CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

2 filem seminggu

[Copy link]
Post time 7-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Atasi masalah penayangan 70 judul sepanjang tahun ini\rPERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal melaksanakan sistem baru Skim Wajib Tayang yang membolehkan dua filem tempatan ditayangkan serentak di pawagam seluruh negara dalam tempoh seminggu, bermula Mei ini.\r\n\n\n\n\rKetua Pengarahnya, Mohd Naguib Razak, berkata lambakan filem yang dijangka mencecah 70 judul hingga akhir tahun ini memerlukan agensi berkenaan mencari pendekatan supaya tiada produk terpaksa menunggu lebih enam bulan bagi mendapatkan tarikh tayangan.\r\r\n\n\n\n\nBegitupun, syarat khusus digariskan demi menjaga kepentingan penerbit termasuk penggiat baru, selain memastikan pempamer mematuhi peruntukan FINAS di bawah Skim Wajib Tayang 2005 yang memerlukan pengendali pawagam memberi surat tunjuk sebab sebelum menarik balik penayangan disebabkan kurang penonton.\r“Industri filem tempatan berkembang pesat dengan tahun lalu saja kutipan box-office mencecah RM125 juta berbanding sebelumnya, RM50 juta, sekali gus memerlukan kita lebih agresif membantu penggiat industri menonjolkan produk mereka menerusi sistem baru ini.\r“Sistem yang dirancang tahun lalu ini lebih kepada merangsang industri supaya berkembang lebih pesat. Dua minggu lalu, Jawatankuasa Skim Wajib Tayang mengadakan mesyuarat  yang turut dihadiri pempamer bagi memperincikan perkara ini,” katanya pada sidang media khas di sini, semalam.\rTerdahulu, ketika Skim Wajib Tayang diperkenalkan pada Jun 2005, pempamer dikehendaki menayangkan filem diluluskan selama 14 hari berturut-turut. Bermula Mac tahun lalu, skim itu diubah dengan sebuah filem seminggu.\r\n\n\n\rHadir sama Presiden Persatuan Filem Malaysia (PFM), Datuk Paduka Shuhaimi Baba; Timbalan Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam; ahli jawatankuasa Skim Wajib Tayang, Ahmad Idham; dan penerbit baru, Esma Daniel.\rNaguib berkata, pengenalan syarat khusus juga diguna pakai supaya tiada filem ‘dimakan’ produk yang ditayangkan serentak dengan membariskan filem bukan daripada genre atau pelakon sama, selain tidak meletakkan filem orang lama yang dengan penerbit baru. \r“Jangan salah faham. Keputusan ini tidak dapat dielakkan demi kepentingan penggiat industri, malah kita tidak mahu penerbit rasa tergugat dengan memberikan penerangan lengkap kepada mereka pada Hari Terbuka Finas, 16 Mac ini.\r“Bagi produser pula, kita akan memastikan hanya produk berkualiti sampai kepada kami menerusi penetapan syarat sekurang-kurangnya 70 peratus dirakamkan menggunakan filem dan bakinya digital kerana semua ini bakal dinilai jawatankuasa sebelum ia layak mendapat tarikh tayangan,” katanya.\rSementara itu, Ahmad Idham berkata, bermula Januari hingga Mac ini, jawatankuasa Skim Wajib Tayang menerima 20 permohonan filem yang sudah siap untuk mendapatkan tarikh tayangan, manakala lebih 80 syarikat lain meminta lesen penggambaran.\r“Daripada angka ini saja kita sudah dapat menjangka berapa banyak judul bakal masuk pawagam. Jika tidak melaksanakan dua filem seminggu, barangkali ada yang perlu menunggu setahun semata-mata disebabkan ketiadaan slot,” katanya.\rShuhaimi pula berkata, notis mengenai skim baru terbabit sudah diedarkan kepada ahli sejak Disember lalu dan berharap mereka dapat hadir pada Hari Terbuka Finas untuk mendapatkan maklumat lengkap.\r“Kita faham jika ada di kalangan penerbit berasa cuak dengan sistem tayangan dua filem seminggu. Perkara ini sudah diperhalusi, tetapi kami dimaklumkan FINAS masih mengambil kira maklum balas penerbit sebelum skim ini dimulakan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.711121 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list