CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5779|Reply: 49

Agama dipersoalkan

[Copy link]
Post time 4-1-2013 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum. Saya minta maaf kalau pembukaan thread ini adalah salah caranya sebab saya baru lagi di sini. Saya ingin meminta pendapat yang berlandaskan agama.

Bagaimana jika ada hamba Allah ini, bertahun2 hidup di dunia, semakin banyak amalan dibuat, semakin berkurangan rezekinya. Sehinggakan hamba Allah ini mempertikaikan perkara ini dan mengungkit sedangkan sepatutnya rezeki lebih luas apabila banyak berdoa kepada Allah.

Saya tidak tahu bagaimana mahu meyakinkan hamba Allah ini. Saya juga musykil dengan masalah yang dia hadapi. Mungkin di mana kah silapnya? Saya khuatir saya juga termakan dengan kata2nya. Bantulah saya untuk menambah keyakinan saya pada agama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2013 04:52 PM | Show all posts
Mungkin dia sdg diuji.. Dia kena hadapi dengan syukur dan sabar..bukankah ujian Allah tu menaikkan darjat kita di sisi Allah.. cuba cakap kat dia cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki = harta ? ? ? apakah ini tujuan hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 05:08 PM | Show all posts
sebab tu dlm Rukun Iman yg ke-6, adlah percaya kpd qada' & qadar....
bila die mempersoalkan knape smkin byk beramal semakin sempit rezeki nye,
kat situ dh timbul persoalan, tujuan beramal itu utk apa???
ikhlas kerana Allah SWT ato mempunyai tujuan tertentu....


juz my 2 dollars, rasenye ramai otai kt sini yg mampu bagi pencerahan nnti
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 05:21 PM | Show all posts
bismillahirrohmanirrohim
alhamdulillah, semoga sholawat dan salam sentiasa tercurah pada suri tauladan kita nabi muhammad, seluruh keluarganya dan para shohabatnya amma ba'ad;

ALLOH ta'ala berfirman (maksudnya):
Ibrohim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." (al-hijr: 56)

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (al-baqoroh: 155)

mungkin perlu muhasabah balik dari segi amalan yang dilakukan, kerana para ulama' bagi guideline bahawa antara syarat diterimanya sesuatu amalan itu adalah 1) ikhlas dan 2) ittiba' kepada nabi shollallohu 'alaihi wa sallam (mengikut segala sunnahnya tanpa mengada-adakan amalan tokok tambah yang tak bertepatan dengan sunnah beliau shollallohu 'alaihi wa sallam)

ALLOH ta'ala berfirman (maksudnya):
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan ALLOH memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). (asy-syuuro: 30)

kalau cukup 2 syarat itu, insyaaALLOH akan membuahkan taqwa yang mana akan terasa manisnya iman dan membuatkan kita yakin bahawa segala ketentuan ALLOH adalah baik bagi kita, yang mana taqwa itu sendiri antara kunci rezeki di mana ALLOH ta'ala berfirman (maksudnya):
........ Barangsiapa bertaqwa kepada ALLOH niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLOH niscaya ALLOH akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya ALLOH melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya ALLOH  telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (at-tholaaq: 3-4)
peringatan: ayat ini bukan fungsinya sepertimana yang banyak disalah fahami di kalangan kaum muslimin di mana ada sebahagian daripada mereka yang gantung ayat ini di premis perniagaan / rumah mereka dengan sangkaan yang keliru akan tetapi syarat-syarat untuk membuahkan taqwa itu tidak dipenuhi terlebih dahulu)

- kena gali balik apa definisi taqwa (yang disyarah para ulama') itu dan sama-sama muhasabah diri. secara ringkas makna taqwa itu adalah dengan mentaati segala perintah ALLOH dan meninggalkan segala larangan-Nya.

