|
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | | MELANGKAH penuh ceria dengan bicara bagai tiadanoktah sambil menguntum senyuman semanis madu, sudah cukup menafsirkanperasaan berbunga-bunga yang dirasakannya ketika ini. | Bahagia adalah perkataan paling tepat menggambarkan diri model danpelakon terkenal, Nasha Aziz, 38, ketika ini hinggakan wajahnya tidakmampu menyembunyikan perasaan itu.
Ternyata, pertemuan denganbintang filem Trauma dan Sepi pada majlis pelancaran drama bersiriKasih Tercipta baru-baru ini, berbeza daripada biasa kerana tuturkatanya lebih rancak selain terbuka membicarakan soal cinta meskipunmasih menyimpan sebahagian besar sebagai rahsia peribadi. Wajah Nashajuga kelihatan berbeza kerana lebih berisi.
"Setiap hari sayalalui dengan penuh kesyukuran. Dalam dunia ini semua orang ada masalah,namun saya menghadapinya dengan cara mengagumkan. Saya bersyukurdikelilingi keluarga serta teman yang sering membahagiakan saya,"katanya.
Nasha juga sempat berkongsi kegembiraannya menerimacincin daripada teman lelakinya, Nur Iman atau lebih dikenali sebagaiTang dalam kalangan orang industri.
Nur Iman adalah namapilihan Nasha selepas menjadi saudara baru dan Tang sebelum ini adalahorang yang bertanggungjawab menguruskan kumpulan Dewa di Malaysia.
"Saya menerima cincin daripada Iman awal April lalu dan menganggapnyasebagai satu pemberian yang cukup bermakna. Namun, itu bukan bermaknasimbolik pada sebuah lamaran atau kami sudah bersedia ke arahperkahwinan.
"Apa yang akan berlaku seterusnya, tunggulah sajajemputan daripada saya. Untuk bercerita lanjut mengenai hubungan kami,saya rasa biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Cukuplah saya katakan,buat masa ini memang dialah yang bertakhta di hati," katanya.
Kebahagiaan yang sedang dikecapi turut memberi refleksi pada watak yangdijayakan dan kerana itulah Nasha atau nama sebenarnya, Noraishah AbdulAziz, 38, bersetuju membintangi Kasih Tercipta, siri baru untuk AstroPrima yang diarahkan pengarah terkenal, Rashid Sibir.
DalamKasih Tercipta, Nasha memegang watak Tona dan turut dijayakan AaronAziz mambawakan watak Shark dan kekasih Tona, Fouziah Ghous (Nina),Syed Ali (Madi), Aleeza Kassim (Tania), Ahmad Tamimi Siregar (Rahim),Aida Radzwill (Dhiah), Dee (Madam Lulu), Norlia Ghani (Mak Som) danErra Fazira (Lisa).
Majlis petang itu tambah bermakna buat Nasha kerana dikejutkandengan sambutan ulang tahunnya yang ke-38 yang diraikan pada 14 Meilalu. Ketika sibuk melayan permintaan jurugambar untuk merakamkangambarnya, Nasha dikejutkan dengan kedatangan dua kru yang sedangmenatang dua kek.
Nasha juga sempat diusik Rashid kerana hanya membintangi filem ataudramanya setahun sekali. Tatkala hal ini diajukan kepada Nasha wanitaberbintang Taurus itu mempunyai alasan tersendiri.
"Dalampekerjaan perlu ada perubahan atau peningkatan. Pengorbanan yang sayalakukan ini bukan saja untuk kebaikan kerjaya, tetapi juga demimemenuhi kepuasan peminat.
"Termasuk pihak media yangmengharapkan saya tampil membawakan karakter lebih mencabar danbertentangan dengan watak yang pernah saya mainkan sebelumnya.
"Saya juga seorang yang teliti dan tidak suka buat dua kerja serentakkerana akan rasa bersalah jika masa saya mengganggu pihak lain. Bukankuantiti yang dicari, tetapi kualiti dan saya percaya jika fokus padasatu tawaran saja, hasilnya juga tidak terburu-buru.
"Sayasentiasa ingin memastikan, pengarah, produser, kru, peminat, media danpeminat yang menonton lakonan saya berpuas hati dengan hasil kerjadipersembahkan," katanya.
Sebelum bakat lakonannya diperakui,Nasha berkata, dia pernah rasa tercabar dengan kenyataan seorang temanyang mendakwa model hanya menjual rupa bukan bakat.
