CARI Infonet

Title: Merged-Wakaf [Print this page]

Author: lisnaree    Time: 7-9-2007 02:40 PM
Title: Merged-Wakaf
iwa bercadang nak buat wakaf depan laman umah.....pastu nak tanyalah kat kekawan kat cini kalau ada gambo decoration wakaf korang dengan landscaping skali.... dah bukak thread under pergola..tapi x banyak info n picture pasal wakaf kat situ..


Mintak tolong nyerrrrr

[ Last edited by  alifinara at 17-3-2009 16:27 ]
Author: ummihafiy    Time: 7-9-2007 06:44 PM
My neighbour ada buat... yg sorg tu x der tangga.... (wakaf juga ker) sbb dia selalu buat Yoga kat situ....

Yg satu lg ada tangga... mcm pondok.... NAnti kalu line clear saya snapkan.... esk masa jogging bolehlah.... itupun kalu tuan umah blm mangun....
Author: lisnaree    Time: 10-9-2007 11:30 AM
Originally posted by ummihafiy at 7-9-2007 06:44 PM
My neighbour ada buat... yg sorg tu x der tangga.... (wakaf juga ker) sbb dia selalu buat Yoga kat situ....

Yg satu lg ada tangga... mcm pondok.... NAnti kalu line clear saya snapkan.... esk m ...




mer asihhh....ummihafiy.....nasib baik ada jugak yang responds.....
Author: Mas916    Time: 7-7-2008 10:57 AM
Wakaf, kolam penyeri lamanOleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

GABUNGAN wakaf dan kolam diserikan kehijauan pohon hutan cetus suasana santai.

Keladi batang pisang gantikan teratai atau melati sebagai pokok hiasan kolam

RUMAH batu dua tingkat yang asalnya rumah tradisi Melayu tinggalan keluarga, kini diperbaharui dengan gabungan kemasan kayu gelap dan batu berwarna kuning cair dikelilingi nurseri bunga.

Namun, paling menarik mengenai kediaman Zuraidah Jaafar di Kampung Melayu, Sungai Buloh ini adalah wakaf dan kolam ikan hiasan di anjung rumahnya.


Memandangkan laman rumahnya luas, kehadiran kolam dan wakaf kayu tidak sedikit pun mencacatkan ruang yang ada, malah menaikkan lagi seri rumah didiami tujuh sekeluarga ini.

Zuraidah berkata, suaminya, Rusli Awang Lah gemar bertukang serta melakukan kerja kayu selain mengumpul barangan lama, jadi kebanyakan hiasan di laman rumah dilengkapi kemasan kayu.

Malah, anjung ruang pejabat di tingkat atas rumahnya diperbuat daripada kayu kapal yang tenggelam di Kuala Selangor.
SPESIES keladi dalam pasu koleksi kesayangan pemilik.

Tangga kayu berpusing di luar rumah menuju ke pejabat di tingkat atas, menarik perhatian sesiapa memandang terutama pepohon congea yang melilit di tangga.

Wakaf ini biasanya menjadi tempat kami sekeluarga berehat sambil anak-anak bermain dan memberi makan ikan koi di kolam.

揔olam sebelah wakaf itu idea suami yang menggabungkan batu sungai sebagai dinding kolam dan dilengkapkan pokok keladi batang pisang yang diletakkan dalam kolam. Kami sengaja tidak meletakkan teratai atau melati di dalam kolam kerana mahu ikan koi jelas kelihatan

揘amun, melati air di tanam berbaris di belakang kolam supaya suasana redup dan sejuk melatari kolam,
Author: Mas916    Time: 7-7-2008 11:01 AM
Wakaf comel jadi kebanggaanOleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my

Ker usi berpenyandar bilah kayu bersetentang wakaf sesuai untuk bersantai.

Halaman terhad bukan halangan bina ruang istirahat keluarga

HALAMAN Alina A Rahman tak seluas mana. Dihitung dikira, memadai memuatkan sebuah lori pikap. Namun, Alina bukan orang yang mudah menyerah kalah. Apa yang dikata pasti dikota.

Empat tahun dulu sebaik berpindah ke teres dua tingkat di Bandar Bukit Raja dekat Klang, Alina memasang niat membina taman. Biarpun keluasan tanah terhad, dia berazam menyediakan sebuah tempat yang boleh dituju untuk beristirahat.


Menerusi bantuan kenalan yang dikenali sebagai Shahril, impian Alina bukan saja menjadi nyata bahkan taman yang dibentuk berupaya mengundang perhatian sahabat dan jiran.

"Saya tak mengupah mana-mana pakar landskap, tetapi memikirkan sendiri konsep dan tema taman. Saya sukakan sesuatu yang berciri tradisi dan tak lapuk dek masa. Rakan yang menolong menyiapkan taman mencadangkan dibina wakaf dan pelantar kayu di penjuru halaman hadapan. Saya setuju tanpa banyak bicara," katanya.

Sehingga kini, Alina berterima kasih dengan temannya kerana wakaf berkenaan menjadi tempat beristirahat sekeluarga. Dia dan suami, A Jefrry Alan, gemar duduk berlunjur kaki menghirup udara segar ditemani anak-anak, Nur Aqila Aidura, 14; Nur Atiqa Eimira, 8 dan Nur Atikah Adibba, 6, yang suka bermain dan menyiapkan tugasan sekolah di situ.
"Anak-anak memang tidak betah duduk dalam rumah, panas kata mereka. Kalau di wakaf ini, sehari suntuk melepak pun tak mengapa. Kadang-kadang mereka membaca dan membuat kerja sekolah di sini. Adakalanya berborak kosong sambil bermain air," katanya yang membelanjakan RM2,000 untuk membina wakaf bersama pergola.