- kena besarkan skop definisi rezeki itu sendiri yang mana ianya bukan hanya tertakluk pada harta benda, bahkan rezeki datang dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan yang baik untuk beramal sholeh, diselamatkan dari musibah / malapetaka / bencana etc, banyak lagi kalau nak senaraikan. dan merupakan nikmat paling besar nanti adalah kehidupan selepas kematian di mana kita dimasukkan ke dalam syurga dan diselamatkan dari azab neraka. kita memohon kepada ALLOH keselamatan.

mari kita renungi hadits di bawah ini di mana nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
'alangkah menakjubkan urusan seorang mu'min. sesungguhnya semua urusannya adalah baik baginya. dan hal itu tidak ada kecuali pada diri seorang mu'min. apabila dia mendapatkan kesenangan, lalu dia pun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya. apabila dia tertimpa kesulitan maka dia pun bersabar, maka hal itu juga sebuah kebaikan baginya.' (diriwayatkan oleh imam muslim)

akhir kata jangan pernah berputus asa dari rahmat ALLOH dan sentiasa lah bersangka baik dan bergantung harap kepada-Nya kerana nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
'sesungguhnya ujian yang berat akan mendapatkan pahala (balasan) yang besar pula. sesungguhnya ALLOH jika Dia mencintai sesuatu kaum, pasti ALLOH akan menguji mereka. barangsiapa yang ridho, maka ALLOH pun ridho padanya. barangsiapa yang murka, maka ALLOH pun murka padanya.' (riwayat imam tirmidzi, hadits ini statusnya hasan shohih)

segala yang baik itu datangnya dari ALLOH dan yang buruk itu adalah kerana kesilapan saya sendiri dengan tipu daya syaithon.

wALLOHul musta'an dan semoga sholawat dan salam sentiasa tercurah pada suri tauladan kita nabi muhammad, seluruh keluarganya, para shohabatnya dan segala puja dan puji hanyalah milik ALLOH Robb seluruh alam.





Last edited by irbadh on 4-1-2013 06:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 05:45 PM | Show all posts
salam

KEKAYAAN DAN KEMISKINAN ..
ADALAH UJIAN TUHAN BAGI HAMBA-HAMBANYA


فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ رَبُّهُ ۥ فَأَكۡرَمَهُ ۥ وَنَعَّمَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ
15. Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata: "Tuhanku telah memuliakanku."
وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ
16. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku"
كَلَّا‌ۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ
17. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim
وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ
18. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin
وَتَأۡڪُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَڪۡلاً۬ لَّمًّ۬ا
19. dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil)
وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبًّ۬ا جَمًّ۬ا
20. dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.

wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2013 08:46 PM | Show all posts
Bertanya seorang sahabat:
"Mengapakah Allah memberi semua kemewahan hidup kepada orang bukan Islam?"

Jawab Ulama':
"Allah bersifat Ar-Rahman. Yakni, semua manusia boleh meminta apa sahaja untuk kesenangan mereka di dunia. Tetapi, orang Muslim yang mukmin boleh mendapat Ar-Rahim, dimana kebaikan sebenarnya berada di akhirat kelak. Sekiranya membuat perbandingan antara nikmat duniawi dan nikmat akhirat, Allah tidak mengherankan sekiranya Dia memberi segala kenikmatan dunia kerana dunia ini hanya berharga kurang daripada sayap nyamuk. Adakah kamu masih mahukan segala kesabaran, kesusahan kamu dibalas dengan kenikmatan dunia yang tidak mempunyai harga disisi Allah?"

Allah tidak akan menolak doa hamba-Nya yang soleh dan sabar, bahkan Allah menyuruh hambanya berdoa. Allah murka jika kita tidak berdoa kerana itu adalah sifat angkuh + sombong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2013 09:02 PM | Show all posts
Banyak bersyukur ... Nikmati kesempatan hidup sedari bangun pagi ...

Bersedekah ... Masih banyak saudara kita yg kekurangan ...

Banyak menolong ... Sehingga hidup lebih berarti

Lebih giat berusaha ... Sehingga semua kemampuan dan berkah yg ada dapat bermanfaat

Perjelas tujuan hidup, tambatkan harapan semata pada ridha Allah ...

