CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35869|Reply: 313

Sistem Perbankan Islam Msia: Membantu Atau Menindas?

   Close [Copy link]
Post time 18-2-2012 02:37 AM | Show all posts |Read mode

MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan

Semak semula perbankan Islam
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.

Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.

“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.

“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.

“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

p/s Ada sesuatu tak kena........dari segi akad lepas tapi kaut untung byrn balik 3-4 kali ganda tuh yg dikatakan menindas....
Single Polls, Total 148 Users voted
6.08% (9)
79.73% (118)
6.76% (10)
7.43% (11)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 08:06 AM | Show all posts
MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semaki ...
tongkatwaran75 Post at 18-2-2012 02:37




PPIM Bidas Bank Jual Nama ‘ Perbankan Islam’ Untuk Kaut Untung!
    February 17, 2012

13 Comments




KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membidas bank-bank yang menggunakan nama ‘Islam’ dalam usaha untuk mempromosi dan menjual produk kewangan masing-masing sedangkan hakikatnya mereka masih menindas serta menggunakan kaedah yang bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, PPIM mendesak agar panel pelaburan syariah bank-bank dirombak dan digantikan dengan panel yang lebih bebas bagi mengelakkan berlakunya konflik berkepentingan atau ‘conflict of interest’.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata, penggunaan nama ‘Perbankan Islam’ selama ini telah disalah guna, diperguna dan disalah tafsir oleh bank-bank untuk mengaut keuntungan melampau.

Ini, katanya, menghakis kepercayaan pengguna sekaligus memberi gambaran negatif terhadap agama suci itu sendiri.

” Masa nak beri pinjaman bukan main lagi guna cara Islam seperti akad dan sebagainya tetapi bila nak kutip hutang, tiba-tiba mereka guna cara konvensional, tekan pengguna, kenakan caj yang melampau-lampau hingga tak masuk dek akal.

” Lebih malang lagi kerana mereka yang duduk dalam panel pelaburan syariah bank-bank itu seolah-olah berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa mengenainya, justeru ia mesti dirombak.

” Kesimpulannya, kami istilahkan bank-bank ini cuba mendapatkan untung melalui ‘backdoor’ riba,  kami dah dapat banyak aduan mengenainya, sehubungan itu Bank Negara diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan mengenai perkara yang cukup menyedihkan ini,” kata Tunku Azwil dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, Perbankan Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam.

Ia mengharamkan pengambilan riba’ (mengumpul dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam.

Mynewshub.my difahamkan, kaedah perbankan Islam kini semakin berkembang sebagai tren terkini senario perbankan global.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil meminta bank-bank yang melaksanakan kaedah Perbankan Islam ini agar menekankan prinsip utama agama suci itu dalam semua urusan muamalatnya.

” Mereka (bank) tidak boleh terlalu menekan pelanggan masing-masing, tidak mengambil keuntungan melampau, tidak mengambil keuntungan melalui manipulasi dan mengamalkan kezaliman,” katanya.

Yang lebih penting, tegas Tunku Azwil, bank hendaklah membantu mereka yang sudah, tertindas atau berhutang kerana sudah menjadi prinsip Islam membantu orang yang menanggung hutang. – Oleh SYAHRIL A. KADIR/ Foto MOHD. YUMNI HARUN

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 08:10 AM | Show all posts
  ” Masa nak beri pinjaman bukan main lagi guna cara Islam seperti akad dan sebagainya tetapi bila nak kutip hutang, tiba-tiba mereka guna cara konvensional, tekan pengguna, kenakan caj yang melampau-lampau hingga tak masuk dek akal.
” Lebih malang lagi kerana mereka yang duduk dalam panel pelaburan syariah bank-bank itu seolah-olah berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa mengenainya, justeru ia mesti dirombak.
” Kesimpulannya, kami istilahkan bank-bank ini cuba mendapatkan untung melalui ‘backdoor’ riba,  kami dah dapat banyak aduan mengenainya, sehubungan itu Bank Negara diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan mengenai perkara yang cukup menyedihkan ini,” kata Tunku Azwil dalam sidang akhbar di sini hari ini.
  Post at 18-2-2012 08:06