Kos pembinaan sebegitu murah tidak mungkin diperoleh tanpa bantuan sahabat yang memiliki kepakaran dalam seni pertukangan. Wang berkenaan digunakan khusus membeli bahan mentah berupa kayu sementara harga upah dikira atas dasar persahabatan.

"Saya beruntung kerana mendapat harga 'kawan-kawan'. Kalau tidak, mahu mencecah dua kali ganda harganya berbanding nilai sekarang," beritahunya.

Alina bagaimanapun terkilan kerana tidak berkesempatan memasang ram dan menyisipkan ukiran kerawang pada birai atap wakaf berkenaan. Namun, pemasangan atap nipah sedikit sebanyak berjaya mengubat kekecewaan biarpun kini, atap itu digantikan dengan genting kerana pecah dan terbelah dihentam angin dan ditimpa hujan.
Sesuai konsep taman nusantara yang diketengahkan, Alina memberi keutamaan kepada spesies pokok tempatan tahan cuaca panas. Pokok spesis berbunga memang tidak disenaraikan sebagai tumbuhan perlu ada kerana bagi Alina, ia amat rumit dijaga.

"Dulu, masa saya tinggal di rumah sewa di Sungai Pinang, pelbagai jenis pokok saya tanam. Semuanya menjadi dan tumbuh subur kerana kualiti tanahnya baik. Di sini, cuaca panas menyebabkan banyak daun pokok melepuh dan layu. Ini membantutkan niat saya menghias laman dengan tumbuhan berbunga, sebaliknya memilih jenis tahan lasak saja seperti keladi air, pokok duit-duit dan paku pandan," katanya.

Bagi memperindah wajah taman, Alina menabur batu sungai di sekeliling kawasan wakaf. Empat tahun lalu batu berkenaan dibeli dengan harga RM22 seguni, kini sejajar kenaikan harga barang, harganya meningkat dua kali ganda. Alina menambah hiasan taman menerusi guri berpancur yang dibeli di Thailand dengan harga RM60.

Puas bersantai di wakaf, Alina sekeluarga menuju ke set kerusi meja jati yang ditempatkan di perkarangan meletak kereta. Rupa-rupanya set jati ini antara kelengkapan kesayangan Alina kerana menawarkan ciri selesa, kukuh dan bereka bentuk klasik.

"Saya memang sukakan kayu. Redup dan semula jadi. Kalau boleh hendak penuhkan satu taman dengan elemen kayu. Baru seronok menghabiskan masa di sini," jawabnya sewaktu ketika ditanya punca dia memilih kemasan kayu menunjangi tema taman nusantaranya.
Author: cendawan_liar    Time: 17-7-2008 09:16 AM
yang ni rm2500 mahal ke murah ek ?


RM 2500
Sebuah gazebo
Harga termasuk
*pemasangan
*penghantaran (50km radius)

Spesifikasi Bahan Binaan
Saiz 5
Author: garlicOil    Time: 17-7-2008 10:15 AM
Title: Reply #6 cendawan_liar's post
kat mane tempah ni? bg contact no boleh?
Author: mhatta1    Time: 17-7-2008 09:22 PM
Originally posted by cendawan_liar at 17-7-2008 09:16 AM
yang ni rm2500 mahal ke murah ek ?

http://bp3.blogger.com/_L1kBNJr3jxQ/SAn3LO78H9I/AAAAAAAAABU/SS2UEiBos58/s400/gazebo1900.JPG
RM 2500
Sebuah gazebo
Harga termasuk
*pemasangan
*penghantar ...


Cendawan,

Murah yang teramat sangat ... dah survey beberapa tempat,  kalau saiz ni, harga lebih kurang RM6,000. Guna kayu apa ni? Boleh bagi contact no dan alamat tak?
Author: mhatta1    Time: 17-7-2008 09:23 PM
Originally posted by cendawan_liar at 17-7-2008 09:16 AM
yang ni rm2500 mahal ke murah ek ?

http://bp3.blogger.com/_L1kBNJr3jxQ/SAn3LO78H9I/AAAAAAAAABU/SS2UEiBos58/s400/gazebo1900.JPG
RM 2500
Sebuah gazebo
Harga termasuk
*pemasangan
*penghantar ...


