CARI Infonet

Title: Dodgeball - [Print this page]

Author: dexa    Time: 20-3-2008 08:28 AM
Title: Dodgeball -

actually ada tengok movie dia couple of years ago - yang ben stiller and vince vaughn berlakon tu..
a funny movie  - good movie though..  best tengok yang underdog main dodgeball ... kurus2 dan
tak ada cukup equipment.. but of course  good guys always win .. gs -

anyway - kat sini nak bincangkan sikit tentang dodgeball ni.. memang popular kat usa and canada -
a fun game to play when friends get together -

---------------------------------------------------------------------------------------------

Dodgeball

Dodgeball (or dodge ball) is the name of a traditional game taught in physical education classes in the U.S. and Canada as well as other such parts of the world, usually in elementary school, but is played in middle, high school, college and as a professional sport as well. It is also popular in informal settings and is often played by schoolchildren on a playground or in a gym. There are many variations of the game, but each involve players trying to avoid being hit by a ball that players on the other team are throwing at them. A children's game called "dodge ball" has been noted as early as 1892.




Rules


Players

Suggested between 7 and 10 players though more are allowed. Six players compete per team at a time. Minimum number to start a match will be 4 players

Substitutes may enter the match at any time of each game, to replace an injured player, if a teammate catches an opponents 搇ive
Author: dexa    Time: 20-3-2008 08:32 AM






some people were playin' dodgeball -

Author: jojoba_beads    Time: 21-3-2008 12:19 PM
Title: Reply #2 dexa's post
waktu kecik2 dulu penah ler main game ni.. tapi tak tau lak dipanggil dodgeball...

tp kat msia blum popular lagi kan..

kalu ada ni.. mest jojo nk join.. hahahaaa

jom buat mixed team dex... hahahaha
Author: dexa    Time: 21-3-2008 09:36 PM
Originally posted by jojoba_beads at 21-3-2008 12:19 PM
waktu kecik2 dulu penah ler main game ni.. tapi tak tau lak dipanggil dodgeball...

tp kat msia blum popular lagi kan..

kalu ada ni.. mest jojo nk join.. hahahaaa

jom buat mixed team dex. ...


eh ye ke!!...

masa saya kecik2  saya sokmo main BOLA CAP -
yang guna tennis ball tu.. ala2 dodgeball  tapi tak sama cuz
tu individual - mula kena leretkan tennis ball tu dalam lubang
pastu kena kat lubang kita - kita ambil bola tu -- kita baling
kat other players - yang kena kena keluar la...  
tapi of course beza dgn dodgeball ni.. --  dodgeball ni  team sport -

best nya kalau kita dapat buat mixed team kan..
ehhh would be sooo much fun.. mesti gelak  sakan main ni--

kena la  buat team ni, jojo!!
  
Author: Maxx    Time: 22-3-2008 03:32 PM
dodgeball..ala ala..main chop masa kekecik dulu..tapi guna bola tenis yg dah kotor kene lumpur
Author: dexa    Time: 22-3-2008 07:13 PM
Title: Reply #5 Maxx's post
ahhhhhh sama la macam yang saya main tu... budak lelaki yang
suka main ganas.. tak ada perikemanusiaan langsung

saya selalu seram aje bila depa baling..  depa main belasah aje
walaupun yang depa baling tu dak perempuan.. hampehh, eh.. gs -

tapi - must be fun to play dodgeball ni -
masa kat movie tu.. kelakar betul cara depa nak raise money
nak masuk competition dodgeball - siap  washing cars
(tapi badan masing2  melidi  aje... gs -)

Author: dexa    Time: 16-5-2008 03:21 AM
Dodgeball agenda baru sukan tempatan

Oleh YASMIN RAMAN

MUNGKIN bagi remaja di negara ini sukan dodgeball tidak begitu popular.

Bagaimanapun, di Amerika Syarikat dan Kanada ia merupakan satu aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri.

Menyedari hakikat itu, Mad About Dodgeball (MAD) (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Mamee Double Decker (M) Berhad mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen pengenalan sukan tersebut secara percuma kepada orang ramai terutama pelajar daripada institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.


Menurut pengarah program, Yeo Wai Tat, sukan di negara kita sudah setanding dengan negara luar, bagaimanapun acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan.

