CARI Infonet

Title: sejarah johor dan singapura: Penyerahan Singapura kpd Stamford Raffles [Print this page]

Author: huskers    Time: 13-9-2006 03:01 PM
Title: sejarah johor dan singapura: Penyerahan Singapura kpd Stamford Raffles
ada sesapa tahu terma penyerahan singapura kpd stamford raffles pada tahun 1819 oleh sultan hussein dan temenggung abdul rahman.

[ Last edited by  fleurzsa at 5-10-2006 01:00 PM ]
Author: huskers    Time: 13-9-2006 04:23 PM
saya dengar sultan johor ada byk tanah kat singapura betul ke? sampai member aku cakap kalau dia dan puak2 dia boleh parking keta kat mana tempat kat pulau tu.?
Author: fixedit    Time: 14-9-2006 06:37 PM
1819: Raffles setuju utk menerima Sultan Hussien sbgai the rightful ultan  instead of sultan abdul rahman (adik) & also promised to give d sultan a yearly payment if sultan tu bagi org british bina trading post kat spore........
Author: huskers    Time: 15-9-2006 02:15 PM
jadik persoalannya sekrang ialah is the agreement still valid. apa yg membolehkan sultan johor memiliki byk hartanah di sana?
Author: deaf4ever    Time: 15-9-2006 04:42 PM
Originally posted by huskers at 13-9-2006 04:23 PM
saya dengar sultan johor ada byk tanah kat singapura betul ke? sampai member aku cakap kalau dia dan puak2 dia boleh parking keta kat mana tempat kat pulau tu.?



sapa2 pun bleh park keta kat mana2 pun, asal tempat tu car park.
Bukan sultan Johor jek.

Sultan Johor tanah kat Spore kot tu mesjid temenggong je kot kat harbour front sana. Tu aku dengar tanah dia.
Author: muor76    Time: 15-9-2006 05:08 PM
PERJANJIAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN -STAMFORD RAFFLES MENGENAI SINGAPURA
Tarikh Peristiwa: 30.01.1819


Pada hari ini dalam tahun 18191, satu perjanjian ditandatangani di antara Dato' Temenggong Sri Maharaja Abdul Rahman, pemerintah Singapura bagi pihak dirinya dan bagi pihak Sri Sultan Husin Mohamad Shah, Raja bagi negeri Johor dan Sir Thomas Stamford Raffles, Lt. Gabenor Bangkahulu (Bencoolen) dan jajahan takluknya bagi pihak Gabenor Jeneral Benggala.

Di antara isi-isi perjanjian ialah:-2

Artikel 1 -       Syarikat Hindia Timur Inggeris boleh mendirikan kilang (logi) di Singapura atau tempat-tempat lain dalam wilayah Kerajaan Johor - Singapura.

Artikel 11-      Sehubungan dengan itu Syarikat Hindia Timur Inggeris bersetuju untuk melindungi Dato' Temenggong Sri Maharaja.

Artikel 111-    Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar tiga ribu ringgit Sepanyol setahun kepada Dato' Temenggong Sri Maharaja kerana mendirikan kilang itu.

Artikel IV-      Dato' Temenggong Sri Maharaja tidak boleh membuat sebarang hubungan dengan negara-negara lain atau membenarkan kuasa negara-negara lain masuk ke negerinya selain dari Inggeris, selagi Syarikat Hindia Timur Inggeris masih kekal dan sanggup memberikan perlindungan menurut perjanjian itu.

Artikel V -      Apabila Sri Sultan (Hussein) tiba di Singapura kelak, kesemua perkara yang disebutkan dalam perjanjian ini diselesaikan serta disahkan, akan tetapi pihak Syarikat Hindia Timur boleh memilih suatu tempat untuk mendaratkan pasukan tenteranya dan barang-barang kelengkapan serta dagangan serta menaikkan bendera Syarikat.

Perjanjian antara Temenggong Sri Maharaja dan Stamford ini adalah merupakan persetujuan sementara dalam usaha Inggeris untuk menguasai Singapura kerana Temenggong itu tidak berhak menandatangani perjanjian sebenar. Hak dan kuasa itu terletak di tangan Sultan yang bersemayam di Lingga. Pada Februari 1819, Tengku Long atau Tengku Hussein, waris yang sah kepada takhta Kerajaan Johor tetapi diketepikan, tiba di Singapura. Walaupun beliau tidak percayakan Inggeris tetapi oleh kerana bimbangkan kuasa Belanda dan Bugis dan dengan sokongan Temenggong Sri Maharaja, beliau telah menandatangani satu perjanjian perikatan dan persahabatan pada Februari, 1819 dengan Sir Stamford Raffles3. Dalam perjanjian ini beliau telah diakui dan diiktiraf oleh kerajaan Inggeris di India sebagai Sultan bagi kerajaan Johor - Singapura, bergelar Sultan Hussein Muhamad Shah. Dengan perjanjian ini maka perjanjian awal yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1819 di antara Dato' Temenggong Sri Maharaja dan Sir Stamford Raffles dengan sendirinya menjadi sah dan bermulalah sejarah penguasaan Inggeris ke atas Singapura.
Author: muor76    Time: 15-9-2006 05:09 PM
PERJANJIAN PERSAHABATAN EIC-JOHOR