nanti UZAR selamba jer jawab "mahal bukan bermakna menindas".     mcm haram.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:07 AM | Show all posts
persatuan pengguna gesa majlis fatwa kebangsaan mengkaji semula method perbankan islam.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:09 AM | Show all posts
Persatuan Pengguna Pulau Pinang vs Ustaz Bank
http://harfiah.multiply.com/journal/item/469


yg satu mewakili pengguna yg rmh mrk kena rampas/lelong, yg satu lagi mewakili tokey bank.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 09:48 AM | Show all posts
Tuhan pun depa nak tipu..
apalah sangat setakat nak tipu pemimjam2 ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2012 10:03 AM | Show all posts
nak tanya korang la..
pembayaran loan islamik vs pembayaran loan konvensional..
mana yang lebih jimat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 10:08 AM | Show all posts
nak tanya korang la..
pembayaran loan islamik vs pembayaran loan konvensional..
mana yang lebih ji ...
joeyss Post at 18-2-2012 10:03
mesti la pembayaran lon konvensional... tapi dgn syarat tiap2 bulan ko bayar tepat pada time nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 10:30 AM | Show all posts
babi..... siyal punya penipu........ mudah2an merasa laa korg dok kat neraka jahanam dgn org2 munafik.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 10:33 AM | Show all posts
Agaknya dah berapa ramai umat Islam telah jadi bankrap kerana perbankan Islam ala Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 10:36 AM | Show all posts
Ah Long pun dah ada skim pinjaman islamik.  kaedah akad serupa mcm bank isle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 11:35 AM | Show all posts
Agaknya dah berapa ramai umat Islam telah jadi bankrap kerana perbankan Islam ala Malaysia ni
ultra78 Post at 18-2-2012 10:33



Salah sorang nya AKU!!!!!....
Aku tertipu dengan perkataan ISLAM....
Nasib baik aku tak sampai bankrap....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 11:46 AM | Show all posts
Salah sorang nya AKU!!!!!....
Aku tertipu dengan perkataan ISLAM....
Nasib baik ...
jazaa Post at 18-2-2012 11:35


byk sangat dah kes rumah kena rampas, kena lelong, lepas tu hutang masih berbaki beratus ribu. dah nama pun kapitalis. masih nak berselindung dgn nama islam. yg tak tahan masih ada yg bodo berpersepsi "mengkritik bank islam berarti menghina islam..".  mcm haram.

nama jer islamik tapi langsung takda roh islam.  komen Dr MAZA
http://www.youtube.com/watch?v=1VNApS-LSBk
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:00 PM | Show all posts
mesti la pembayaran lon konvensional...  tapi dgn syarat tiap2 bulan ko bayar tepat pada time ...
hazabbb Post at 18/2/2012 10:08 AM


sepatutnya islamic banking lebih baik daripada konvensional.. ni dah terbalik pula..dulu rasanya ada kes, kawan aku nak buat settlement awal, dia kena jugak bayar seperti yang ada dalam agreement & tak ada rebat.. kompius aku. kalau konvensional, settle awal dapat la rebat.. tu dah lama la. sekarang tak tau ada improvement ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:08 PM | Show all posts
...ini bermakna semua org mengiktiraf Islam adalah yang terbaik, cuma umat Islam skg ni prejudice kalau hujung2 tu ada perkataan islam@ berkaitan...islam telah diletak ke satu taraf yg cukup tinggi... yg menjadi  culprit org2 islam tu sendiri yg manipulate & amik kesempatan   ke atas penganut Islam itu sendiri atas  dasar perjuangan, pembangunan, jihad walhal mereka cuma mengambil kesempatan di atas kebodohan org islam itu sendiri, sbb apa bodoh? sbb puak yg satu lagi cuma tahu angguk2 smbil melopong mulut dan ditambah penyedap rasa kalau x sokong berdosa & masuk neraka....ini shj umpan untuk full stop segala persoalan.