Cendawan,

Murah yang teramat sangat ... dah survey beberapa tempat,  kalau saiz ni, harga lebih kurang RM6,000. Guna kayu apa ni? Boleh bagi contact no dan alamat tak?
Author: cikna99    Time: 17-7-2008 10:00 PM
Title: Reply #9 mhatta1's post
bro nak letak wakaf tu kat sudut ke...cun tuh pastu kanan kiri, penuh pkk bga..
Author: mhatta1    Time: 17-7-2008 10:24 PM
Title: Reply #10 cikna99's post
...
Author: tayarayam    Time: 17-7-2008 10:32 PM
kalau nak buat kena ada laman rumah yang luas ni
Author: cendawan_liar    Time: 18-7-2008 05:18 PM
Originally posted by mhatta1 at 17-7-2008 09:23 PM


Cendawan,

Murah yang teramat sangat ... dah survey beberapa tempat,  kalau saiz ni, harga lebih kurang RM6,000. Guna kayu apa ni? Boleh bagi contact no dan alamat tak?


tengok kat sini ..http://belatukwoodwork.blogspot. ... ola-gazebo-608.html

huby dah call tanya..tapi tempat ni kat kedah ..boleh gak nak tempah, kos penghantaran rm 200, so total rm 2700
Author: Maid_fr_Venus    Time: 20-7-2008 04:19 PM
wahhh kat alor star?? hehehehehe

nak email tanya lah camne... dulu i tengok hege gazebo nieh mahai sgt
Author: maizana    Time: 7-9-2008 01:36 PM
Originally posted by cendawan_liar at 18-7-2008 05:18 PM


tengok kat sini ..http://belatukwoodwork.blogspot. ... ola-gazebo-608.html

huby dah call tanya..tapi tempat ni kat kedah ..boleh gak nak tempah, kos penghantara ...


Memang murah harga tu, cuma standard design...

Ini wakaf yang I buat, guna kayu resak. I beli barang dan upah  pekerja buat.. I spend dalam Rm 6K.






Author: alifinara    Time: 8-9-2008 08:41 AM
Title: Reply #15 maizana's post
Wahh...cantik
Author: enie_74    Time: 8-9-2008 10:24 AM
Title: Reply #6 cendawan_liar's post
kat cni harganye dlm rm3400... hubby ckp better kita beli brg n upah org buat jimat sket....
Author: harris    Time: 9-9-2008 12:21 PM
Hi all,

Yang ni saya punya, buat malay traditional style. size dia 8 X 6 kaki.
material dia, kayu chengal 2nd hand. saya prefer kayu 2nd hand sebab murah, confirm tak retak/meleding kena matahari sebab dah cukup kering. kalau pakai kayu bau kekadang dari pokok muda dan tak tahan panas.

beli di changloon kedah, kedai dia dalam 50 meter dari kolej matrikulasi changloon.
kedai ni harga dia saya rasa sangat2 patut dan owner dia ni lah yang dapat kontrak buat rumah2 tradisional di muzium padi. buyer boleh pilih sendiri nak pagar, papan cantik dan hiasan sendiri.

Gambar semak sikit sebab rumah belum siap huhuhu ...



Author: Mas916    Time: 9-9-2008 01:21 PM
Title: Reply #18 harris's post
berapa RM?
dia anta ke Penang ka?
Author: harris    Time: 9-9-2008 02:43 PM
Title: Reply #19 Mas916's post
Mas,

boleh hantar, yang ni dia hantar sampai rumah saya di nibong tebal.
harga termasuk kos hantar kurang dari 5 ribu. saya dah beli dalam 3 bulan lepas, so harga sekarang tak berapa tahu lah.

haji ali ni ada jugak pergola. time saya pi tengok ada pergola 10 X 5 kaki dia jual less than 3500 tapi betul2 cantik. sesuai nak gantung orkid pagar kayu ukir2 pun boleh tempah kat dia...
Author: Mas916    Time: 9-9-2008 03:03 PM
Title: Reply #20 harris's post
ada satu tempat yg dok buat wakaf ni....area Padang Temusu gak....tp tak penah tanya rega..singgah dulu cuma ada pekerja dia ja....
dia pun guna kayu sekenhen, tp tatau kayu jenis apa...
Author: cendawan_liar    Time: 10-9-2008 01:38 PM
tak jadi tempah wakaf..ingat nak beli kayu second hand pas tu upah indon buat..
upah indon $1500 besar 10x10..murah ke mahal ek ?
cam nilah lebih kurang...


dah kira harga barang dengan upah..dalam $3600....murah ke mahal ?
Author: S_Anuar    Time: 10-9-2008 02:11 PM
Salam,

Saya berminat juga dgn wakaf yg rakan2 semua tunjukkan ni.
ada tak gambar2 wakaf yg lain sikit design, contoh menggunakan
batang buloh, batang pinang atau batang kelapa pada lantai wakaf tersebut?

kalau ada, tepekkan la kat sini. teringat masa kat kampong dulu2 tepi sawah padi.
skrg padipun entah kemana.
Author: harris    Time: 10-9-2008 03:22 PM
Title: Reply #22 cendawan_liar's post
kalau RM3.6K untuk 10 X 10 memang murah cendawan...

tapi, sebelum upah kena discuss, lukis dan specify material dan design macamana awak nak. Neighbour saya ada jugak serah pada indon untuk beli kayu dan buat wakaf, tapi bila siap jadi tak puas hati sebab design simple sangat.
Cuma naik 4 tiang, bumbung n lantai dan takde pagar atau trellis pun untuk shade cahaya matahari. Bila suruh tambah trellis, biasalah kena tambah harga. lepas 6 bulan, kayu start pecah2 dan meleding sebab kayu tak tahan berhujan berpanas.

So, nasihat saya, buat research dulu pasal kayu2 yg tahan outdoor (chengal, resak) dan kalau nak selamat kayu awak beli sendiri. cuma upah buat je kat indon. takut kena tipu pasal kayu ni sebab kita bukannya tahu bezakan kayu2 ni.