Tarikh Peristiwa: 02.08.1824

--------------------------------------------------------------------------------

  Pada hari ini 02.08.1824 satu perjanjian telah ditandatangani di antara John Crawfurd, Residen Inggeris di Singapura bagi pihak Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan Hussain Shah dan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian itu ditandatangani di Singapura dan telah disahkan oleh Gabenor Jeneral Inggeris di Fort William, India pada 19hb. November tahun 1824.

Mengikut perjanjian yang mengandungi 14 perkara itu, Sultan Hussain dan Temenggung Abdul Rahman bersetuju menyerahkan Pulau Singapura serta pulau-pulau dalam lingkungan sepuluh batu dari pantainya kepada pihak Inggeris. Sebagai gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200 Ringgit Sepanyol dan gaji bulanan sebanyak 1,300 ringgit, selama hayat baginda. Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 ringgit dan gaji bulanan sebanyak 700 ringgit selagi ada hayatnya. Selain dari itu, jika Sultan Hussain dan Temenggung mahu pindah keluar dari Singapura, Kompeni Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung atau penggantinya sebanyak 5,000 ringgit. Perjanjian ini juga telah membatalkan persetiaan-persetiaan dan persetujuan-persetujuan yang telah pernah dibuat di antara Kompeni Hindia Timur Inggeris dengan Sultan dan Temenggung. Akibat dari perjanjian itu Sultan Hussain telah kehilangan kuasa dan kedaulatannya ke atas Singapura.

Perjanjian yang menjadikan Singapura hak milik Inggeris itu adalah lanjutan daripada usaha-usaha yang telah dimulakan oleh Thomas Stamford Raffles pada awal tahun 1819 bagi menjamin kepentingan Inggeris di Singapura. Sesungguhnya dengan termeterainya perjanjian itu, pada hari ini dalam tahun 1824, peristiwa ini telah mengubah perjalanan sejarah Kerajaan Johor yang dahulunya meliputi Johor, Riau, Lingga, Singapura, Pahang dan pulau-pulau disekitarnya. Dengan itu juga Singapura telah jatuh ke tangan pihak Inggeris.
Author: muor76    Time: 15-9-2006 05:12 PM
PERJANJIAN RAFFLES - SULTAN HUSSAIN DAN TEMENGGONG ABD. RAHMAN


Tarikh Peristiwa: 07.06.1823


--------------------------------------------------------------------------------

Pada hari ini dalam tahun 18231, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Stamford Raffles, Temenggong Abdul Rahman dan Sultan Hussain, Sultan Singapura yang diangkat oleh Inggeris. Perjanjian dirancang oleh Inggeris bagi mengukuhkan lagi kedudukanya di Singapura di samping menghadapi pengaruh Belanda.

Perjanjian ini ditandatangani setelah Inggeris yang mencari bandar pelabuhan di Selatan Tanah Melayu untuk kepentingan perdagangannya, mendarat di Pulau Singapura dan menawarkan perlindungan kepada Temenggong pada 30 Januari 1819 sebagai balasan untuk mendirikan loji di pulau itu. Temenggong terpaksa menerima tawaran Inggeris, kerana bimbang diserang apabila mendapati Inggeris mendarat dengan segala kelengkapan perang. Raffles juga bertindak mengangkat Tengku Long dari Riau untuk menyiasat apa yang terjadi di Singapura, menjadi Sultan Singapura, bergelar Sultan Hussain pada 6 Februari 1819 dan mengadakan persetujuan2 tanpa pengetahuan Sultan Abdul Rahman di Lingga yang memegang tampuk pemerintahan Johor - Riau ketika itu.

Perjanjian dan perlantikan Sultan Hussain ini telah menimbulkan kemarahan Sultan Johor - Riau dan juga Belanda. la dianggap tidak sah dan Inggeris dituduh menceroboh.

