CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4493|Reply: 12

kisah sedih si Adolf Hitler

[Copy link]
Post time 11-12-2014 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Kisah Menyedihkan Wanita Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler..
[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]
[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]Semasa era perang dunia ke-2 banyak kisah-kisah yang menyayat hati yang berlaku kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan perang. Ada yang dirahsiakan pengalaman itu dan ada juga yang menceritakan untuk perkongsian anak-anak mereka. Kisah menyayat hati ini juga berlaku kepada Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.




Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]
Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.




Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.

[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]


[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]

[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]




[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]





Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.



[color=rgba(0, 0, 0, 0.701961)]Sumber: dairishare.blogspot.com
sumber:ejeninfo.blogspot.com





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 10:16 AM | Show all posts
kejam la geng2 nazi ni...tapi saya tak faham kenape sesetengah muslim ni mengagungkan hitler...padahal nazisme ni ideologi racist...yang memandang tinggi racial purity...bangsa nordic mata biru dan rambut blonde....walaupun hitler bunuh yahudi tapi kita kena faham, hitler bukan HERO...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 10:44 AM | Show all posts
Kesiannye.Sampai skrg masih dihantui dgn peristiwa hitam wlpun dah puluhan tahun.Panjang umur die tp sayang x punya anak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 10:45 AM | Show all posts
nanacinta posted on 11-12-2014 10:16 AM
kejam la geng2 nazi ni...tapi saya tak faham kenape sesetengah muslim ni mengagungkan hitler...padah ...

bukan semua yahudi tu jahat
dlm kes holocaust ni
apa yg dibuat oleh tentera nazi mmg tak berperikemanusiaan langsung

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 01:46 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 11-12-2014 10:45 AM
bukan semua yahudi tu jahat
dlm kes holocaust ni
apa yg dibuat oleh tentera nazi mmg tak berperi ...

yer la...mane ade saya cakap semua yahudi jahat...huhuhu...ramai jugak yahudi yang saya kagum macam naom chomsky, leopold weiss...maksud saya, muslim yang kagum dengan hitler ni tak sedar yang hitler anggap bangsa bukan nordic ni ibarat sampah jer...sedangkan orang slav yang mata biru pun dianggap sampah sebab bukan germanic, ini pulak orang2 muslim yang kebanyakan kulit sawo matang...

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nanacinta posted on 11-12-2014 01:46 PM
yer la...mane ade saya cakap semua yahudi jahat...huhuhu...ramai jugak yahudi yang saya kagum maca ...

Muslim nusantara. Ingatkn belah arab. Tu sbbnya kita kena siasat siapa musuh kita sebenarnya. Bila kita taksub dan mengagungkn manusia ianya dah syirik. Zaman nabi bila berperang tu pun nabi pesan jgn diapa2kn kaum wanita, kanak2 dan org tua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2014 09:42 PM | Show all posts
Sian masih trauma hingga tua
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2014 10:37 PM | Show all posts
Nazi penah buat operasi memandulkan semua wanita yahudi... tak nak ada diorg beranak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 05:01 AM | Show all posts
AMDTurion posted on 11-12-2014 02:41 PM
Muslim nusantara. Ingatkn belah arab. Tu sbbnya kita kena siasat siapa musuh kita sebenarnya. Bila ...

betul amd...ade pulak yang kata hitler masuk islam padahal hitler ni penganut katolik yang taat..sebab tu kita kena berhati2 dalam mengangkat seseorang sebagai hero...kaji dulu latarbelakang diorang....huhuhu...

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tt misleading
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 10:34 AM | Show all posts
tu la pasal..tajuk cm lari plak..ngatkn cte psl kisah sedih hitler..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 04:50 PM | Show all posts
Nazi perlu dihidupkan semula utk menyaingi ISIS..sila isi borang skg
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:25 AM | Show all posts
Dia tertinggal 'tukang rasa makanan' tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.300844 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list