Originally posted by Pak_Jen at 18-11-2005 10:57 PM
aku pun tak pasti..macam2 cerita dengar..penah keluar kat paper yg bujang senang mati ditembak la( berita harian..tahun 90 an kalau tak salah aku.) ..tapi gambar dalam paper tuh ..buaya tuh ada jal ...
KUCHING: Seorang lagi bomoh buaya berpengalaman menawarkan khidmatnya bagi membantu menjejaki reptilia yang membaham kanak-kanak, Mohd Azuan Hatta, 12, di Sungai Sarawak, berhampiran Kampung Bako, di sini, Ahad lalu.
Nyaleh Nandi, 82, dari Kampung Temelan, Lundu, kira-kira 100 kilometer dari sini, adalah bomoh buaya kedua selepas Cheek Inu, 70, dari Kampung Lubuk Punggur, Gedong yang tampil menghulurkan bantuan setakat ini.
Malah, kehadirannya seolah-olah memberi harapan kepada keluarga kanak-kanak malang itu untuk menemui semula mangsa yang hingga kini masih belum ditemui walaupun hampir keseluruhan tempat kejadian sudah diperiksa.
Nyaleh ketika ditemui Berita Harian berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memujuk buaya ganas itu menyerah diri, seterusnya membawa kepada penemuan mangsa.
"Kita cuba setakat yang termampu. Saya akan menggunakan semua kemahiran dan ilmu yang saya ada untuk memujuk buaya itu supaya timbul dan menyerah diri, seterusnya mempermudahkan usaha menjejaki mangsa," katanya.
Nyaleh yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam ilmu buaya berkata, beliau mempelajari ilmu berkenaan daripada seorang bomoh buaya terkenal Indonesia yang hanya dikenali sebagai Pak Jalil.
"Selepas menguasai ilmu itu, saya kerap menangkap buaya di beberapa sungai di negeri ini untuk diambil kulitnya dan dijual. Pada masa sama, saya turut membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa buaya," katanya.
Ditanya mengenai kadar imbuhan jika berjaya menangkap buaya itu, beliau menetapkan bayaran kira-kira RM5,000, yang kemudian akan dibahagikan dengan empat pembantunya.
"Ia bukan kerja mudah, bukan calang-calang orang boleh buat... kena ada ilmu dan pengalaman," katanya.
Nyaleh turut dilihat mengadakan perbincangan dengan Penghulu Kampung Bako, Saili @ Suhaili Othman dan Timbalan Ketua Balai Polis Gita merangkap Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat, Sub Inspektor Samsudin Hasan.
Nyaleh seterusnya bersetuju memberikan laluan kepada Cheek untuk menyelesaikan tugasnya menjinak dan menangkap buaya berkenaan sehingga hari ini.
Ahad lalu, Mohd Azuan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bako, dibaham buaya dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, ketika mencari ketam di Sungai Sarawak, kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kampung Bako.
Bagaimanapun, rakan mangsa, Sulaiman Matsakani, 15, terselamat dan mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyelamatkan Mohd Azuan.
Buaya berkenaan dari spesies Crocodylus porosus atau buaya air masin, dipercayai berjemur di atas tebing sungai sebelum menerkam mangsa yang berenang di belakang rakannya itu.
Originally posted by sya_sugar_sugar at 11-9-2006 03:36 PM
sang bedal ni... pantang dengan kunyit.
ada satu pawang boya kat Johore dulu2 cakap...
kalu mak menyeberang sungai,
naik sampan ker,
bot ker,
kolek ker,
kayak ker,
perahu ker...
bo ...
Originally posted by jofizo at 11-9-2006 04:50 PM
satu lagi pantang larang pasal buaya nih, org tua2 dulu berpesan jgn basuh kelambu dkt sungai yg ada buaya, nanti buaya tu akan berdendam dgn org yg membasuh tadi.......... apa kaitan...? ntah lar. ...
Originally posted by toaster at 11-9-2006 06:50 PM
pergh...ngeri...ngeri... :malu:
Originally posted by archilless at 25-11-2005 02:27 AM
penah tgk gambar buaya yg ditangkap kat sungai kat srawak.. not sure sungai mana..
tapi yg pasti buaya tu mmg besar sgt.. sbb tgk budak2 yg lepak2 duduk atas buaya tu kecik berbanding buaya tu..
Originally posted by toaster at 5-10-2006 12:47 PM
fleur bulih jd the next crocodile hunter la...ahaks...
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar ...
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar ...
Originally posted by herman at 5-6-2007 11:16 PM
Apakah sumbangan Buaya dan harimau dlm masyarakat manusia? Biarkan pupus aje binantang2 ini kerana ia
membahayakan manusia...Kenaper kita nak melindungi binatang2 liar? Apa kater operasi besar ...
manusia la yg sbnrnya mengganggu tmpt habitat mereka...
atas alasan pembangunan, hutan ditebang...
akibatnya, mereka hilang tmpt tinggal & sumber mknan...
kalo sumber makanan mereka byk, mereka x kan serang manusia la...
PELAWAT gemar pada aksi buaya yang mengangakan mulut dan melibas ekor apabila diacah. |
Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) | Powered by Discuz! X3.4 |