Dengan itu pada hari ini dalam tahun 1823 perjanjian ini telah ditandatangani bagi tujuan mendapatkan kebebasan penuh di Pulau Singapura. Mulai perjanjian ini,

- Sultan menerima bayaran sebanyak satu ribu lima ratus ringgit setiap bulan dan Temenggong pula menerima lapan ratus ringgit setiap bulan;

- Sultan dan Temenggong tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang-tongkang Cina yang keluar masuk pelabuhan;

- Inggeris berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau tempat kediaman Sultan dan Temenggong;

- Residen Inggeris meminjamkan wang kepada Sultan untuk mendirikan masjid baginda di Kg. Gelam dan mendirikan rumah Temenggong di Teluk Belanga;

- Undang-undang Mahkamah Inggeris dikuatkuasakan dan Sultan serta Temenggong tidak perlu hadir tetapi menjadi tetamu kehormat jika baginda  berminat untuk hadir di Mahkamah Inggeris;

- Sultan hanya boleh menghakimkan hukum-hukum agama dan adat; - Inggeris tidak akan campurtangan dalam urusan pemerintahan Sultan dalam jajahan takluknya;

- Inggeris diberi kuasa memonopoli perusahaan kayu balak.

Apabila termaktubnya perjanjian antara Sultan Hussain - Crawford pada 2 Ogos 1824, telah memberi peluang kepada Raffles untuk memajukan Singapura. Sebaliknya kuasa Sultan ke atas Singapura dan pulau-pulau berdekatan bertambah merosot
Author: huskers    Time: 18-9-2006 11:26 AM
tima kasih muor76. ni yg saya dok carik selamani. tapi ada detailtak perjanjian 14 perkara tahun 1824.

deaf4ever...relax bro...gua bukan nak buat apapun cuma carik kebenaran. dan kebenaran pun dah dijumpai. gua tak kisah nak park kat manapun sebab gua jln kaki dan naik ketapi .
Author: muor76    Time: 19-9-2006 04:23 PM
Originally posted by huskers at 18-9-2006 11:26 AM
tima kasih muor76. ni yg saya dok carik selamani. tapi ada detailtak perjanjian 14 perkara tahun 1824.

deaf4ever...relax bro...gua bukan nak buat apapun cuma carik kebenaran. dan kebenaran pun d ...



sama-sama... yg detail diaaku takder arrr.. cube ko p tanya arkib negara... huuuhu
Author: deaf4ever    Time: 24-9-2006 01:28 PM
Originally posted by huskers at 18-9-2006 11:26 AM
tima kasih muor76. ni yg saya dok carik selamani. tapi ada detailtak perjanjian 14 perkara tahun 1824.

deaf4ever...relax bro...gua bukan nak buat apapun cuma carik kebenaran. dan kebenaran pun d ...



wa relak pe. Kita memang bro la, wa pun BMW jugak ( bas/mrt/walk ) :hatdown:


aku nengok Sultan Johor ni ngan dia punye family memang masuk keluar Spore memang style beb.
Sultan Johor masuk keluar Spore, tak pakai lane keta beb,
dorang pakai lane bas...zooommmmmmmmmmmmmmmm!! priviledge la kira.
Then aku perasan, sampai ada trafik polis dua motor escort
Ni observation aku la pasal kadang2 bila masuk keluar causeway, nampak keta or jeep dia...
Ingat dia lalu kat orang beratur tu dia nak lambai2 ke apa ke, tak lak...:hatdown:
Author: huskers    Time: 25-9-2006 10:20 AM
die punye keistimewaan utk sultan sahaja or utk tengku mahkota dan kawasan sewaktu dgn nye
Author: trj9    Time: 18-8-2010 01:36 PM
almarhum sultan sir abu bakar byk gedung2 dan rumah2 gudang , tanah di victoria, tanglin area iaitu tyersall avenue yg dibeli dari clementi, thmpson road.. menurut cite allahyarham nenda kwn,.. ada tertulis dlm wasiatnya cukai2 dan pajakan hendaklah dikutip dan diwariskan kpd kerabat dari darahnya.. harap2 tuanku skrg tak jualkan, byk tanah di singapura milik johor yg dikatakan langsung tak berani diusik oleh singapura

salah sorg pekerja istana pernah ditugaskan bertugas di salah satu tanah milik royal johor di singapura.. mengatakan sampah2 atau ranting2 kayu pun pihak kerajaan singapura tak berani nak usik sekiranya tak dpt perkenan paduka tuanku.. tapi biasalah.. singapura tetap ingin cuba menuntut dan membeli tanah.. tapi katanya sultan johor tak mahu jual kerana tanah itu ibarat tanah pusaka nenda moyangnya..
Author: rastablank    Time: 18-8-2010 02:49 PM
One day, if god permits, it'll be ours again, one day~
Author: CRK    Time: 19-8-2010 08:52 AM
almarhum sultan sir abu bakar byk gedung2 dan rumah2 gudang , tanah di victoria, tanglin area iaitu  ...
trj9 Post at 18-8-2010 13:36


