Wah! Satu lagi kejayaan diraih dalam industri seni tanah air apabila pelawak dan pengacara Harith Iskander berjaya mara ke pusingan separuh akhir pertandingan Funniest Person In The World.
Sumber foto: IG Harith Iskander
Pertandingan bertaraf antarabangsa itu akan diadakan di Helsinki, Finland, 5 Disember depan.
Menurut mStar Online, 20 peserta dari seluruh dunia bakal memberi saingan sengit kepada Harith, 49, bagi merebut lima tempat di peringkat akhir yang akan diadakan pada 8 Disember ini.
Sumber foto: http://www.laughfactory.com
"Alhamdulillah atas doa dan sokongan serta undian daripada rakyat Malaysia saya terplilih ke peringkat separuh akhir pertandingan itu.
"Sudah tentu saya berasa gembira kerana ia sebuah pertandingan yang besar dan ini adalah peluang saya membawa nama negara di peringkat antarabangsa," katanya kepada mStar Online.
Syabas diucapkan kepada Harith kerana berjaya menapak selangkah lagi sebelum mara ke pusingan akhir yang akan menentukan siapakah gerangan orang paling lawak di dunia. Semoga berjaya mendapatkan gelaran tersebut, sekali gus membuka mata orang luar akan kehebatan rakyat Malaysia! - CARI |