CARI Infonet

Title: Remis/Lala/Kepah/Kerang/Kupang/Siput/Etok etc [Print this page]

Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:40 AM
Title: Remis/Lala/Kepah/Kerang/Kupang/Siput/Etok etc
Post Last Edit by Syd at 26-6-2009 06:19

Post Last Edit by Syd at 23-6-2009 09:55

Musim mengutip siput remis


MUSIM remis sudah kembali! Bagi mereka yang kurang mengenali remisatau disebut lala kecil. Ia adalah sejenis moluska bercengkerang yangboleh didapati di pesisir pantai.

Bentuknya seakan lala, namun saiznya lebih kecil dan hanya diperolehdengan banyak sekitar bulan Jun hingga Disember setiap tahun. Tidakseperti keluarga siput lain seperti kupang, tiram, siput sedut mahupunkerang, remis hampir tidak dikenali oleh sesetengah individu.

Namun, bagi masyarakat pesisir pantai di daerah Alor Gajah, Melakakhususnya di kawasan pantai Pengkalan Balak hingga Telok Gong, spesiesterbabit bukanlah sesuatu yang baru.

Selain bermandi-manda dan merehatkan minda sambil menikmati lautbiru Selat Melaka bersama keluarga, aktiviti mencari siput remismenjadi sebahagian perkara menyeronokkan bagi masyarakat setempat danpengunjung pantai.

Kulit remis umumnya mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Malah, ada yang tidak mempunyai corak. Namun, ia mempunyai warnatertentu seperti hitam, putih dan coklat.

Mencari makanan eksotik itu agak unik. Anda hanya perlu mengorektanah sedalam kira-kira satu meter bagi mencari siput remis yangterdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut.

Seorang pengunjung pantai, Chong Seng Chung, 35, memberitahu, beliaumenyedari kewujudan hidupan itu secara tidak sengaja ketika sedangmandi-manda di pantai Kampung Sungai Tuang kira-kira tiga tahun lalu.

Beliau bersama 12 ahli keluarganya yang leka mencari makanan eksotikitu berkata, pencarian itu memerlukan kesabaran kerana tidak semuatempat di kawasan pesisir pantai itu menjadi habitat siput remis.

Sekiranya bernasib baik, kadangkala mereka memperoleh hampir 50 ekorremis dalam satu kawasan yang dikorek, adakala jumlahnya tidak sampai10 biji pun.

"Kebiasaannya saya dan keluarga mengambil masa hampir tiga jam bagimemperoleh sebaldi remis. Meskipun menghabiskan masa yang agak lama, iacukup berbaloi kerana sukar untuk mendapatkan siput ini, malah ia tidakdijual di kawasan lain," katanya yang berasal dari Tengkera, Melaka.

Hasilnya, mereka sekeluarga mampu membawa pulang kira-kira tigakilogram siput dan kemudiannya dijadikan hidangan keluarga sepertidimasak bersama sos atau direbus bersama sayur-sayuran.
"Rasanya agak manis," katanya.

Sementara itu, Muhammad Thalha Muhammad Phuze, 13, bersama adiknya,Muhammad Akasyah, 11, dan sepupu mereka, Muhd Zuhair Kamaruddin, 18,berkata, mereka gemar mencari hidupan laut itu apabila pulang kekampung.

Katanya, remis mudah didapati pada awal pagi sebelum air laut surut dan berhenti sekitar jam 11 pagi.

Meskipun terpaksa membiarkan kulit digigit panahan matahari pagi,namun tiga bersaudara ini sudah menjadikan aktiviti mencari remis inisebagai aktiviti wajib yang perlu dilakukan apabila pulang ke kampung.

"Kami mencarinya sekadar suka-suka dan menjadi ikutan selepasdiperkenalkan oleh bapa saudara kami beberapa tahun dulu. Pada mulanya,ia agak membosankan apabila tidak banyak remis yang ditemui, namunsemakin lama ia seperti menjadi satu ketagihan," katanya.

Menurut seorang penduduk, Derma Samad, 70, suatu ketika dulu remismerupakan antara sumber rezeki sampingan kepada penduduk tempatan yangbergantung kepada hasil laut. Malah ada yang menjadikannya sebagaihidangan harian.

Beliau yang juga anak jati Kampung Sungai Tuang, Masjid Tanah,Melaka berkata, berdasarkan pemerhatiannya aktiviti mencari siput itusemakin kurang mendapat perhatian generasi muda setempat ekorankebanyakannya sudah berhijrah ke bandar.

ANDA hanya perlu mengorek pasir sedalam satu meter untuk mencari siput remis.   

Selain itu, tidak ramai yang sanggup berhabiskan masa berjam-jambagi mendapatkan sebaldi remis. Hanya mereka yang tahu keenakkanrasanya saja sanggup melakukannya.

"Selain remis, masyarakat kampung ini dulu turut mencari siputhalia, beliung, mentarang dan siput pahat yang banyak ketika air surut.Namun, semuanya kini semakin sukar untuk didapati. Mungkin spesies inisudah hampir pupus atau tiada orang yang mahir mencarinya," katanya.



He he he...actually, tak tahu sangat nak bezakan sangat lala ke, remis ke, kepah ke...sbb tak makan....hehe...tapi tu hari kena hantar kursus, menu nye lala, nak tak nak terpaksa lah makan..dah tu je lauk nye...sedap gak ye...So, jom lah kenali meraka....
Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:43 AM
yang nih plak,

Kepah


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:44 AM
yang nih siput;



Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:44 AM
Lala;


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:44 AM
Balitong;


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:47 AM
yang nih nama melayu panggil apa eh?

kat sini tulis nye Razor clams



Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:47 AM
hehehe yang ni makan jugak lah....

