CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10116|Reply: 44

Pelakon "Ariana Rose" sangkal dakwaan jual bayi

[Copy link]
Post time 26-3-2014 04:18 PM | Show all posts |Read mode
26 Mac – Pelakon drama bersiri "Ariana Rose", Sharisa Haris Chong telah tampil menafikan dirinya menjual bayi menggunakan laman sosial Facebook-nya dan meminta agar bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang menggunakan maklumat peribadi dan gambar beliau agar berhenti daripada menjalankan aktiviti bertujuan menipu pengikut laman Facebook itu.
Menurut Sharisa, dia telah menyiasat secara terperinci pemilik nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa merupakan milik seorang wanita yang pernah bekerja dengannya pada dua tahun yang lalu.
"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.
"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," ujarnya kepada mStar.
Pemegang akaun palsu itu turut menyamar dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia untuk meraih simpati dan lebih menyakinkan orang ramai untuk mempercayainya.
Kata-kata kesat juga turut dilemparkan oleh pengikut laman sosial itu terhadap dirinya dan perkara ini turut menjejaskan reputasi aktres berusia 25 tahun itu sebagai pelakon baru.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, perkara tersebut telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan akan diambil tindakan lanjut bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang dan terjadi pada selebriti lain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 04:25 PM | Show all posts
phew.... ingatkan pelakon utama
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 04:42 PM | Show all posts
sape Sharisa Haris Chong..?? die balakon jadi ape dlm ariana rose tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2014 04:49 PM | Show all posts
whadda posted on 26-3-2014 04:42 PM
sape Sharisa Haris Chong..?? die balakon jadi ape dlm ariana rose tuh...

asst ariana rose
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 04:50 PM | Show all posts
dah google tp tak cam sape minah ni??
dlm ariana rose dia lakon as sape eh??
ke aku yg hilang ingatan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 04:53 PM | Show all posts
yg mana satu ni ya... jap aku tanya En Google
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2014 04:58 PM | Show all posts
gambar..gambar...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 04:59 PM | Show all posts
seketeri ariana rose tu rupanya. dalam sendhu2, tetiba meletop pulak.
fames ke dia bila sampai dia ingat ada peminat yang buka acc fake dia? perasan top ala2 nora danish lettew~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 05:01 PM | Show all posts
AthirahRahmat posted on 26-3-2014 04:49 PM
asst ariana rose

owh ok asst yg selalu pakai kebaya tu... tq2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 05:15 PM | Show all posts
lerrr... minah tu ke?
patut la tak lekat dalam memory aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 05:27 PM | Show all posts
sendunya minah ni
jgn jgn saja jer diri sendiri buat akaun palsu tuk diri sendiri demi nak masuk paper..
takleh caya kes kes mintak perhatian mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
org x glamer pun ade org nk gunakan pic dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:02 PM | Show all posts
dia ni ada berlakon dlm teduhan kasih jadi PA ehsan tu kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 07:19 PM | Show all posts
Ada gak dia berlakon dalam drama utk tahun baru cina yang ada soo winci, iqram dinzly, irene bkatc tu..ok la.so so bakat tempelan
Kalau tak silap la
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:01 PM | Show all posts
yang mana satu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 08:06 PM | Show all posts
gambar plzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2014 08:06 PM | Show all posts
patut letak tajuk "pelakon tambahan ariana rose sangkal dakwaan jual bayi"
senduuuuu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2014 10:27 PM | Show all posts
sapekah beliau yang cuba mengMLM kan bayi ini ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 12:07 AM | Show all posts
si assistant Ariana tu eh?…. asyik2 jadik kerani jah dia ni dlm drama
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2014 12:24 AM | Show all posts
siapa pulak dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.223981 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list