"Saya mahumembuktikan kata-katanya salah dan disebabkan itulah saya menerimatawaran yang boleh digunakan untuk mempelbagai karakter misalnyamembawakan peranan antagonis.
"Alasan itu juga salah satu sebabmendorong saya bersetuju melakonkan watak Tona, gadis tomboi yangkalut, tetapi sensitif dan berhati lembut. Watak ini ada sedikitpersamaan dengan Laila yang saya bawakan dalam Laila Isabella pada 2003.
"Cuma bezanya, Laila lebih maskulin dari segi penampilan luaran sepertiberpakaian lelaki, ego dan keras kepala. Sementara Tona, berpakaianwanita cuma pekerjaan sebagai jurugambar menuntutnya menjadi lasak.
"Perjalanan hidupnya penuh warna-warni dan seorang yang lucu. Sayaberharap lakonan dalam drama ini dapat membuatkan penonton terhibur,"katanya.
Mengenai perkembangan filem Bunian yang diterbitkanFantasy Films, Nasha selaku pendukung watak utama berkata, dia masihmenantikan lampu hijau produser memulakan penggambaran.
"Penggambaran filem ini sepatutnya sudah dimulakan, tapi sayadifahamkan ada beberapa perkara lagi yang harus diselesaikan penerbit.Saya faham pembikinan Bunian membabitkan bajet besar dan penggambaranharus dilakukan dengan teliti.
"Justeru, banyak perkara perludiambil kira dan untuk menjalankan penggambaran, pihak produksi perlumelakukan persiapan lengkap. Kerana itulah saya masih bersabar dantidak mengambil sebarang tawaran filem buat masa ini semata-matamemberi tumpuan pada Bunian.
"Atas dasar profesional juga, sayaperlu melaksanakan tanggungjawab kecuali sampai satu tahap saya tidaklagi boleh menjayakannya. Saya masih bertolak-ansur kerana pihakproduser juga mengamalkan sikap profesional serta memberi kebebasan.Kami juga sering berhubung," katanya.
Dalam filem itu, Nashamemegang watak puteri bunian, Puteri Manja Sakti yang menyelamatkanRosman (Rusdi Ramli), apabila cedera ketika mendaki gunung. PuteriManja membawa lelaki itu ke dunianya yang tersendiri. Di situ, diamemperkenalkan Rosman dengan alam bunian.
Nasha juga sempat meluahkan rasa kesalnya pada dunia peragaan di Malaysia kerana model tempatan dianaktirikan.
"Saya masih terima tawaran peragaan pentas, tetapi kebanyakan tawaranyang datang daripada penganjur Cina. Mereka tahu menilai harga seorangmodel. Saya katakan begitu kerana industri peragaan di negara initerlalu kecil dan model tempatan masih terpinggir.
"Penganjurlebih suka mendapatkan khidmat model dari luar bukan saja kerana alasanketinggian, tetapi juga harga yang ditawarkan lebih murah.
"Jujur saya katakan, sebenarnya sedih melihat keadaan ini keranadiketepikan bangsa sendiri sedangkan ramai model Malaysia jauh lebihcantik selain berpotensi besar cuma mereka tidak diberi peluangmengetengahkan kehebatan.
"Mungkin kerana kami tidak mempunyaipersatuan dan organisasi yang boleh membela nasib sebab itu dilayansebegini rupa. Percaya atau tidak kalau saya katakan segelintir modeltempatan hanya dibayar RM80 hingga RM200 untuk satu peragaan," katanya.
>Profil
NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz
TARIKH Lahir: 14 Mei 1971
UMUR: 38
BINTANG: Taurus
ASAL: Kampung Pandan, Kuala Lumpur
DRAMA TV: Awan Dania, Datin Diaries, Detektif Metropolitan, Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta
Filem:Kad Cinta (1995), Bara (1999), Gerak Khas The Movie (GKTM) (2001),Laila Isabella (2003), Buli (2004), Trauma (2004), Cinta Luar Biasa(2004), Tak Ori Tapi OK (2005), Kemarau Cinta (2005), Buli Balik(2006), Puaka Tebing Biru (2007), Otai (2008), Sepi (2008)
Teater: Lantai T Pinkie (2006)
kalau dah ada merge je ya.. dah cek sa,pai page 3.. tak da pon |
|