Mana ada. Semuanya dah habis dipindah milik kpd kerajaan. Contohnya istana kampong gelam bersebelahan masjid sultan. Dlm thn 90an istana tu masih lagi didiami kerabat raja dan kemudian kjaan ambil istana tu dibangunkan sbg pusat warisan melayu. Jika ke Spore wajib singgah ke tmpt tu, ada pameran ttg masyarakat melayu spore.
Author: trj9    Time: 19-8-2010 10:17 AM
Reply 15# CRK


  thnx for info.. Istana kg gelam bukanlah yg kwn maksudkan. itu istana milik sultan hussin sultan of johor yg bukan dtgnya dari keturunan almarhum sir abu bakar sultan, kerana sir abu bakar sultan adalah dari temenggung, maka tanah di depan vivo city tu lah yg menjadi salah satu peninggalan almarhum nendanya yg ketika tu ade perjanjian dgn east india company (bole baca dlm salah satu thread disini). Tanah tersebut ada kediaman nendanya, dan masjid disitu yg ada sekarang adalah salah satu bangunan yg digunakan utk upacara rasmi dulu. Majis itu ditadbir oleh majlis agama islam johor, MAIJ adalah dibwh naungan sultan of johor, sehingga kini.
Yg lainnya tanah2, kebun2, gudang2 dan gedung2 milik keturunan dari darah almarhum sir abu bakar sultan inilah yg diwasiatkan oleh baginda utk dikekalkan utk diguna pakai oleh putera puterinya dan kerabat2 dan siapa saja kerabat dari darahnya. Contoh seperti Tyersall avenue, yg sebelumnya adalah kediaman clementi, tapi di beli oleh baginda dgn tanah2 dan kebun2 sekitarnya yg luas utk dijadikan "istana singgah" (istilah ini diberikan oleh baginda sndiri) dan sebuah istana juga dibina utk sultanah beranam woodneuk. Ada beberapa lagi gudang2 dan gedung2 disebutkan dlm wasiat terakhir yg dizahirnya sendiri ..dimana kwn mendpt tau hal itu dari almarhum nenda kwn yg lahir bbrapa tahun sblum kemangkatan baginda sir abu bakar...

Maka sebab itulah, tuntutan2 yg dibuat ke atas Tyersall avenue (termasuk dua bangunan istana di dlm kebun Tyersall yg disebutkan tu) tidak dpt dilaksanakan, dan menjadi milik mutlak royal johor kerana wasiat baginda sudah pun tertulis. Pd 2006, cicinda baginda iaitu almarhum sultan iskandar al-haj telah pun menghadiahkan kawasan tersebut termasuk dgn istananya yg ditinggalkan tu kpd cucundanya iaitu TMJ sekarang tunku ismail sultan ibrahim sbg hadiah sempena ulangtahun keputeraan almarhum pd tahun tersebut..

Tanah2, kebun2 dan gudang2 di byk tmpat di pulau singapura (thomspn, victoria, seranggoon..dan byk lg) yg diwasiatkan almarhum abu bakar tidaklah diketahui masih berjalan seperti biasa atau dipajakkan atau disewakan seperti asalnya...
Author: kertasputih    Time: 20-8-2010 10:27 PM
siri perjanjian yang menyedihkan...
yg menyebabkan singapura jatuh ke tangan org lain
Author: zaharul_asriq94    Time: 21-8-2010 09:33 PM
sultan johor mmg bijak!
Author: koboi    Time: 1-9-2010 11:32 PM
barulah den faham
Author: nazurah    Time: 2-9-2010 05:54 AM
Reply 16# trj9

kalau dikira2 dan diukur semula luas tanah milik sultan dan dibahagi dengan tanah milik singapura... berapa besar agaknya 'pulau singapura' ya?