Kerang;


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:48 AM
Siput Duri?


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:54 AM
Kupang,


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:55 AM
Title: Reply #6 Syd's post
razor nih, siput changkol eh?


Author: Syd    Time: 14-8-2008 10:57 AM
Lokan;



Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:02 AM
Tiram;


Author: sayang_gurlz    Time: 14-8-2008 11:04 AM
waa..terliur melihatnyer...hehehe
Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:05 AM
yang nih apa plak eh, mcm lebih kurang sama je bentuk

tapi warna lain..


Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:06 AM
Title: Reply #13 sayang_gurlz's post
jom lah ronda bod resepi

kita tgk...ada tak orang taruk resepi2 tuk benda nih semua
Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:19 AM
ni siput hiasan;




Siput kerucut
Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:20 AM
kenal tak?



sedap buat gulai
Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:22 AM
pun siput hiasan


Siput Cross River namanya






Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:24 AM
Siput tarik? hehe


Author: Syd    Time: 14-8-2008 11:27 AM
ni siput apa?


Author: roozaimee    Time: 14-8-2008 11:32 AM
owh.. balitong tu sama ngan siput sedut kan?

dolu2 masa kecik2 sll cari remis kat PD, time tu mmg byk........

cara kita mkn, rebus aja...... dia mmg da rasa masin2 sbb ada air laut kot...

rasa nya pon x berat mcm mkn kerang/lala............

sekarang ni xtau ada lg ke dak kat PD..............
Author: Syd    Time: 14-8-2008 12:18 PM
umang-umang








Author: Lan    Time: 14-8-2008 12:28 PM
Boleh makan ke siput tu?


Originally posted by Syd at 14-8-2008 11:27 AM
ni siput apa?

http://pic20.picturetrail.com/VOL1612/8571532/15912525/269400898.jpg

Author: Syd    Time: 14-8-2008 12:34 PM
Title: Reply #23 Lan's post
itu arr
mungkin orang islam tak makan

orang lain makan
Author: Syd    Time: 14-8-2008 01:50 PM
yang ni siput sudu katanya;







Author: Syd    Time: 14-8-2008 03:10 PM
Siput Mentarang;


Author: Syd    Time: 14-8-2008 03:48 PM
Title: Reply #23 Lan's post
tak puas ati punye pasal

terus dok surf tadi

jupe dah

siput gonggong nama dia..buleh makan;



Author: ultra78    Time: 22-8-2008 04:43 PM
dulu aku pegi terengganu, di tepi-tepi jalan ada gerai yg jual tijoh..sampai skrg tak kenal apa itu tijoh...
nampak juga gerai yg pamerkan lokan..besar betul lokan tu..mcm manalah nak masak dan makan..
Author: sherkmarch    Time: 24-8-2008 01:35 PM
Originally posted by Syd at 14-8-2008 11:27 AM
ni siput apa?


Aper tu.... ...panjangnyer terjuntaiii..............


Lme x makan kerang kat Taman Tenaga......
Author: sherkmarch    Time: 24-8-2008 01:37 PM
Mcm2 gek jenis siput neh erkk.....sumer tu leh makan ker.....
Author: adala    Time: 1-9-2008 05:02 PM
Originally posted by Syd at 14-8-2008 11:05 AM
yang nih apa plak eh, mcm lebih kurang sama je bentuk

tapi warna lain..

http://img156.imageshack.us/img156/7184/takingatnamahj4.jpg


mcm siput kabung ja....
Author: adala    Time: 1-9-2008 05:05 PM
ni pun org cari mcm siput gak... w/pun bkn spesis siput...


Author: Syd    Time: 2-9-2008 12:34 PM
Title: Reply #32 adala's post
apa nama benda nih?
Author: adala    Time: 5-9-2008 10:33 AM
beronok yg sudah ditebuk perutnya....











Beronok... tp dlm saiz yg kecil dan bkn habitat sbnr...


[ Last edited by  adala at 5-9-2008 10:43 AM ]
Author: BaBY_GuRL    Time: 14-9-2008 01:48 PM
ape beza kepah & kupang?.. mcm sama je kan..
siput sudu tu pn lebih kurg sama mcm kupang jgak.. cuma bntk mcm sudu..

ni lak sipu buluh/pepahat.. sape penah mkn?..



[ Last edited by  BaBY_GuRL at 14-9-2008 01:52 PM ]
Author: BaBY_GuRL    Time: 14-9-2008 01:57 PM
Originally posted by Syd at 14-8-2008 10:48 AM
Siput Duri?




baru tau siput duri ni leh mkn..
cmne cara mkn siput ni ekk?..


Author: Syd    Time: 15-9-2008 10:33 AM
Title: Reply #36 BaBY_GuRL's post

Siput Duri (Chi le in hokkien)



Teknik mencungkil siput duri
Author: BaBY_GuRL    Time: 16-9-2008 09:33 PM
ooooooooo.. gitu cara mknnye.. syd, u penh try ke mkn siput duri ni?..
Author: Syd    Time: 19-9-2008 10:59 AM
Title: Reply #38 BaBY_GuRL's post
idak penah.

ni baru pes taim tgk gambo resepi2 dan cara makan nye


Author: BaBY_GuRL    Time: 19-9-2008 01:39 PM
Originally posted by Syd at 19-9-2008 10:59 AM
idak penah.

ni baru pes taim tgk gambo resepi2 dan cara makan nye



ooooo..
Author: BaBY_GuRL    Time: 6-10-2008 06:30 PM
tiram..






Author: Syd    Time: 7-10-2008 10:39 AM
Title: Reply #41 BaBY_GuRL's post
ni yang mr bean lahap dok makan tu kan?