"Sukan ini sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya. Ia juga merupakan sebuah permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

"Bagaimanapun, kami mengambil langkah pertama dengan menarik minat pelajar-pelajar daripada beberapa IPT dalam negara untuk menubuhkan satu kelab di universiti masing-masing," katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan tajaan semalam ialah Pengurus Penjenamaan Mamee Mister Potato, Pierre Pang dan Eksekutif Jenama/Komunikasi Korporat Kumpulan Utusan. Tajul Ariffin Arsad.

"Kami telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada 10 buah IPT tempatan dalam usaha memperkembangkan sukan ini. Antaranya termasuk Taylors College, Metropolitan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Universiti Help, Kolej SEGI dan Kolej Universiti Monash," jelas Wai Tat.

"Seperti yang saya katakan tadi, sasaran kami ialah menubuhkan sebuah kelab dodgeball di setiap IPT dan untuk permulaan, kami akan mengadakan jelajah promosi di 10 buah universiti pada 20 Mei ini.

Tambah Wai Tat, pihaknya juga sedang dalam usaha menyediakan laman web bagi pasukan-pasukan yang terlibat untuk mendapatkan perkembangan terkini dan maklumat tentang sukan tersebut.

Selain itu, Wai Tat berkata, pihaknya juga akan mengadakan klinik dodgeball yang mana orang ramai akan mendapat informasi dalam mengetahui teknik permainan dengan lebih jelas lagi.

"Klinik dodgeball ini akan diadakan setiap hari Sabtu bermula 5 hingga 26 Julai ini di pusat beli-belah One Utama.


"Ini merupakan peluang terbaik bagi semua golongan masyarakat untuk melihat dan mempelajari sukan ini dengan lebih dekat lagi. Jadi saya amat berharap program ini akan mendapat perhatian ramai," ujarnya.

Lebih mengujakan, Wai Tat berkata, sukan ini bukan sahaja sekadar diperkenalkan malah ia akan diakhiri dengan satu kejohanan antara IPT yang terlibat yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM4,500.

" Perlawanan ini dinamakan 'Mister Potato Battle Royale' yang juga akan diadakan di One Utama pada 30 Ogos. Di sana kesemua kelab di setiap IPT yang terlibat akan berentap," tambahnya.

Sementara itu, Kosmo! dilantik sebagai media rasmi kepada program pengenalan sukan dodgeball.

-----------------------------------------------------------------------------------------


lama2 nanti popular la dodgeball ni -
forum members kat SMAG pun boleh buat 2 teams
kita lawan dodgeball -  

Author: dexa    Time: 17-1-2009 07:32 AM
Dodgeball popular di IPT
Oleh HAMIMAH HAMID


PEMAIN perlu sentiasa bersedia merebut
bola untuk menumpaskan pihak lawan.



JIKA dibandingkan dengan paintball dan futsal, sukan dodgeball masih baru di negara ini.

Malah, apabila ditanyakan kepada peminat sukan pun, hanya segelintir sahaja daripada mereka yang tahu mengenai sukan ini.


Berbeza dengan negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang menjadikan dodgeball sebagai aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri, sukan ini hanya popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menyedari hakikat tersebut, Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) telah mengambil inisiatif mengadakan kempen-kempen pengenalan secara percuma kepada orang ramai terutama kepada pelajar IPT.

Selain itu, MAD turut menganjurkan Pertandingan Dodgeball Antara Kampus di Kolej SEGI, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Presiden MAD, Datuk Samson David Maman berkata, sukan di Malaysia sudah setanding dengan negara luar, bagaimanapun acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan.

揝ukan ini sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya. Ia juga merupakan satu permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

揘amun, tidak ramai yang tahu mengenai dodgeball. Justeru, MAD mengambil langkah pertama dengan menarik minat pelajar-pelajar daripada beberapa IPT dalam negara untuk menubuhkan satu kelab di universiti masing-masing bagi membantu mempopularkan sukan ini,
Author: naen    Time: 17-1-2009 08:09 AM
Originally posted by dexa at 17-1-2009 07:32 AM

jom la.. karam naen alpha beta semua... join dodgeball... mesti fun kan...
best nya dapat 'matikan' you all.... KABOOM...KABOOM... best -


oke gak tuh .. tapi takmoh main guna bola .. ndak campak buah durian kat dexa

tebabOom tebabOom!!!
Author: dru_helle    Time: 25-9-2010 10:38 AM
popular ke sukan ni?




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4