almaklumlah... sana sini ada tanah sultan...
Author: trj9    Time: 2-9-2010 11:36 AM
Reply 20# nazurah


  ye tak ye. tah2 separuh je. .  Tyersall avenue tu je luas radiusnya 1.5km, belum yg lain2, masih dipajakkan atau di niagakan tu tak pasti, terserah pada tuanku ibrahim apa yg difikirnya molek. Di australia juga ada, salah satu katanya residensi berhadapan marina tempat kapal layar mewah parking, . dpt tau pun dari org malaysia yg menetap di kawasan tersebut, katanya sultan johor (almarhum sultan iskandar al-haj) buy over residence kt situ.  wallahualam..
Author: kertasputih    Time: 2-9-2010 01:28 PM
The story of Tyersall House
http://www.api.sg/main/index.php ... id=104&Itemid=1
Author: sahamboi    Time: 2-9-2010 10:03 PM
pengajaran cerita adalah yg jual tanah2 melayu ni sebenarnya adalah sultan2 juga, bukannya rakyat...
Author: nobito    Time: 4-9-2010 02:42 PM
Walaupun beliau tidak percayakan Inggeris tetapi oleh kerana bimbangkan kuasa Belanda dan Bugis dan dengan sokongan Temenggong Sri Maharaja, beliau telah menandatangani satu perjanjian perikatan dan persahabatan pada Februari, 1819 dengan Sir Stamford Raffles3.
muor76 Post at 15-9-2006 17:08



    Dari dulu perangai lembik ni ada kat Johor...penting kan diri sendirik
Author: nobito    Time: 4-9-2010 02:52 PM
Sebagai gantinya Sultan menerima wang hadiah sebanyak 33,200 Ringgit Sepanyol dan gaji bulanan sebanyak 1,300 ringgit, selama hayat baginda. Temenggung pula menerima wang hadiah sebanyak 26,800 ringgit dan gaji bulanan sebanyak 700 ringgit selagi ada hayatnya. Selain dari itu, jika Sultan Hussain dan Temenggung mahu pindah keluar dari Singapura, Kompeni Inggeris akan membayar 20,000 ringgit dan kepada Temenggung atau penggantinya sebanyak 5,000 ringgit.

---------------------------- ...
muor76 Post at 15-9-2006 17:09



    Kalau dah xda hayat..kira dah x da bayaran la ek...
Author: unekspekted    Time: 4-9-2010 03:52 PM
pengajaran cerita adalah yg jual tanah2 melayu ni sebenarnya adalah sultan2 juga, bukannya rakyat...
sahamboi Post at 2-9-2010 22:03



SEBAB.... "Rakyat" takde kuase  nak jual tanah... kalau ade kuase mcm tu zaman tuu... silap2.. ko duduk dalam air skarang pasal nenek moyang ko dah jual semua tanah dia
Author: unekspekted    Time: 4-9-2010 03:55 PM
Anyway....

bukan Stamford Raffles yang bukak singapore...

Tapi, Captain Hamilton....

SEBAB... = orang yang duduk pulau je faham kenape 'dia' tak nak duduk pulau... korang pikir2 kan laa
Author: unekspekted    Time: 4-9-2010 05:37 PM
anyway....

200 tahun dulu... Singapore adalah mcm pulau jerjak sekarang =

- tiada kegiatan ekonomi kecuali perikanan
- tiada tahap keselamatan sebab dikelilingi port lanun = diselat melaka, pulau riau, sungai johor
- susah bekalan air mentah = dah name pun pulau
- muara sungai yang cetek

So... Sultan Hussin mase tu pulak :

- membawa diri ke Singapura sebab perebutan kuasa dengan kakaknya di Riau
- pengikutnye cume 200 - 300 orang sahaja
- buat penempatan kecil di Teluk blangah

So.. 200 tahun dulu.... singapore takde ape2 nilai commercial advantages....

Even ini DIAKUI OLEH BRITISH ---- Sultan Husin pernah ingin  menyerah kan hak tadbir SIngapore kepada Captain Hamilton.. lame sebelum Stamford Raffles datang.. TETAPI DITOLAK Captain Hamilton atas sebab2 diatas...

early 1800's....

Dengan teknology superior dalam persenjataan =

- Raffles dapat mengawal selat dengan kelebihan gunpower dorang...
- Raffles dpt membersarkan muara sungai singapore dengan meletupkan dan menggali sungai (Kes batu bersurat singapore yang diletupkkan)

So.. only 1800's... baru nampak 'kegunaannya'.....

KALAU TAK.... tentu parameswara stay kat singapore and tak bukak melaka.. SEBAB

BEFORE 1800'S... SINGAPORE IS LESS COMERCIALLY SIGNIFICANT

Next time.. .fikir dulu 'kenape' and adapt diri tu to 200 years back.. jgn sedap2 mulut je tuduh orang zaman dulu bodo
Author: Ibnu_Sina01    Time: 4-9-2010 07:30 PM
wooo baru nampak!! adeh tak terfikir den..
Author: sahamboi    Time: 5-9-2010 11:52 PM
Reply 26# unekspekted


beriya-iya  betul ngko pertahankan sultan johor ek... ngko ni sepupu-sepapat dia ker...




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4