[ Last edited by  harris at 10-9-2008 03:24 PM ]
Author: harris    Time: 10-9-2008 03:29 PM
Title: Reply #23 S_Anuar's post
shaiful,

tak teringin nak jadi supplier wakaf pulak ke?
time kecik2 dulu, selalu lepak atas pelantar batang kelapa. sekarang dah susah nak tengok, kat kampung2 pun dah takde.
Author: cendawan_liar    Time: 10-9-2008 04:32 PM
Originally posted by harris at 10-9-2008 03:22 PM
kalau RM3.6K untuk 10 X 10 memang murah cendawan...

tapi, sebelum upah kena discuss, lukis dan specify material dan design macamana awak nak. Neighbour saya ada jugak serah pada indon untuk be ...



cadangnya mcm tulah.....
dah tengok yg indon tu buat cam gambo kat atas tu...
sebijik cam tu upah $1500..ok ke ?

kayu pun dah survey...guna kayu second hand,,resak..
Author: cendawan_liar    Time: 14-9-2008 10:03 PM
cuci mata...
masa kat giant SA...ada promotion wakaf..



Author: cendawan_liar    Time: 14-9-2008 10:07 PM







Author: harris    Time: 15-9-2008 09:13 AM
Title: Reply #28 cendawan_liar's post
Cantik2 design dia, tapi takut lah tengok harga
Author: Mas916    Time: 6-10-2008 04:30 PM

Author: harris    Time: 14-10-2008 01:28 PM
nak update beberapa gambar wakaf dari pak cik yang jual dekat saya.






Author: pakupayung21    Time: 14-10-2008 01:29 PM
Title: Reply #31 harris's post
chanteknya wakaf ni..ciri2 tradisional terserlah
Author: razifah    Time: 14-10-2008 01:33 PM
Title: Balas #31 harris\ catat
Berapa RM harris?
Author: harris    Time: 14-10-2008 09:00 PM
kalau macam saya punya, harga campur transportation ke penang less than RM5k, tapi harga 6 bulan lepas lah...

harga kat pakcik ni tak tentu, bergantung pada size wakaf dan design. kita boleh piih sendiri pagar, papan cantik dan hiasan2 kayu lain. pakcik ni ada banyak design, tu yang best sebab kita boleh custom made sendiri macamana kita nak. nak yang grand pun boleh, yang simple pun boleh. pergola pun ada jugak dia buat malay style...
Author: anggerikrimba    Time: 15-10-2008 08:42 AM
Title: Balas #23 S_Anuar\ catat
kat nursery area sg buloh ada jual wakaf diperbuat dr buluh beratapkan atap nipah dan jerami...RM tak check. tp cun ... mcm2 saiz ada
Author: Mas916    Time: 28-10-2008 11:14 AM
bekenan la.....itek tuh...


Author: mil_nash    Time: 7-11-2008 11:47 AM
hmmm ok la ... tapi price sumer leh tahan... lagi murah tak der ker...sbb bajek buat sendiri... just nak beli kayu n atap nipah @ genting. hehhe... kalu tempah dpt bawah RM 2000 ok gak
Author: maizana    Time: 8-11-2008 08:19 PM


Macam ni pun dalam 6K (RM 5300).. barang I beli.
Author: perrrghhhh    Time: 9-11-2008 07:53 AM
Originally posted by anggerikrimba at 15-10-2008 08:42 AM
kat nursery area sg buloh ada jual wakaf diperbuat dr buluh beratapkan atap nipah dan jerami...RM tak check. tp cun ... mcm2 saiz ada


Salam Anggerik
Ingat tak nama nursery kat Sungai Buluh tuh ?? ingat nak gi survey2 gak ...
kalau ada rezeki boleh join venture buat business ngan derang ...

[ Last edited by  perrrghhhh at 9-11-2008 07:54 AM ]
Author: j03zul    Time: 7-12-2008 06:30 PM
Title: Pondok Wakaf dan produk Landskap,etc
Semua member, aku pondok wakaf utk member tempah.. memang dr kayu... neutral...
gambar nanti aku kasi upload... harga memang murah...

6 x 4 - RM2800 hingga RM3500
6 x 6 - RM4000 hingga RM4500
6 x 8 - RM5500 hingga RM6000 ( Ada kerusi )
6 x 8 - RM4500 hingga RM5000

gambar nanti aku upload...

Author: biscuit_merie    Time: 12-12-2008 09:33 AM
Title: Balas #1 j03zul\ catat
cepat upload gambo..nak tgk!
Author: j03zul    Time: 13-12-2008 07:41 AM
Title: Reply #2 biscuit_merie's post
mintak maaf, lambat .... aku tgh nak try nie..
Author: Mas916    Time: 5-3-2009 04:45 PM

Author: agar2    Time: 6-3-2009 09:13 AM
Title: Reply #31 harris's post
harris
nak tanya sikit...kat mana kedai pak cik ni...
mmg dah lama dok cari wakaf dan nak buat pagolla...dia boleh dtg rumah ke buat
Author: harris    Time: 6-3-2009 08:49 PM
kedai dia di changloon, lebih kurang 100m dari kolej matrikulasi changloon.

