CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237809|Reply: 2500

Ina Naim Berpurdah Atas Nasihat Suami (respon suami Ina @ pg.8/13/14)

 Close [Copy link]
Post time 5-9-2013 07:41 AM | Show all posts |Read mode
Khamis September 5, 2013

Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Imej terbaharu Ina Naim bersama suami dan anak-anaknya.

PETALING JAYA:  Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau  nama sebenarnya  Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

"Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

"Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5,  Sallman Elkhoyri, 3,  dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

"Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih.

"Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak.

"Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

"Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya.

Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi.

Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.



Credits: mstar.com.my

Last edited by achik2009 on 8-11-2013 06:37 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ina ni ada album ke...bila msa lak dia jd pnyayi....aduyaiiii...pepepun tahniah...semoga istiqamah...alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlg le ina....jgn nyanyi bole x....x phm aku...dh berpndh ada ati nk nyanyi...sore ko tu smp tuk laki ko je le....jgn le wat malu org berpurdah....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
alahaiiii....dah elok berpurdah...tapi tang nk menyanyi tuu... hmmm tok sah laa...bukan bagus pun...jadilah muslimah sejati,  taat pd Allah, taat pd suami...masuk dunia hiburan ni byk fitnah timbul nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:50 AM | Show all posts
yela..mmg la atas nasihat suami...takkan atas nasihat mawi plak..ke guane @dino  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:54 AM | Show all posts
dah berpurdah tu takyah ler nak nyanyi lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2013 07:54 AM | Show all posts
maxim posted on 5-9-2013 07:50 AM
yela..mmg la atas nasihat suami...takkan atas nasihat mawi plak..ke guane @dino

di mana ada mawi...di situ ada @dino
di mana ada @dino di situ ada mawi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:57 AM | Show all posts
anak anak dia comel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 07:57 AM | Show all posts
lebih elok fokus pd suami dan anak.. lum pernah lg dgr wanita berpurdah jd penyanyi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 07:59 AM | Show all posts
kalau nak tahu..


tak nak tahu pun...dia ader ke tak sama je..

da elok cantik molek da..tak yah la nak menyanyi...



Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
tak paham apa yg suami ina fikirkan...dah suruh berpurdah...tp galakkan menyanyi pulak....adoiiihaii
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:02 AM | Show all posts
xyah nyanyi laa kalau dah berniqab.. nanti camne nak nyanyii~
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:04 AM | Show all posts
ntahnyer..jaga microfon suami dah la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:06 AM | Show all posts
mungkin dia nyanyi dalam majlis semua pompuan.. kira ok lah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:06 AM | Show all posts
kekadang terfikir jugak..lelaki yg berbini purdah ni kalau dia berdating dgn pompuan lain yg berpurdah jugak, mesti org tak perasan kan yang tu bukan bini dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:10 AM | Show all posts
dah cantikdah tu berpurdah bagai, nak nyani buat apa? suara pun bukannya sedap, sumbang je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 08:11 AM | Show all posts
lorrr pelik betul.. purdah dh bagus tapi impian jadi penyanyi x padam2 lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:12 AM | Show all posts
amboi nama ank2 nye berbelit2 lidah ku membaca
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:16 AM | Show all posts
seb_baik posted on 5-9-2013 08:12 AM
amboi nama ank2 nye berbelit2 lidah ku membaca

aku pon terbelit membacanya..
tak terdigest otak aku ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 08:19 AM | Show all posts
Rsnya x ada releven utk ina kembali ke bidang seni lg..... better besarkn anak2 je.. nnti kalau tjebak dlm bidang seni lg.. sure nama ina ada kaitan dgn nma mawi... apa perasaan suami?? Anak2?? Family?? Malu kot..... ina mana... alaaaa ina ex mawi tu.... yg nyanyi merayu2 kt dlm tv tu sbb mawi tgglkn dia sbb ekin... ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Siti-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair beb)!!!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'muktamar PA
Views : 10851 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282552 Replies : 8330
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.390790 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list