Author: BaBY_GuRL    Time: 7-10-2008 12:10 PM
Originally posted by Syd at 7-10-2008 10:39 AM
ni yang mr bean lahap dok makan tu kan?



yup.. mcm best je kan?.. teringin nk rasa.. x penh mkn lg.. u penh try ke syd?..
Author: rurushu    Time: 7-10-2008 01:56 PM
aku suke lala sedap nyer.............
Author: Syd    Time: 7-10-2008 05:50 PM
Title: Reply #43 BaBY_GuRL's post
idap penah


Author: Syd    Time: 1-2-2009 02:34 PM
KERANG BAKAR ATAU REBUS?

INI mungkin mengejutkan ramai peminat kerang rebus atau kerang bakar.

Sebagaimana yang kita ketahui, habitat kerang adalah di dalam lumpur dan pada kebanyakan waktu ia membuka cangkerangnya untuk mengumpulkan sumber makanan.

Sekiranya kerang itu diperoleh dari kawasan yang airnya tercemar, kekotoran dan toksik yang terkandung di dalamnya boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti sakit perut akibat keracunan.



KERANG yang tidak dimasak dengan betul menjadi tempat aktif bagi bakteria dan virus.

Lebih teruk, anatomi kerang menjadi tempat terbaik bagi aktiviti bakteria dan virus yang menyebabkan hepatitis dan meningitis. Ia sama bahaya dengan kes keracunan raksa seperti yang dilaporkan terdapat pada ikan laut.

Wanita hamil dan mereka yang sensitif terhadap makanan separa masak sebaik-baiknya perlu melupakan keinginan untuk menikmati kerang atas risiko keracunan.

Jika tidak dapat dielakkan, pastikan dahulu dengan pemilik gerai (jika dia mengetahui), dari manakah kerang itu didapatkan dan bagaimanakah ia dimasak.

Adakah kerang rebus lebih baik daripada kerang bakar?

Sementara kerang bakar membuatkan kita memakan kesan lumpur yang menjadi unsur karbon dan tar, rebus pula menyingkirkan lebihan lumpur dalam cangkerang.

Kaedah rebus juga boleh mematikan darah kerang yang berpotensi mengandungi unsur yang memudaratkan. Maka, anda perlu pastikan ia direbus lebih lama.
Author: ati1402    Time: 1-2-2009 05:17 PM
penah mkn tiram skali..mkn ngan tabasco sos or lime
ewww...x bape gemar..rase nak puke jek lepas makan tu
Author: tangopapa    Time: 2-2-2009 12:04 AM
Title: Balas #47 ati1402\ catat
macam best je tred ni atie...
Author: elysyle    Time: 31-3-2009 09:08 PM
sorry, nak tanya
kat mana ada jual siput2 pelik2 cam ni
cuz i mmg suka makan siput. pelik2 pun suka.

penah pakan siput terpelik kat restoran SABAK..tapi steamboat jerrr...  

kat ner ek
Author: putra_bengal    Time: 31-3-2009 10:13 PM
siput baji





SIPUT BAJI NIE HIDUP DLM LAUT DAN MMG SUSAH GAKCARINYER KENA TUNGGU AIR LAUT SURUT..BARU LER SELAM DAN DAPATKANNYERKAT DASAR LAUT.
Author: putra_bengal    Time: 31-3-2009 10:16 PM
siput naga....


Author: putra_bengal    Time: 31-3-2009 10:18 PM
kupang


Author: eddie_worlds    Time: 1-4-2009 05:43 PM
etok tak de ker..
Author: lazzybunny    Time: 3-4-2009 11:34 AM
Dalam senarai yang bebanyak kat depat tuu... hanya menda menda ni aje aku pernah makan..

1. Kerang
2. Lala
3. Kupang .. nie favouret aku
4. lokan.... ini nampak cam besar , masak penuh seperiuk tapi isi nyer besar tugau
5. Siputt sedut tuu lah yang selalu nyerr.. buat masak lemak cili apa.. tersilap sedut tersedak... hehehe


yang lelain tuu mintak maaf ler tak pernag kau jumpa sebenarnya.. nie lagi saru yang umang umang ( om putig panggil Hermit Crab kan) boleh makan kee.. aku tahu orang buat PET.. hhehe
Author: Syd    Time: 9-4-2009 12:13 PM
Kijeng unik tertulis kalimah

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


INILAH kijeng yang mempunyai kalimah dan tulisan jawi yang ditemui Abdul Jabar di sebatang sungai di Indera Mahkota, Kuantan lapan tahun lalu.


Abdul Jabar

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan yang memiliki kijeng unik yang tertera kalimah serta tulisan jawi pada cangkerangnya menawarkan kepada sesiapa yang berminat melakukan penyelidikan ke atas spesies siput dalam simpanannya itu.

Kijeng adalah sejenis haiwan yang menyerupai kupang atau kepah.

Abdul Jabar Abdul Hamid, 48, berkata, beliau terpanggil berbuat demikian kerana percaya tulisan jawi pada cangkerang kijeng yang ditemui olehnya sejak lapan tahun lalu itu adalah semula jadi dan bukan sengaja diukir oleh manusia.

"Mulanya saya dan seorang rakan menemui dua siput kijeng, satu besar satu kecil di celah batu semasa berjalan dekat sebatang sungai di Indera Mahkota ketika banjir besar melanda pada tahun 2001.