yg saya tahu, kalau boleh bagi saiz dia akan buatkan dan ada jugak dah siap yg standard size punya. kalau ada design sendiri pun boleh bagi dan suruh dia buatkan, saya pun cadang2 nak suruh dia buat pergola yg ada buaian bila rumah dah siap nanti...
Author: Mas916    Time: 7-3-2009 06:49 AM
agar2....ada yg dekat sket di Padang Temusu Sungai Petani....bole la p tgk..tepi jalan jaaa.....
Author: harris    Time: 7-3-2009 11:48 PM
agar2,

yg di changloon tu kalau nak pi tengok cuba call no ni:

Intan (017 4689807) dia ni yg jaga bahagian jualan...
Author: agar2    Time: 10-3-2009 04:38 PM
terima kasih  hariss dan mas916 atas info anda berdua
Author: mrsaafifi    Time: 11-3-2009 07:38 PM
kat kulim pong ader org yg buleh watkan wakaf dan segala produk hiasan taman nih.. in fact, seluruh rumah dier mmg buat dgn kayu (yg ummi nampak la), rumah taman tapi kemasan kayu.. mmg comei.. ada kat area keladi, rumah tepi mainroad ja.. tp ummi x dak contact dier la. sbb x penah lagik berenti kat situ.. segan la, x dak budget lg nak wat sumer2 tu..
Author: agar2    Time: 12-3-2009 11:34 AM
Originally posted by mrsaafifi at 11-3-2009 19:38
kat kulim pong ader org yg buleh watkan wakaf dan segala produk hiasan taman nih.. in fact, seluruh rumah dier mmg buat dgn kayu (yg ummi nampak la), rumah taman tapi kemasan kayu.. mmg comei.. a ...



ummi
kalau address senang le sikit nak cari...
Author: har123    Time: 12-3-2009 03:59 PM
ni akak nak share pic wakaf kawan hb kat P.Dickson..dia ni ada banglo persendirian di sana.

bila cuti dia ajaklah akak n family gi lepak-lepak sana...dapatlah kita tumpang sekaki..

ni gambonya..


Author: mrsaafifi    Time: 13-3-2009 08:31 AM
Originally posted by agar2 at 12-3-2009 11:34



ummi
kalau address senang le sikit nak cari...


sat g ummi nak p klinik bwak walid (ada org belah dier smlm, abes bengkak bengkil bdnnya), kalo sempat ummi singgah tanya alamat.. insyaAllah
Author: nassir    Time: 16-3-2009 06:10 PM
aku ada jual mcm ni aje..

Author: regal    Time: 16-3-2009 08:41 PM
Originally posted by j03zul at 13-12-2008 07:41
mintak maaf, lambat .... aku tgh nak try nie..


mana gambarnyer?
Author: amoyfazna    Time: 17-3-2009 12:57 PM
Title: Balas #4 nassir\ catat
nassir, pm harga utk yg ni
Author: alifinara    Time: 17-3-2009 04:27 PM
Merged!

My dear, selak dulu page belakang sebelum buka thread baru yee....
Author: mrsaafifi    Time: 1-4-2009 01:45 PM
Title: perabut taman dari kayu di Kulim
maaf dipinta atas keterlewatan ummi mendapatkan info ini utk kwn2..

ni nomol tepon toke perabut taman yg ummi pernah ceritakan dulu..

Wood Decoration
012-4297002 / 012-4922107..  

ummi tadek share dlm kampeni ni tau ... cuma nak share info ja..
Author: perrrghhhh    Time: 6-4-2009 03:11 PM
mod alifnara and mod2 lain ...sorry kalau saya promosi product saya nih melanggar etika Cari
please advise kalau salah ...saya tak buat lagi ....


Guys. Next week, 9 & 10 May 09, next batch of Gazebos akan sampai di rumah saya (Puchong Utama, Selangor)
Jangan terkejut kalau harga cuma RM1.5k.
Saya ni freelance, saya beli buluh and pasang sendiri dengan sepupu.
itu sebab harga murah. . Size average 3mx3mx3m (6 org boleh duduk at the same time)

Boleh datang tengok .... tak beli tak per ...and kasi constructive feedback.
Show room kat tepi umah jer... well ..the advantages of gazebo2 saya nih ..
-Murah ... paling murah setakat ini
-Mobile .. kalau rasa nak pindah ..boleh angkat dengan hubby and maid ..dah leh cipta suasana and mood baru
-Eksotic looks ....

dua dua harga kat bawah nih RM1.5k sahaja ...












[ Last edited by  perrrghhhh at 8-6-2009 21:52 ]
Author: perrrghhhh    Time: 8-4-2009 01:14 PM
guys ... I dah reply sapa2 yang PM me about the location ....
Author: alifinara    Time: 8-4-2009 04:18 PM
Title: Reply #58 perrrghhhh's post
Saya takde masalah, harap yg lain begitu juga.

Berapa lama boleh tahan ni Pergh?

[ Last edited by  alifinara at 8-4-2009 16:20 ]
Author: perrrghhhh    Time: 8-4-2009 08:39 PM
Thanks again mod Alifinara.

Ada restoren order beberapa bijik and  buat meja makan kat kedai derang ... derang dah pakai 7 tahun lebih
Considering intensive usage jugak la ... kedai bukak setiap hari ... mungkin customer semua well behave..
duduk baik2  : )
tips dia ... jgn bagi buluh tuh direct contact dengan tanah ... lapik la dengan batu, bata or apa2 jer.
Same goes to other gazebo ..tak kisah la buat daripada buluh or kayu apa2 .. kalau you people notice, akan ada alas elakan gazebo tuh direct contact to ground.