Bg ustaz2 yg pro plk, apa rasional diorg menyokong sistem perbankan islam yg ada skg? evolusi sistem banking dh lama berlaku, islamic banking cuma adaptasi sistem konvensional    dan modify sikit2 janji nampak islam...kenapa x perkenal 1 sistem yg x de kaitan langsung dgn konvensional tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:13 PM | Show all posts
Reply 13# tobby


   
yg tak tahan masih ada yg bodo berpersepsi "mengkritik bank islam berarti menghina islam..". mcm haram.


Betul Tobby....
Seolah-olah sapa yang kritik Bank Islam, kritik hukum yang dah ditetapkan Allah....

Padahal Bank Islam kat Malaysia je yang menindas.....
Islamic Banking kat negara Non-Muslim tak pulak mcm tu, make profit lagi.....
Apakah diorang (Bank Islam Msia) cedok  hukum untuk kepentingan diorang je?.....

Ai terpedaya dengan perkataan "kat Bank Islam ada aqad".....
Apa kejadahnya Aqad kalau ai di tindas....:@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply  tobby
Betul Tobby....
Seolah-olah sapa yang kritik Bank Islam, kriti ...
jazaa Post at 18-2-2012 12:13


jgnlah mudah terpedaya dgn peniaga2 yg meletakkan istilah2 islamik utk melariskan perniagaan mrk. dlm hidup serba mencabar pd hari ini, only wise-man survive. kebiasaannya si bodo jd makanan si cerdik.  jgn mudah telan apa yg org lain temberang & manipulate utk keuntungan diri mrk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:23 PM | Show all posts
Ai terpedaya dengan perkataan "kat Bank Islam ada aqad".....
Apa kejadahnya Aqad kalau ai di tindas....
jazaa Post at 18-2-2012 12:13


Ah Long & lintah darat pun pakai akad islamik.  
tiru sebijik akad bank isle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 12:29 PM | Show all posts
Reply 18# tobby


  Ha..ha....Terbaik tobby...
dulu ai pikir tanak nanti malaikat tanya, - " dah ada pilihan, kenapa pilih convesional loan?..."
Tapi skrg kalau malaikat tanya nanti ai nak jawab,..." kalau islamic loan menindas, sampai ai nak di declare bankrap, tanah nak terlelong?, bayar dah beribu-ribu kat Bank Islam, tapi masih tak habis-habis, salah ke ai pilih Bank kapir?.".....

malaikat nak cepuk ai masa tu, ai redha je lah......
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2012 02:23 PM | Show all posts
Tahun lepas saya apply cc kat cimb, pegawai bank tu sendiri tak galakkan ambik Islamic, sbb katanya charges jadi mahal. berbanding yg biasa .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194462 Replies : 4509
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5221 Replies : 51
Barang Berharga
InezkhalidiBarang Berharga
Views : 12431 Replies : 51
Gais please doakan gaisss
multinickyGais please doakan gaisss
Views : 9588 Replies : 68
MERSING OMNIBUS KISAH BENAR
5-zaLMERSING OMNIBUS KISAH BENAR
Views : 6606 Replies : 34
Kisah 2 minggu lagi...bhgn 2
Eric.n9Kisah 2 minggu lagi...bhgn 2
Views : 3127 Replies : 13
Epic Cat Meme !
Keledek.kepamEpic Cat Meme !
Views : 13953 Replies : 67
Cara Berhenti Merokok
imransulaimanCara Berhenti Merokok
Views : 6374 Replies : 28
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6790 Replies : 42
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5582 Replies : 29

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.085321 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list