Di tepi sungai surga ... Keselamatan dan kedamaian abadi ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 02:51 AM | Show all posts
....maksud rezeki di sisi islam sgt luas....termasukla sume nikmat kurniaan Allah swt spt. kesihatan, kebahagiaan, rasa lapang/ketenangan dsb. & bukan hanye berdasarkan soal harta/wang ringgit shj.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 08:04 AM | Show all posts
Setiap apa kat dunia ni adalah ujian untuk manusia. Tak kira susah atau senang. Dikurangkan rezeki atau ditambahkan rezeki. Bagi tau kat kawan hang, para sufi zaman dulu, malah para sahabat Rasulallah s.a.w sedih kalo tak ada ujian kesedihan dan takut kalo ada ujian kesenangan. Ujian kesusahan sebenaqnya menjadikan kita lebih kuat. Tetapi untuk berjaya menghadapi ujian kesusahan nih, kena dekat selalu kat Allah dengan banyakkan baca Al Quran dan solah sunat. Takut2 jadi kufur pulak. Aku bagi nasihat kat hang, ajaq kawan hang amalkan surah Arrahman & Al Waqiah (dua surah nih berjiran satu sama lain). Amalkan jadi macam zikir harian. Inshaallah. Hati akan rasa lapang dengan setiap apa yang Allah berikan. Semoga Allah memberkati hang dan kawan hang. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 07:30 PM | Show all posts
kita beribadat bukan untuk dunia je. so kena redha dengan ketentuan Allah dan jangan berputus asa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2013 04:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah kamu semua bermurah hati membantu saya, setidak2nya memberi semangat yang membina buat saya. In shaa Allah saya terapkan semua nasihat kamu semua dalam diri saya. Saya dulu2 lambat mendapat kesedaran agama jadi ilmu agama saya cetek. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2013 05:38 PM | Show all posts
zuzutechno posted on 8-1-2013 04:44 PM
Alhamdulillah kamu semua bermurah hati membantu saya, setidak2nya memberi semangat yang membina buat ...

salam

tidak kira lah .. lekas atau lambat aahh .. sama sama lah kita ..
kesedaran dan keinsafan itu akan timbul bagi orang yang mahu memikirkan ..
yang mana mahu menerima tegoran dan nasihat .. insyAllah ..

ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
2. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar .
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ
إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ
قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:11 AM | Show all posts
Masya Allah. thanks for sharing ya Akhi, ya Ukhti.. banyak yg aku dapat, walaupun nie soalan orang lain. Rasa semakin tenang dan buat kita lagi tabah mengharungi ujian2 yg sedang atau akan dihadapi. Insya Allah.. Jom azam utk sentiasa ingatkan diri, harga dunia nie umpama kurang drpd sayap nyamuk yg macam @mrundefined dah share kan, dan jom utamakan Akhirat. Semoga kita lebih tenang, lebih ikhlas menghadapi apa juga rintangan, yakin Allah tu sentiasa bersama kita, mendengar keluh kesah kita, tahu apa yg kita tengah fikir, rasa. Jangan putus asa, sentiasa yakin dengan rahmat Allah.. Insya Allah...  
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 09:12 AM | Show all posts
Masya Allah. thanks for sharing ya Akhi, ya Ukhti.. banyak yg aku dapat, walaupun nie soalan orang lain. Rasa semakin tenang dan buat kita lagi tabah mengharungi ujian2 yg sedang atau akan dihadapi. Insya Allah.. Jom azam utk sentiasa ingatkan diri, harga dunia nie umpama kurang drpd sayap nyamuk yg macam @mrundefined dah share kan, dan jom utamakan Akhirat. Semoga kita lebih tenang, lebih ikhlas menghadapi apa juga rintangan, yakin Allah tu sentiasa bersama kita, mendengar keluh kesah kita, tahu apa yg kita tengah fikir, rasa. Jangan putus asa, sentiasa yakin dengan rahmat Allah.. Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2013 10:01 AM | Show all posts
Kalau amalan kita ikhlas, insya allah diterima Allah. Mungkin si fulan tu terlupa, masa yang diluangkan itulah rezeki. Berapa ramai orang diluar sana tak mampu solat berjemaah 5x sehari, berapa ramai tak mampu mempelajari ilmu2 dengan ustaz2 di surau/masjid. Berapa ramai tak mampu baca quran setiap hari dan berzikir selepas solat. Ni rezeki yang dapat  meningkatkan iman kita nak membuka jalan ke syurga. Nak komplen lagi?

Rezeki bukan setakat duit, anak pinak.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2013 05:42 PM | Show all posts
baulu posted on 9-1-2013 10:01 AM
Kalau amalan kita ikhlas, insya allah diterima Allah. Mungkin si fulan tu terlupa, masa yang diluang ...

Itu satu hal juga baulu. Si fulan itu juga sering mempertikaikan mengapa dia semakin hendak berubah semakin macam tak diberi peluang untuk beribadat. Kalau dulu banyak saja masa terluang untuk beribadat tapi sekarang pekerjaan dia menyebabkan susah dia nak tunaikan solat 5 waktu. Sedangkan solat Jumaat juga banyak kali terlepas.