Originally posted by alifinara at 8-4-2009 16:18
Saya takde masalah, harap yg lain begitu juga.

Berapa lama boleh tahan ni Pergh?

Author: perrrghhhh    Time: 8-4-2009 09:22 PM
aiyooo ... bertalu talu PM masuk my mailbox. If I may answer in F.A.Q

1. Berapa harga sebenar ? kenapa jauh murah dari harga gazebo lain ?
Betul ..harga RM1.5k sahaja ...no gimmick ...no hidden cost.

Dan harga adalah sama untuk seluruh Malaysia. Pembeli cuma menguruskan segi pengangkutan sahaja (lori 1 tan)
Saya adalah freelance (full time kerja opis
Author: Mas916    Time: 9-4-2009 12:17 AM
Title: Reply #61 perrrghhhh's post
kalau direct kena tanah..cepat reput ka?
Author: se7ensea    Time: 9-4-2009 08:20 AM
reput tuh satu hal....yg takut skali ANAI ANAi !
Author: alifinara    Time: 9-4-2009 11:50 AM
Title: Reply #62 perrrghhhh's post
diperolah dari pembekal dari Thailand & Indonesia


La...ingatkan ambik buluh kat hutan sbb kata buat sendiri...
Maaflah dah salah sangka...
Author: perrrghhhh    Time: 9-4-2009 03:55 PM
yes, betul tuh se7ensea

Mas,
Wood (bamboo, cengal, or any product kayu) has three enemies - moisture, sunlight and
insects. Each affects how well and how long wood will last.
Direct contact with the soil would cause the continuously moisture to the wood.
Moisture causes wood to rot, and fungus to grow on and in the wood.
Insects are attracted to the wood both as a food source (termites) and for nesting
(anai anai especially).

Mas,
and those are info I captured during my training in making and setting up Bamboo Gazebo ni
Author: perrrghhhh    Time: 9-4-2009 04:33 PM
Originally posted by alifinara at 9-4-2009 11:50


La...ingatkan ambik buluh kat hutan sbb kata buat sendiri...
Maaflah dah salah sangka...



heeheh ... guess what ..ada customer suruh saya buat ngan kayu jati la ..cengal la ...
tak nak laaa ... nak ngangkat kayu2 tuh satu hal ... bukan main berat .... sebatang berpuluh2 kilogram.
and kayu kayu lain tuh dah byk di pasaran ... buluh jer niche market lagi   
Author: alifinara    Time: 10-4-2009 11:43 AM
Title: Reply #67 perrrghhhh's post
Kerusi duduk dr buluh pandai buat tak?
apa saje selain dr wakaf nilah....
Author: mrsaafifi    Time: 10-4-2009 01:35 PM
kat kulim la nih kerap benor ribut ngangkat2 bumbung.. agak2 kalo gazebo pergh nih, ader x ilang atapnyer ker, bodinyer ker,, kot angin kus kus lalu sekali sekala kat area rumah. ummi bminat gak nih..
Author: perrrghhhh    Time: 12-4-2009 11:52 PM
Originally posted by alifinara at 10-4-2009 11:43
Kerusi duduk dr buluh pandai buat tak?
apa saje selain dr wakaf nilah....



ada pernah buat ...tapi tak comel ..... nampak cam kerusi biasa jer ..terus tak buat dah
tengah tunggu MARA panggil nak gi training ... win win training; I nak ajar derang buat ... and derang akan tolong dari segi business .... inovation ... market ...bla bla bla ...and mungkin lepas nih akan ada product2 lain selain gazebo ..
insyAllah ...

cuma skang ...masa amat2 mencemburui ... ngan kerja kat opis lagi .....  bila free jer buat ...kekadang terpaksa ambik
annual leave untuk settle pasal gazebo nih bila tak cukup kakitangan

anyway ..kalau ada product2 lain ...nanti saya war war kan ...
Author: perrrghhhh    Time: 13-4-2009 12:06 AM
Originally posted by mrsaafifi at 10-4-2009 13:35
kat kulim la nih kerap benor ribut ngangkat2 bumbung.. agak2 kalo gazebo pergh nih, ader x ilang atapnyer ker, bodinyer ker,, kot angin kus kus lalu sekali sekala kat area rumah. ummi bminat gak nih..


heheh ... saya tak berani jamin la kak ... kang cakap tak terbang ...terbang lak nanti,
kekuatan angin tuh subjective, pokok yang bertahun tahun tengak berdiri ... skali datang ribut taufan rebah patah jugak.
kalau angin kuat area umah akak ..saya tak suggest ada apa2 kat halaman rumah.
Kang terbang terhempap keta ker ... rumah ker ... susah nanti.

so far tak der la kes ilang atap or body gazebo saya nih dari maklum balas pembeli2 ...
ikatan kemas. ada part yang diketam (buluh masuk dalam ruangan yang diketam) and ada part yang di ikat.
Author: enie_74    Time: 13-4-2009 04:20 PM
Wakaf kat Taman Anggerik Tg Anis, Kelantan. Di buat dari batang Nibong


Author: mrsaafifi    Time: 13-4-2009 05:02 PM
Originally posted by enie_74 at 13-4-2009 16:20
Wakaf kat Taman Anggerik Tg Anis, Kelantan. Di buat dari batang Nibong

http://i318.photobucket.com/albums/mm402/enie74/Image010-10.jpg


chanteknyer.. mcm sturdy ja kan.. lantai plak mcm tikar yg dianyam..

tp wat masa nih ummi kene postpone rancangan wakaf.. sbb tdi ader cik nyet/bruks/kera (x tau spesis mana) beramai2 berkampung kat area rumah ummi.. sat g ader wakaf jdik tmpt bersemayam depa laks..
Author: enie_74    Time: 13-4-2009 05:09 PM
Mmg cantik Ummi...nampak tegap n unik jer...semua bahan binaan dibuat dr batang nibong termasukla lantai yer...