"Bila dibelek, saya amat terkejut apabila mendapati tertera tulisan jawi pada cangkerang dua haiwan yang masih hidup itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Author: luvpierre    Time: 10-4-2009 04:44 PM
wah mcm2 siput ada
slalu mkn kerang dgn siput sedut jela
Author: satay08    Time: 18-5-2009 03:50 PM
eh apo zat2 yg ade kat siput3 nih ek?

xpo ke kalo makan lala or kepah etc....everday?

any health effect?
Author: Syd    Time: 18-5-2009 04:08 PM
Title: Reply #57 satay08's post
saje je tepek..
baca la semua..ngan ubi-ubi kayu sekali

Zat Iodan dan Anda

Apa itu Iodin?
Iodin adalah zat makanan yang sangat penting kepada kehidupan manusia. Ia diperlukan untuk merangsang proses pembesaran, perkembangan saraf dan pembentukan sel-sel otak terutama kanak-kanak. Kekurangan zat iodin dalam badan akan menjejaskan kesihatan, terutama sekali kecerdasan otak.
Berapa banyak diperlukan?
Seseorang dewasa hanya memerlukan 150 mikrogram (礸) iodin setiap hari. Jumlah ini amat sedikit seumpama satu kepala pin peniti kecil. Memakan makanan yang kaya dengan zat iodin atau menggunakan garam beriodin di dalam masakan boleh memenuhi keperluan zat iodin harian kita.
Kekurangan iodin
Adakan anda dan keluarga anda berisiko?
Anda berisiko sekiranya :

    * Kurang mengambil makanan yang kaya dengan iodin iaitu makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang dan rumpai laut.
    * Makan makanan mengandungi bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin seperti pucuk ubi, ubi kayu dan kobis secara berlebihan.

Kekurangan iodin. Tanda-tandanya
Satu daripada tanda-tanda kekurangan iodin yang paling ketara ialah bengkak di pangkal leher. Keadaan ini dikenali sebagai goiter (beguk) yang disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid. Pada peringkat awal, tidak semua goiter dapat dilihat tetapi hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan rapi.
Kesan-kesannya
Kekurangan iodin yang teruk di kalangan kanak-kanak menyebabkan :

    * Kelahiran anak yang mengalami keadaan cretinism yang mempunyai ciri-ciri kerdil, kerencatan akal dan fizikal serta pekak bisu.

Kekurangan iodin yang ringan di kalangan kanak-kanak
Walaupun kanak-kanak kelihatan normal pada fizikalnya, tetapi terdapat kesan-kesan berikut :

          o Rendah kecerdasan otak
          o Pembesaran terbantut
          o Perkembangan motor yang lambat
          o Kurang keupayaan otak/terencat akal
          o Lembab dalam pembelajaran
          o Goiter/Beguk

Di kalangan ibu hamil
Kekurangan iodin boleh menyebabkan :

    * Gangguan terhadap perkembangan otak janin
    * Keguguran
    * Kematian janin dalam kandungan
    * Kelahiran mati
    * Kelahiran anak yang juga kekurangan iodin

Di kalangan remaja, dewasa dan warga tua
Kekurangan iodin menyebabkan mereka :

    * Tidak aktif
    * Lesu
    * Cepat letih
    * Mengalami goiter (beguk)

Cara mengelakkan kekurangan iodin
Kekurangan iodin amatlah mudah untuk dicegah dengan :

    1. Memakan makanan laut yang kaya dengan iodin
    Makanan yang kaya dengan zat iodin ialah sumber makanan laut seperti ikan, kerang, ketam, udang, sotong dan rumpai laut.
    2. Menggunakan garam beriodin dalam masakan setiap hari
    Garam beriodin ialah garam biasa yang diperkaya dengan zat iodin. Sifatnya sama dengan garam biasa dari segi rasa, warna dan bau.
    3. Mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang tinggi kandungan goitrogen
    Goitrogen adalah sejenis bahan yang boleh menghalang penyerapan zat iodin oleh kelenjar tiroid. Makanan yang kaya dengan goitrogen adalah pucuk ubi, ubi kayu, kobis, bunga kobis, brokoli dan rebung.
    Memakan terlalu banyak dan kerap makanan yang tinggi kandungan goitrogen untuk jangkamasa panjang boleh memberi kesan kekurangan zat iodin yang teruk.
    4. Menggunakan air beriodin
    Air beriodin ialah air biasa yang ditambah zat iodin melalui sumber iodin yang diletak dalam alat iodinator. Alat iodinator ini dipasang pada sistem bekalan air di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sukar mendapat sumber makanan yang kaya dengan zat iodin. Air beriodin hendaklah digunakan dalam masakan dan minuman harian.

Cara menyimpan garam beriodin
Iodin dalam garam mudah meruap apabila garam terdedah kepada haba, kelembapan dan cahaya matahari. Ini menyebabkan kandungan zat iodin dalam garam kekurangan.

    * Simpan garam dalam bekas kedap udara dan tidak telus cahaya
    * Letak bekas simpanan garam beriodin jauh dari api, sinaran matahari dan udara lembap

Cara mengguna garam beriodin

    * Padamkan api setelah makanan masak.
    * Gunakan sudu kering untuk menceduk garam.
    * Kemudian masukkan garam beriodin. Jumlah sukatan adalah mengikut selera anda
    * Tutup periuk untuk mengelakkan iodin keluar melalui wap.

Cara menyediakan pucuk ubi kayu

    1. Basuh pucuk ubi kayu
    2. Tumbuk dengan menggunakan lesung batu atau racik halus-halus
    3. Dedahkan ke udara selama satu jam untuk memusnahkan goitrogen
    4. Kemudian basuh dan masak

Cara menyediakan ubi kayu

    * Kupas kulit dan basuh ubi
    * Kemudian parut ubi tersebut
    * Dedahkan ke udara selama 1 jam untuk memusnahkan goitrogen dalam ubi tersebut
    * Kemudian masaklah ubi yang telah diparut.

