dan keuntungan bersih syarikat minyak negara itu dalam tempoh sembilan bulan itu didorong harga minyak mentah yang tinggi dan peningkatan penjualan gas cecair asli (LNG), meskipun ia berdepan pengurangan pengeluaran dan kelemahan dolar AS.\rBeliau berkata, pengeluaran kumpulan itu terjejas berikutan penyusutan semula jadi minyak di lapangan sedia, sekali gus menyebabkan pengeluaran minyak keseluruhannya susut empat peratus pada tahun kewangan dikaji.\r“Harga minyak mentah yang tinggi dan peningkatan jumlah jualan LNG membantu kami mencatatkan prestasi kukuh dalam tahun kewangan dikaji, meskipun berdepan penyusutan pengeluaran dan kelemahan dolar AS,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur semalam.\rShamsul Azhar berkata, pengeluaran minyak kumpulan itu dijangkakan terus terjejas dalam tahun kewangan semasa dengan penutupan operasinya di Selatan Sudan yang mengeluarkan 135,000 tong sehari berikutan masalah pertikaian pembayaran yuran minyak antara Sudan dan Selatan Sudan. \r“Penutupan operasi di Selatan Sudan menjejaskan pengeluaran harian minyak mentah kami dan kami tidak tahu bila ia akan beroperasi semula,” katanya.\rBeliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, jumlah jualan LNG meningkat 7.9 peratus kepada 20.6 juta tan berbanding 19.1 juta tan tahun sebelumnya, disumbangkan jualan yang tinggi daripada kompleks LNGnya di Bintulu, Sarawak.\rJelasnya, kedudukan kewangan syarikat minyak negara itu kekal kukuh dengan hartanah, kilang dan peralatan (PPE) dan aset masing-masing berkembang 7.6 peratus dan 8.8 peratus didorong pertumbuhan kumpulan yang kukuh.\rTunai daripada operasi, katanya meningkat 37.4 peratus kepada RM72 bilion daripada RM52.4 bilion didorong margin yang lebih tinggi.\rBeliau berkata, dalam tempoh dikaji, PETRONAS membuat perbelanjaan modal berjumlah RM30.8 bilion, meningkat 25.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, katanya.\r“Pembayaran dividen kepada kerajaan dalam tempoh itu pula berjumlah RM30 bilion,” jelasnya.\rBagi prospek tahun kewangan semasa, Shamsul Azhar berkata, keadaan tidak menentu di Asia Barat dan penyusutan pengeluaran adalah cabaran utama dihadapi PETRONAS tahun ini dan tahun depan, sekali gus berisiko menjejaskan prestasi kewangannya.\rBeliau berkata pihaknya menjangkakan harga minyak mentah dunia tidak mungkin kekal berada pada paras yang tinggi kerana ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.\rKatanya, PETRONAS mengunjurkan harga minyak mentah berlegar secara purata pada paras antara AS$85 setong hingga  AS$90 setong sepanjang tahun ini berbanding AS$110 setong ketika ini.\rSementara itu, ditanya sama ada PETRONAS akan membayar pampasan lagi kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) berikutan kerugian yang ditanggung syarikat utiliti kebangsaan itu kerana penutupan kemudahan bekalan gas kumpulan itu bagi penyelenggaraan, Shamsul Azhar berkata pihaknya tidak akan membayar sebarang pampasan lagi kepada TNB dan pampasan diberikan sebelum ini adalah muktamad.\rMengenai cadangan mekanisme harga gas baru, beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.199535 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list