Originally posted by mrsaafifi at 13-4-2009 17:02


chanteknyer.. mcm sturdy ja kan.. lantai plak mcm tikar yg dianyam..

tp wat masa nih ummi kene postpone rancangan wakaf.. sbb tdi ader cik nyet/bruks/kera (x tau spesis mana) beramai2 ber ...


mmg sah akan jadi tmpt bersemayan diorg....
Author: perrrghhhh    Time: 13-4-2009 08:53 PM
Umi....bukan tempat bertandang derang jer ... dengan atap2 dia nanti dia larikan ..
...   
Author: sofiera    Time: 14-4-2009 08:50 AM
cantik...cantik tapi ekonomi tak mencukupi .tunggu suami jadi O.K.B baru belli 10 kuah asingg
Author: mrsaafifi    Time: 14-4-2009 01:30 PM
Originally posted by perrrghhhh at 13-4-2009 20:53
Umi....bukan tempat bertandang derang jer ... dengan atap2 dia nanti dia larikan ..
...   


wo... ganas sungguh no.. x pasai jadik satu hal berebut atap dgn cik nyet..
Author: Mas916    Time: 14-4-2009 02:32 PM
Title: Reply #77 mrsaafifi's post
teringat rumah kawan kakak....umah dia cuma kunci grill tp sliding door tak berkunci...
bila dia balik umah.....bilik dia berselerak dgn kain baju...., lantai umah penuh ngan tapak kaki kecil2....
duit tak hilang....barang kemas tak hilang....
memula moskil gak....
lepas tu 1 hari tu ternampak cik nyet...
pandai gak derang buka sliding door tuh...
Author: cikna99    Time: 14-4-2009 09:36 PM
Title: Balas #78 Mas916\ catat
cik nyet moden kannn... ada gak kes derang masuk ikut tgkap toilet yg terbukak sket, kebetulan blom pasang grill... tau2 je berselerak rmh tu.. tau masuk tp tak tau nak kuar...
Author: harris    Time: 14-4-2009 10:14 PM
beruk ni satu petua nak hilangkan yg saya dengar orang bagitau la. cuba pasang jerat untuk tangkap sekor dan spray bulu dia dgn cat kaler merah. kemudian lepaskan beruk tu semula. bila dia tengok kawan2 dia, dia akan kejar la nak join. dan bila kawan2 dia tengok ada 'alien' bulu merah dok kejar diorang pun akan lari jauh la.

tu orang cakap la, betul ke tak tak tahu...

sori ye tuan tanah, thread wakaf dah bertukar jadi thread beruk
Author: perrrghhhh    Time: 14-4-2009 11:30 PM
Originally posted by harris at 14-4-2009 22:14
beruk ni satu petua nak hilangkan yg saya dengar orang bagitau la. cuba pasang jerat untuk tangkap sekor dan spray bulu dia dgn cat kaler merah. kemudian lepaskan beruk tu semula. bila dia tengok ...




heheheh ..... kang mati lak beruk tuh keracunan toksik cat    
tapi boleh gak cuba .... and satu lagi petua ... letak patung buaya .... derang nih sejak azali takut buaya ...

jap nak carik artikel pasal tuh ... kalau jumpa saya paste ...
err ..tuan rumah ...sorry ..off topic sikit ...  
Author: alifinara    Time: 15-4-2009 08:45 AM
Kalau mcm ni gayanya kena bukak thread baru cara
Author: mrsaafifi    Time: 15-4-2009 12:27 PM
Originally posted by harris at 14-4-2009 22:14
beruk ni satu petua nak hilangkan yg saya dengar orang bagitau la. cuba pasang jerat untuk tangkap sekor dan spray bulu dia dgn cat kaler merah. kemudian lepaskan beruk tu semula. bila dia tengok ...


sori lah cik mod, ummi terbawak topic nih masuk dlm topic wakaf..

tq jugak utk cadangan2 /petua halau beruks tu.. tp harris, beruk x rabun kaler ye.. kot sat g abes 'sekampung' ummi spray kaler2, kurang nye x dek.. tambah lagik aderk.. x pasal masuk astro segmen beruk kaler rainbow / @ kene saman dgn perhilitan sbb aniaya/tukar habitat binatang..
Author: harris    Time: 15-4-2009 12:41 PM
tak tau la pulak ummi rabun kaler ke tak, saya pun dengar cerita orang je. nanti kalau dah berjaya paham bahasa beruk, saya akan keluarkan siri "bercakap Dengan Beruk" hehehe...