Ayat nya itu macam cuba nak kata lagi dia nak buat baik, lagi tuhan xnak bantu. Saya selalu jadi pendengar yang baik sahaja, jarang saya melawan sebab ilmu tak cukup. Macam mana lah dengan hal ini?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 06:34 PM | Show all posts
Pd sy, agak ramai org spt ini & ini pd sy juga scara peribadi berpunca kpd masalah ketidak-kukuhan aqidah dlm diri...

Seorang yg kenal agama akan cepat2 muhasabah diri sekiranya setiap amalan yg dibuat, setiap do'a yg dipohon spt belum / tidak dimaqbulkan ALLAH.. Begitu juga dlm hal rezeki...bilamana seorang hamba ALLAH yg kenal agama, sekiranya merasakan ada kesempitan dlm rezeki sehariannya, nescaya nafsu dlm diri akan mengajak utk trus 'check & balance' ape yg tak kena dlm amal ibadat dll...

Sbb itulah ibadat perlu seiring dgn ILMU...sekiranya kuat ibadat tp sedikit ilmunya, malah boleh jd sia2 ibadatnya kerana kelemahan aqidah dlm diri... Konsep rezeki pd sy mudah difahami bg yg kenal agama & takkan persoalkan keadilan ALLAH walau sedikitpun..

Ramai jugak yg sering persoal "kenapa org bukan Islam lebih berjaya & kaya dari org Islam, malah org Islam yg kuat imannya pun ramai yg miskin tp org kafir yg tak sembah ALLAH lgsg kaya-raya" - ini antara persoalan2 yg acapkali sy dengari tp amat merbahaya bg aqidah diri...wal'iyaazubillaah.


Jd bg org sebegini, fahamkan dirinya ttg konsep rezeki & kenapa diwajibkan ibadat2 tertentu... Tujuan beribadat kpd ALLAH hakikatnya bukan mengharapkan balasan & kekayaan dunia...tp di akhirat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 06:39 PM | Show all posts
Bg sy, adakalanya sy sendiri dlm mengharungi kehidupan seharian terkadang merasakan rezeki tidak semurah hamba2 ALLAH yg lain...sy tak compare dgn yg bukan Islam, atau dgn Muslim yg tidak baik....selalunya sy akan lihat kpd Mukmin & Muslim yg baik2... Kenapa mereka lebih murah rezeki sedangkan gaji / pendapatan mereka lebih kecil dari sy?

Maka di situ akan trus terdetik dlm hati yg sy masih belum dekat dgn ALLAH...terasa masih jauh & alpa dgn amalan2 yg seharusnya sy lakukan termasuk dosa2 yg menggunung tinggi, jadi PUNCANYA adalah dari diri sendiri... Sy percaya bahawa sesungguhnya org yg beriman & beramal soleh sekiranya bersungguh2 dlm beribadah & bekerja, maka PASTI mereka akan dimurahkan rezeki....apatah lg yg sering melakukan solat sunat Dhuha & mengamalkan ayat Seribu Dinar....

Wallaahu'alam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 03:47 AM | Show all posts
salam...

adalah rezeki yg berkat itu datangnya dari Allah s.w.t dan kita sebagai hambaNya digalakkan bersyukur atas limpah kurniaNya. setiap yg berlaku itu adalah ujian daripadaNya. sekiranya ada yg merasa 'tidak cukup", maka hendaklah ia beristighfar...maka mintalah dijauhi daripada dipengaruhi oleh nafsu7.

cuba selami hakikat insan...nescaya akan terasa betapa kerdil kita di sisiNya. cuba teliti & periksa cukupkah amalan dan ibadah kita sehari-hari? adakah sempurna solat kita dan cukup rukunnya? adakah al-quran itu telah benar2 kita jadikan panduan hidup? bagaimana pula perhubungan kita dgn keluarga, sahabat & umumnya sesama insan? ;-)

Yakinlah bahawa rezeki itu datangnya hanya dari Allah swt dan berusahalah mencari keredhaanNya. sesungguhnya Allah jua lah Maha Mengetahui, Maha Pegampun lagi Maha Penyayang...berdoa dan mintalah apa jua kepadaNya.

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212

wallahu a'lam bish shawab

p/s : ampun maaf kiranya ada salah & silap, ku masih cuba membunuh nafsu, agar lebur rantainya dari badan...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.145403 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list