CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 9

[Jenayah] Wanita disamun, turut dipaksa lakukan seks oral

[Copy link]
Post time 8-1-2015 05:51 PM | Show all posts |Read mode
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Januari 2015

BATU PAHAT - Sekumpulan penyamun terdiri daripada tiga lelaki bukan sahaja menyamun seorang wanita, malah seorang daripadanya memaksa wanita malang berkenaan melakukan seks oral.

Dalam kejadian jam 2 petang, 4 Disember lalu, di Kampung Parit Abdul Rahman, mangsa terpedaya dengan tindakan suspek yang meminta pertolongan daripadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku setelah mangsa didatangi suspek untuk bertanyakan arah dan menunjukkan lokasi Taman Puteri Indah.

Katanya, selepas itu mangsa bersetuju menghantar suspek ke lokasi dimaksudkan dengan motosikal milik mangsa.

“Dalam perjalanan ke lokasi, suspek mengarahkan mangsa memasuki sebuah ladang kelapa sawit dan kemudiannya menyamun mangsa dengan mengambil kesemua barangan milik mangsa.

“Mangsa yang tidak mengenali suspek diacu pisau dan di situ mangsa dicabul serta dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa kemudian diarah berlari sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya semalam.

Menurut Din, seorang daripada suspek didapati turut terlibat dengan kejadian ragut yang berlaku di Jalan Mohd Akil, 26 Disember lalu.

Katanya, hasil siasatan, suspek pertama berjaya ditahan yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di sekitar daerah ini.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes dilakukan kumpulan penyamun ini.

“Daripada ujian air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 05:54 PM | Show all posts
dah kenapa mangsa baik bebeno gi hantar suspek tuhhhh??
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:04 PM | Show all posts
Suspek ni org yg mangsa kenali kot... Sbb senang2 dah dpt tgkp.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:07 PM | Show all posts
kesihan.
.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 06:12 PM | Show all posts
seb bek xkene celop
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat baik dibalas dgn dicabul dan dipaksa oral sex. Baik hati sgt ko ni sampai bawak suspek tunjuk jln. Kan dah mendapat. Bertabah la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 06:30 PM | Show all posts
Teruk betulla....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
org kampung mmg baik. sanggup membantu. tp kes mcm ni, susu dibalas tuba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala stkt oral nth2 njoy mkn pisang
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yek... Ntah2 busuk n berbau....
Ada syphilis ke herpes ke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.069575 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list