PERATURAN BOD KEIBUBAPAAN Selamat datang ke board keibubapaan. Board ini adalah tempat anda para ibubapa untuk berkongsi cerita, gelagat, keletah anak-anak, petua,keceriaan, kesedihan, pengalaman, pengetahuan dan bagaimana anda menangani kehidupan seharian sebagai ibubapa. Semua maklum yang bod ini mengandungi 5 sub forum tidak termasuk forum utama. Untuk posting, sila mengikut kategori yang sepatutnya. i) Kesihatan & Perubatan 每 semua berkenaan kesihatan dan perubatan anak-anak ii) Pratanggapan, Kehamilan & Post-Natal 每 semua berkenaan pra-kehamilan, semasa kehamilan dan selepas bersalin iii) Penyusuan Badan, Susu & Pemakanan Bayi 每 semua berkenaan penyusuan dan pemakanan bayi dan kanak-kanak iv) Kanak-Kanak Istimewa, Komunikasi & Pembelajaran 每 semua berkenaan kanak-kanak istimewa, komunikasi dan pembelajaran anak-anak v) Petua Keibubapaan 每 semua berkenaan petua mengenai keibubapaan dan anak-anak 1. Forumer yang ingin membuka thread mestilah menulis tajuk dengan jelas tanpa menggunakan bahasa sms atau ejaan yang sukar difahami. Butiran isi kandungan perbincangan juga haruslah jelas dan tersusun dinyatakan di post pertama thread. Moderator mungkin mengambil tindakan menutup mana-mana thread yang ditulis terlalu ringkas atau menggunakan bahasa sms atau ejaan yang sukar difahami. 2. Forumer digalakkan membuat carian terlebih dahulu tentang isu yang hendak dibangkitkan sebelum membuka thread baru di bod ini. Ini bertujuan supaya forumer dapat mencari penyelesaian yang lebih baik di dalam thread terdahulu yang mungkin lebih banyak informatif. 3. Pembuka thread harus memantau thread beliau agar tidak lari dari tujuan asal thread itu dibuka. Hanya thread berunsur perbincangan relevan dengan isu keibubapaan sahaja akan dibenarkan berada di bod ini. 4. Forumer juga tidak dibenarkan berborak dimana-mana thread kecuali di thread borak khas yg telah disediakan. Forumer yang secara berterusan mengganggu thread dengan post-post borak yang tidak berkaitan mungkin akan dikenakan tindakan bergantung pada pertimbangan moderator. 5. Forumer juga tidak dibenarkan membuka thread untuk tujuan soal selidik, aduan pendapat atau luahan perasaan kerana bod & thread telah pun tersedia khas untuk tujuan sedemikian. Selain itu, forumer juga tidak perlu membuka thread untuk bertanya masalah-masalah yang terlalu remeh atau yang berbentuk terlalu umum. Untuk membaca peraturan forum, Sila klik Peraturan Cari Forum
Sub Forums
Quick Post | Latest ThreadPusat BeritaㄩBerita Terbaru
|
Archiver|Mobile|CARI Malay Forums
GMT+8, 26-5-2013 02:41 PM , Processed in 0.073148 second(s), 5 queries , Gzip On.
Powered by Discuz!
© 2001-2012 Comsenz Inc.