CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3294|Reply: 5

Peminat ikut Razali Hussien ke alam bunian selepas terkena Serapah Darah Bulan M

 Close [Copy link]
Post time 10-6-2012 04:44 PM | Show all posts |Read mode

BARU-BARU ni, CAK dapat panggilan daripada peminat pelakon kacak Razali Hussein. Peminat yang membahasakan dirinya Kak Kiah itu cukup terharu kerana Razali begitu mengambil berat nasib seorang peminat remaja yang hilang sejak Januari lalu.


Kata Kak Kiah, gadis remaja itu hilang entah ke mana selepas sering menyatakan hasrat nak ke alam bunian sebab suka menonton drama lakonan Razali, Serapah Darah Bulan Madu yang pernah bersiaran di Astro.


Setiap hari gadis itu menonton drama bersiri itu dan setiap hari juga dia nyatakan keinginannya itu sehingga pada hari dia hilang tanpa dikesan kerana tidak membawa pengenalan diri atau telefon bimbit.
Pada mulanya, keluarga mangsa beranggapan gadis itu lari dari rumah walaupun dia tidak pernah berbuat seperti itu sebelum ini tapi bila dicari dan ditanya kawan-kawannya, gadis itu tidak pernah bermasalah. Malah laporan polis juga sudah dibuat.


Kebetulan, satu hari ibu gadis itu bertemu Razali dalam satu majlis dan meluahkan masalah menimpa keluarganya. Si ibu meminta bantuan Razali mencari anaknya. Selepas berusaha mendapatkan bantuan daripada ustaz serta pengamal perubatan Islam, gadis itu dipercayai berada di alam bunian.


Kasihnya ibu dan ayah tidak pernah putus berusaha mencari jalan supaya anaknya pulang ke pangkuan keluarga. Sampai sekarang, bukan saja ibu bapa si gadis itu berusaha malah Razali juga turut membantu.
Keluarganya tak putus-putus berdoa dan bersolat hajat malah pelakon itu juga sering berhubung dengan ibu gadis itu untuk mendapatkan perkembangan selanjutnya.


CAK puji sikap Razali yang mengambil berat masalah menimpa peminat dan turut membantu. Insya-Allah, selagi kita terus berdoa, tuhan akan tunjukkan jalan. CAK juga berharap ada insan lain yang dapat membantu mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 06:34 PM | Show all posts
BARU-BARU ni, CAK dapat panggilan daripada peminat pelakon kacak Razali Hussein. Peminat yang membah ...

Setiap hari gadis itu menonton drama bersiri itu dan setiap hari juga dia n
cruisekeanu Post at 10-6-2012 16:44


Ayat x leh blah....:@:@
Bukanke cite tu seminggu skali je...
Agaknya gigih betul gadis tu guna PVR yeee....
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 08:00 PM | Show all posts
mudah2n gadis tersebut dapat kembali ke pangkuan keluarga tersayangggg
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 08:30 PM | Show all posts
alam bunian di lombok ke???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:00 AM | Show all posts
bagus la dah mieningkat naik
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:04 AM | Show all posts
Bohsia letteww
Bunian kunun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14449 Replies : 51
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20045 Replies : 92
Newbie thread- pengalaman shopping online
BihungorengNewbie thread- pengalaman shopping onlin
Views : 11653 Replies : 25
Lawak Puasa
XimLawak Puasa
Views : 23344 Replies : 71
Dah kenapa dikkk?
cef_gangoDah kenapa dikkk?
Views : 7342 Replies : 38
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8612 Replies : 34
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6260 Replies : 35
[EMAK OH EMAK]
Laracrop[EMAK OH EMAK]
Views : 5309 Replies : 29
Roti Kaya Asam Jawa
vanilla_vellRoti Kaya Asam Jawa
Views : 15447 Replies : 66
Beza staff dan management
chaconBeza staff dan management
Views : 2557 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064669 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list