Author: BaBY_GuRL    Time: 19-5-2009 03:45 PM
tgk pic2 kt sini, tiba2 rasa teringin sgt nk mkn kepah/kupang..

ni pic masa mkn kt Restoran Terapung Umbai, Melaka..




Author: Syd    Time: 23-6-2009 09:57 AM
Selatan: Kupang Kesang semakin pupus
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my

MUAR: Perairan daerah ini terutama di Kesang sesuai untuk industri ternakan kupang berikutan aliran airnya menjadikan kupang di kawasan itu juga dikatakan lebih manis dan teksturnya juga lebih lembut.

Jika 10 tahun lalu, kupang bukan saja diternak, malah penduduk juga boleh mencari kupang liar di pesisiran pantai dan Sungai Muar, namun kini kupang di kawasan itu sudah pupus menyebabkan `pangau' atau para yang diletakkan sejauh lebih satu kilometer ke tengah laut untuk mengumpulkan kupang dibiarkan begitu saja.

Pengerusi Persatuan Nelayan Muar dan Ledang, Mohd Yusoff Atan, mendakwa kupang di kawasan daerah ini terutama Kesang sudah pupus berikutan masalah perubahan aliran air di dasar sungai berikutan kerja mengorek muara Sungai Muar untuk projek pembinaan Marina Muar yang siap sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, perubahan aliran air itu itu menyebabkan bukan saja menyebabkan kupang yang diternak mula pupus, malah kupang liar, kerang dan beberapa spesies ikan termasuk belanak dan sembilang juga semakin berkurangan.

"Jika 10 tahun lalu, nelayan dan penduduk kampung boleh mencari kupang di lokasi berhampiran pantai dan Sungai Kesang, kini kupang sudah tiada, malah di pangau sendiri hanya ditumbuhi dengan teritip saja.

"Selain itu jika dulu nelayan boleh mencari kerang sehingga 100 kilogram dalam masa dua jam, kini untuk mendapatkan kerang 10 kilogram sehari pun sukar menyebabkan ramai pencari kerang dan penternak kupang terpaksa mencari pendapatan lain," katanya.

Mohd Yusoff berkata, jika dulu setiap tali yang dipasang di pangau itu boleh menghasilkan sehingga 60 kilogram hingga 70 kilogram kupang, kini ia dipenuhi dengan hanya teritip sehingga menyebabkan lebih 10 pangau milik penduduk termasuk projek bekas siswazah terbiar begitu saja.

Beliau berkata, kini deretan gerai di Parit Bunga dan Kesang yang menjual hasil laut terpaksa mendapatkan kupang daripada kawasan lain iaitu dari Johor Bahru berikutan bekalan kupang dari Muar terutama Kesang sudah tiada.

"Situasi sungguh berbeza berbanding dulu yang mana benih kupang dari Kesang yang dibawa ke Johor Bahru untuk dijadikan benih tetapi kini daerah ini terpaksa membeli kupang yang dari bandar raya itu," katanya.

Seorang penjual kupang, Ungku Husin Ungku Ismail, 38, berkata beliau mendapat bekalan kupang dari pengusaha ternakan kupang di Masai, dekat Johor Bahru berikutan kupang di Kesang dikatakan sudah pupus.

Katanya, setiap hari beliau menjual empat guni kupang yang setiap satu seberat 45 kilogram dan jumlah itu meningkat kepada enam guni pada hujung minggu, malah ketika cuti musim perayaan, jualannya boleh meningkat kepada 12 guni sehari.

"Kupang Kesang dan Muar sudah habis (pupus). Oleh kerana kupang mempunyai penggemarnya sendiri dan sentiasa mendapat permintaan, saya mencari alternatif lain dengan mendapatkan bekalan kupang dari Masai.

"Kupang itu yang lebih besar saiznya dijual dengan harga RM4 sekilogram, berbanding kupang dari daerah ini yang lebih kecil tetapi mempunyai rasa yang lebih manis dijual dengan harga RM2 sekilogram," katanya.

Sementara itu seorang penggemar kupang, Jumaat Salleh, 40, dari Bukit Pasir, berkata, biasanya dua atau tiga kali seminggu beliau akan membeli beberapa kilogram kupang untuk dijadikan hidangannya sekeluarga.

Katanya, rasa kupang yang manis menyebabkannya menjadi makanan kegemarannya sama ada direbus atau dimasak sambal pedas.

"Dalam seminggu sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali saya akan membeli kupang dan biasanya saya akan datang ke Parit Bunga yang mempunyai banyak gerai menjual kupang," katanya.

FAKTA

# Nama saintifik kupang ialah Perna Virdus Linnaeus.

# Antara kaedah ternakan kupang ialah dengan menggunakan sangkar bersaiz 12 meter x 18 meter setiap satu dan sistem rawai atau tali yang digantung pada rakit.

# Ternakan kupang yang menggunakan sistem rawai akan mengikat tali pada rakit dengan kedalaman kira-kira empat meter dan tali berkenaan dibiarkan terampai dalam air kira-kira satu meter daripada dasar laut.

# Sebelum kupang diternak, pengusaha perlu menyediakan 'pangau' atau para yang diletakkan sejauh lebih satu kilometer ke tengah laut untuk mengumpulkan benihnya dengan memasang pangau yang diperbuat daripada batang nibung sebelum diikat dengan tali atau rawai yang dibiarkan ke dalam air.

# Kupang yang kaya dengan kandungan protein biasanya direbus, bakar, sambal atau masak lemak cili api.
Author: Syd    Time: 26-6-2009 06:20 AM
Gempar Etok ‘gergasi’

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my



PENDUDUK Kampung Belada Kolam di Manir, Kuala Terengganu, Wan Hisyamuddin (kiri) bersama Mohd. Aidil Razman menunjukkan etok yang dikutip semalam.