Amaran: kalau nak spray jgn pi spray blonde dah la esp kat monyet betina. takut karang makin banyak beruk jantan datang nak mengorat
Author: cikna99    Time: 15-4-2009 02:03 PM
Title: Balas #80 harris\ catat
adoiii laaa...
bagus jgk idea nie... mmg bengang betul time derang dtg, kalu halau yg besar jantan tu bole dia jenguk2 n intai2 kita balik...
tapi paling kelakar kalu derang dapat buah betik yg masak, dah le makan kat atas pokok, sampai licin isi kat dalamnya...pastu bahagian kulit betik, masih lagi nampak bulat mcm tempurung kelapa..tup2 nampak macam dia pakai topi keledar kat kepala... menjilat jari le kununnya...
buah betik satu hal, pucuk2 betik pun kena rembat gak... ini kalu kes derang kebulur sgt ler tuhhh...
Author: Mas916    Time: 7-6-2009 12:25 PM

Author: razifah    Time: 27-10-2009 08:46 AM


Percaya tak kalau ifa kata harga upah n kayu untuk buat wakaf nie RM 2,500 sahaja?
Author: razifah    Time: 27-10-2009 08:47 AM


kedua-dua wakaf nie yang ade di rumah mak ifa....
Author: shiina    Time: 27-10-2009 09:16 AM
87# razifah

cantik...simple and besar jugak nampaknya wakaf tu...RM2500 je?...murah tu......
Author: razifah    Time: 27-10-2009 09:43 AM
87# razifah

cantik...simple and besar jugak nampaknya wakaf tu...RM2500 je?...murah tu......
shiina Post at 27-10-2009 09:16


Yups...upah buat cume rm 1,500 jer....murah kan?
Author: razifah    Time: 27-10-2009 09:44 AM
87# razifah

cantik...simple and besar jugak nampaknya wakaf tu...RM2500 je?...murah tu......
shiina Post at 27-10-2009 09:16


Yups...upah buat cume rm 1,500 jer....murah kan?
Author: MMISS    Time: 27-10-2009 11:14 AM
ada satu tempat yg dok buat wakaf ni....area Padang Temusu gak....tp tak penah tanya rega..singgah dulu cuma ada pekerja dia ja....
dia pun guna kayu sekenhen, tp tatau kayu jenis apa...
Mas916 Post at 9-9-2008 15:03


aku perasan gak tpt tu masa lalu nak ke sp. hb ckp kalu umah sendiri nak beli 1
Author: sofiera    Time: 27-10-2009 11:22 AM
Ifa,

kat ner umah mak tue...kayu pakai jenis apa yer ???
Author: razifah    Time: 27-10-2009 11:33 AM
Ifa,

kat ner umah mak tue...kayu pakai jenis apa yer ???
sofiera Post at 27-10-2009 11:22


kat merlimau, melaka....kayu jenis apa tak pasti...tapi mak g beli kayu dari rumah kayu lama yg dah terbiar...ade sesetengah kayu tu dr zaman jepun...kan sekarang banyak umah kayu yg terbiar...jadi mak g jumpe owner n minta dr depa....kita cume tanggung kos nak robohkan rumah tu...kayu semua dapat kat kita...bayangkan dr 1 rumah tu kita leh wat mcm2...antara yg mak ifa wat...2 wakaf...almari kayu...pergola...buaian....mujur kat kg ifa ade tukang kayu...jadi dialah yg mak ifa upah....mak juga suruh dia wat pintu kayu....
Author: razifah    Time: 27-10-2009 11:33 AM

Author: sofiera    Time: 27-10-2009 11:41 AM
94# razifah
sy d melaka gak....umah nenek sy pun ada orang beli kayunya....tanya lah mak umah kat ner dier beli ...ntah2 umah nenek i kot...umah nenek kat paya rumput melaka....
Author: razifah    Time: 27-10-2009 01:46 PM
94# razifah
sy d melaka gak....umah nenek sy pun ada orang beli kayunya....tanya lah mak umah kat ner dier beli ...ntah2 umah nenek i kot...umah nenek kat paya rumput melaka....
sofiera Post at 27-10-2009 11:41


hehehehe...melaka juga ker....ramai org beli...nak2 rumah yg ditinggalkan sebab pembinaan lebuhraya AMJ...rumah nenek yang mcm tu ker? yg mak ifa beli kayu tu tak pasti di mana...
Author: sofiera    Time: 27-10-2009 02:32 PM
Ifa,

dari ciri2 tengok ada kemungkinan....tangga batu yang saya cam....mmg cantik giler???tapi bentuk2 umah melaka lebih kurang....sedara sepapat...hehehe natie korek2 pic kat umah lama nenek i paste kat cnie...
Author: razifah    Time: 28-10-2009 08:44 AM
Ifa,

dari ciri2 tengok ada kemungkinan....tangga batu yang saya cam....mmg cantik giler???tapi bentuk2 umah melaka lebih kurang....sedara sepapat...hehehe natie korek2 pic kat umah lama nenek i pas ...
sofiera Post at 27-10-2009 14:32


Okies....ifa tunggu........
Author: Mas916    Time: 28-10-2009 07:42 PM
92# MMISS

miss, kwn aku dh tanya rega kat situ....ble tahan gak rega dia....riban2 gak...

pst..sorry x p umah hg aritu.....aku seriau jammed sure heboh....penah sangkut berjam masa p sure heboh dulu...




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4