KUALA TERENGGANU – Kemunculan etok, sejenis hidupan air tawar seakan-akan kupang yang bersaiz gergasi menggemparkan penduduk beberapa buah kampung sekitar Manir, di sini semalam.

Ini kerana biasanya etok yang dikutip oleh penduduk di sekitar Sungai Terengganu hanya bersaiz sebesar duit siling 20 sen tetapi kini sebesar tapak tangan.

Seorang penduduk di Kampung Belada Kolam, Wan Ali Wan Mohamad, 77, memberitahu, sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat etok sebesar itu.

“Sudah lama saya menetap dan mengutip etok di kampung ini tetapi tidak pernah saya jumpa sebesar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Wan Ali, kebiasaannya saiz etok yang menjadi makanan tradisi penduduk Terengganu hanya sebesar duit syiling 20 sen.
Author: espirulyna    Time: 27-7-2009 03:02 PM
thread ni utk makan rupenye

tp layan je la....
dulu kakak aku penah bela umang2...
bagi name: kumang-kumang sebastian rooney
bela umang2 ni best sbb boleh tukar2 cengkerang....
tp xbest ssb tak boleh idop lame
Author: Syd    Time: 6-8-2009 11:18 AM
'Bangkai' misteri mirip makhluk asing ditemui


GAMBAR menunjukkan sebatang kayu dipenuhi dengan teritip yang disangka makhluk asing di sebuah pantai di Wales.


BATANG kayu yang dipenuhi teritip itu mempunyai
'belalai-belalai kecil'.

CARDIFF - Satu 'bangkai misteri' menyerupai bentuk makhluk asing mengejutkan orang ramai selepas ia ditemui terdampar di sebuah pantai di Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Bangkai yang panjang sekurang-kurangnya dua meter itu mempunyai banyak 'belalai kecil' di celah-celah teritip.

Ia disifatkan oleh seorang pakar zoologi seperti makhluk yang pernah muncul dalam siri televisyen popular Doctor Who.

Beberapa saintis menyatakan 'makhluk' itu sebenarnya kelompok teritip seperti kupang yang melekat pada sebatang kayu yang kemudian dihanyutkan oleh arus ke tepi pantai.

"Seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan apabila melihat 'makhluk' tersebut. Saya tidak menyalahkannya kerana ia amat ganjil," kata seorang pakar zoologi, Profesor Paul Brain dari Universiti Swansea.

Menurutnya, terdapat beribu-ribu teritip pada batang kayu itu dan himpunan tersebut membentuk imej seperti makhluk asing dari angkasa lepas. - Agensi
Author: Syd    Time: 27-8-2009 11:10 AM
Keenakan belangkas

Oleh AFIFI HAFIZ M.NOR


BUKAN manusia sahaja yang yang mengutamakan kebersihan, tetapi juga belangkas. Faktor kebersihan inilah menjadikan Tanjung Buai yang terletak di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam dalam daerah Kota Tinggi, Johor menjadi lokasi pilihan belangkas untuk mendarat setiap kali air pasang kerana airnya yang masih belum tercemar.

Belangkas yang seringkali dikaitkan dengan manusia melalui pepatah 'seperti belangkas' merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air tawar. Ia agak mudah ditangkap.

Haiwan yang panjang ekornya boleh mencapai sehingga 51 sentimeter itu biasanya mendarat ketika air pasang dan menjadi sumber rezeki kepada para pencarinya.

Kehadiran haiwan yang badannya mirip topi besi tentera itu ternyata membawa rezeki 'terpijak' kepada penduduk Tanjung Buai.


MENU belangkas masak asam pedas kering sering mendapat sambutan.

Hanya belangkas betina yang ditangkap dan dijual kepada peniaga restoran pada harga di antara RM2 hingga RM5 seekor, bergantung kepada saiz.

Menurut pemilik sebuah restoran, Ibrahim Baharum, 61, dia menjadikan belangkas sebagai menu utama di restorannya yang terletak di persimpangan jalan ke Teluk Sengat.

"Setiap hari, saya akan ke Kampung Tanjung Buai untuk membeli belangkas daripada penduduk kampung.

"Kemudian, saya akan menyimpannya di rumah rakit untuk memastikan stok belangkas saya mencukupi," katanya.


MEMASAK belangkas mudah tetapi untuk menyiangnya, kita perlu berhati-hati.

Ujar Ibrahim, belangkas cukup enak jika dimasak asam pedas kering.

"Ada juga pelanggan yang meminta belangkas untuk dimasak sup.

"Biasanya, menu belangkas akan habis setiap hari," ujarnya kepada Kosmo!.

Tambahnya, memasak belangkas memang mudah tetapi untuk menyiangnya, seseorang perlu berhati-hati.

Ini kerana, katanya, sejenis toksin yang boleh membuatkan sesiapa yang memakannya mabuk perlu dibuang.

"Kalau kita termakan toksin itu, kita mungkin akan berasa pening kepala dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan meminum air kelapa," ujarnya.

Menurutnya, isi belangkas lebih sedap daripada isi ketam dan orang kampung percaya, ia boleh dijadikan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga.

"Saya masak sehingga 40 ekor belangkas setiap hari," tambahnya.


RESTORAN-RESTORAN di Kota Tinggi yang menyajikan hidangan belangkas mendapat sambutan baik pengunjung.

Restoran Ibrahim yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang itu sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bandar Penawar, Desaru, Bandar Emas serta beberapa kawasan Felda di sekitar Kota Tinggi. Ia juga mendapat perhatian para pelancong dari luar daerah termasuk Singapura.

Sebuah lagi restoran yang menyajikan menu belangkas adalah Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi.

Restoran yang terletak di Jalan Kota Tinggi- Mersing sejak 10 tahun lalu itu sering menjadi lokasi persinggahan penggemar masakan belangkas dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.

Seperti sajian di restoran Ibrahim, menu istimewa dan sering mendapat permintaan tinggi adalah belangkas masak asam pedas kering.

Ia dijual pada harga RM5 bagi satu hidangan.
Author: Syd    Time: 9-11-2010 05:22 PM

Author: Syd    Time: 9-11-2010 05:23 PM
Reply 65# Syd

08 November, 2010 12:37 PM

'Etok' Semakin Pupus Di Kelantan?



Oleh Mohamed Nasir Mat Hassan

RANTAU PANJANG, 8 Nov (Bernama) -- 'Etok' ialah sejenis hidupan air tawar dari keluarga kerang yang begitu sinonim dengan kehidupan harian masyarakat di Kelantan, sama ada di makan sebagai makanan ringan atau bersarapan bersama hidangan lain seperti nasi kerabu dan sebagainya.

Makan etok perlu teknik tersendiri di mana isinya 'dikupas' dari cengkerang dengan menggunakan gigi mereka yang memakannya. Makan isi etok dengan cara ini membolehkan 'nikmat' etok begitu dirasai.

Sesiapa yang berkunjung ke pasar-pasar di bandar utama di negeri ini tidak akan terlepas pandang makcik-makcik yang menjual etok. Biasanya etok akan diletakkan dalam bakul dan dijual mengikut 'sukatan' tin yang disediakan.

Kebiasaannya sumber etok mentah boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai Kelantan tetapi kini pengusaha etok sukar mendapat bekalan kerana hidupan air itu semakin pupus di sungai tersebut.

Kini terdengar banyak rintihan di kalangan peniaga etok. Para 'pencari' etok mendakwa etok semakin sukar didapati di sungai Kelantan.

Mereka mendakwa kepupusan etok berlaku berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di Ulu Kelantan dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu.

Kebanyakan mereka kini mendapat etok sungai utama di luar Kelantan seperti dari sungai di Perak dan Terengganu bagi menampung permintaan.

LAUK

Penduduk Kelantan biasanya menjadikan etok sebagai lauk. Ia boleh menjadi bahan dalam gulai atau dimasak lemak cili api. Etok juga boleh dimakan dengan nasi putih atau lebih enak jika disaji bersama nasi kerabu. Malah, ada sesetengah kedai makan memang menyediakan etok bagi dibeli pelanggan dengan harga RM1 sebungkus.

Seorang peniaga etok dari Kampung Kasar Pasir Mas, Zaidi Mamat, 39, berkata:

"Etok memang laris di Kelantan, tetapi masalahnya bekalan sukar diperoleh kerana semakin pupus di Sungai Kelantan", beliau memberitahu Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut Zaidi, keadaan itu berlaku berikutan keadaan air sungai Kelantan yang tercemar akibat kerja-kerja penebangan pokok di kawasan tanah tinggi di Hulu Kelantan dan pengambilan pasir sungai untuk kerja-kerja projek pembangunan di seluruh negeri.

Seorang lagi peniaga, Syed Mohd Azman Syed Mohamad, 45, berkata beliau terpaksa mencari bekalan etok di Sungai Perak sama ada mencari sendiri di sungai itu atau membelinya daripada penduduk tempatan.

Faridah Mamat, 44, adik kepada Syed Mohd Azman, yang turut menjual etok sejak lebih 10 tahun juga mengakui belum pernah bekalan etok begitu sukar diperoleh.

Menurut beliau, apa yang menimbulkan masalah bagi mereka ialah tidak dapat pula mengaut etok dari sungai di Pahang kerana ia dilindungi di bawah peraturan Enakmen Sungai Pahang.

Katanya, biasanya mereka sekumpulan lima hingga tujuh orang ke Perak seminggu sekali dengan kenderaan pacuan empat roda untuk membeli atau mengaut sendiri etok di sungai.

ETOK MAKANAN IKAN PATIN

Mengenai kerja-kerja memasak etok sebelum dijual kepada pelanggan, beliau berkata, sebelum disalai etok hidup itu akan diperap dengan menggunakan rempah yang diadun sendiri.

Antara bahan yang digunakan untuk memerap etok ialah garam, bawang putih, halia, serai dan sedikit alat perisa.

"Kerja-kerja menyalai etok mengambil masa satu jam setengah selepas dua jam diperap", katanya.

Menurutnya, etok yang diperoleh di sungai Kelantan lebih enak berbanding etok dari negeri lain selain rasanya yang lebih lemak, bersaiz besar dan berwarna kekuningan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Ruzaidi Mamat, ketika dihubungi memberitahu Bernama, di bawah Peraturan Sungai negeri itu, orang ramai tidak dibenarkan mengaut etok di dalam sungai negeri berkenaan bagi mengelak ia pupus kerana etok menjadi sumber makanan ikan patin yang menjadi sumber pendapatan rakyat negeri itu.

"Di bawah peraturan Enakmen Sungai Pahang yang mengguna pakai Akta Induk Jabatan Perikanan 1985, mana-mana pihak tidak boleh mengambil atau mengaut hidupan sungai itu tanpa kebenaran. Manakala di bawah Kaedah 21 enakmen itu, mereka yang didapati bersalah boleh dikompaun tidak kurang RM100 atau boleh didakwa di mahkamah", katanya.

-- BERNAMA
Author: gee03    Time: 26-1-2011 04:55 PM
Reply 6# Syd


kalo x silap siput ni kat sebelah pantai timur dipanggil tijah..

dulu2 penah gak pergi mencari tijah...kat lagun 'maut' tok bali kelantan

byk gak.. ada la dalam 2 baldi dapat
Author: are-ja    Time: 25-7-2011 02:02 AM
Reply 20# Syd

erk..macam ulat....
Author: are-ja    Time: 25-7-2011 02:04 AM
Reply 55# Syd

Lailahaillallah..kebesaran Allah..cantik je tulisan kalimah Allah tu...
Author: are-ja    Time: 25-7-2011 02:05 AM
Reply 65# Syd
etok!!sedap2!!!!
Author: ariysa    Time: 24-12-2011 07:53 PM
berlegar2 kat mata nieh...hadoiii/........
Author: bulanbulat    Time: 24-6-2012 06:56 AM
seronoknya! suka sangat siput2 ni. area mana banyak ya??
Author: moyas    Time: 1-7-2012 06:04 PM
Mentarang @ kuala selangor







ni saya makan masa otw balik dari teluk batik. rasa so-so aja la, sekilo rm14. bakar + cecah sambal belacan. klo x cuci bersih. mentarang ni penuh dengan pasir.
Author: none88    Time: 24-9-2012 05:07 PM
waaaaaa sedapnyee sume....
terutamanya tiram....
sedap sedap...
meleleh dah air liur nie....waaaaaaa
Author: tigerads    Time: 26-9-2012 11:24 AM
aku suka :

tijoh
tibeng
lala
kerang
etok


yg kureng suka
siput gondang
siput sedut
kupang

x penah mkn lokan n tiram n lain2 yg pelik

Author: juita    Time: 15-10-2012 10:03 AM
ade sesapa tak resepi best utk kupang selain sambal dan rendang...me ingat nak buat hidangan raya ....
Last edited by juita on 15-10-2012 10:06 AM


Author: meya    Time: 18-10-2012 07:49 AM
Minggu lepas pergi Pantai Remis ..ada gerai jual ikan ..ada jugak yang jual mentarang, lokan, kerang dan lain-lain.  Ada sejenis tu diorang panggil 'anak dara'. Rupa seakan kepah tapi kenit.

Pada yang suka tu pergilah sana..not bad choice yang ada.
Author: meya    Time: 18-10-2012 07:50 AM
This weekend kalau dapat ..saya nak pergi lagi untuk cari kerang bulu.  Nak masak rendang
Author: Syd    Time: 25-1-2013 12:55 PM
meya posted on 18-10-2012 07:49 AM
Minggu lepas pergi Pantai Remis ..ada gerai jual ikan ..ada jugak yang jual mentarang, lokan, kerang ...

ini ke kekdahnya;

Siput anak dara tuhh?


Author: Syd    Time: 25-1-2013 12:57 PM
meya posted on 18-10-2012 07:50 AM
This weekend kalau dapat ..saya nak pergi lagi untuk cari kerang bulu.  Nak masak rendang


Kerang bulu?


Author: skeezotone    Time: 25-1-2013 02:59 PM
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?

aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmattttt

Author: Syd    Time: 25-1-2013 06:21 PM
skeezotone posted on 25-1-2013 02:59 PM
aku selalu belo kat NSK ni.. tapi skang lama dh xjupe diorg jual.. aku rebus camtu jer.. nikmatttt ...

kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh


Author: skeezotone    Time: 25-1-2013 09:46 PM
Syd posted on 25-1-2013 06:21 PM
kalau dari gambar diatas tuh..
kemain besar lagi kerang tuhh

mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha

Author: Syd    Time: 25-1-2013 09:50 PM
skeezotone posted on 25-1-2013 09:46 PM
mmg besar la bro.. puas hati.. sgt terasa akn kekerangannya.. hahaha

kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...




Author: skeezotone    Time: 25-1-2013 09:55 PM
Syd posted on 25-1-2013 09:50 PM
kekdahnya ai ngan benda2 yang besar2 gitu..
ada skit seriau katanya...

blom try blom tau.. aku po seriau gak mula2 nk try.. skali try trus ngam.. puas sket rs makan kerang saiz tu.. hehe


Author: callielim    Time: 26-1-2013 07:10 AM
nampak banyak siput sudah lapar
Author: meya    Time: 27-1-2013 04:48 PM
Syd posted on 25-1-2013 12:55 PM
ini ke kekdahnya;

Siput anak dara tuhh?

Haah itulah yang diorang bagitau aritu.

Terima kasih letakkan gambar

Author: meya    Time: 27-1-2013 04:49 PM
Syd posted on 25-1-2013 12:57 PM
Kerang bulu?

Haah itulah dia ...

Saya tak pergi pun ...konon nak try buat sendiri ..last order kat orang buatkan rendang hehehe.

Tq for the picture.




Author: naimareim    Time: 9-8-2013 04:24 AM
putra_bengal posted on 31-3-2009 10:13 PM
siput baji

nie aku pgl siput kemudi..haha

Author: donut_1752    Time: 26-9-2013 02:40 AM
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut?
Author: leotazz818    Time: 26-9-2013 11:02 AM
donut_1752 posted on 26-9-2013 02:40 AM
teringin nk mkn etok-etok
mne boleh dapat eyh area penang or lumut?

etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan

Author: donut_1752    Time: 26-9-2013 11:36 AM
leotazz818 posted on 26-9-2013 11:02 AM
etok hanya di kelantan shj.. tempat lain spt tak tau nak pelbagaikan etok dlm masakan

patot la cari tak jumpa.mekaseh momod sbb bgtahu

Author: turboturtle    Time: 11-11-2013 11:58 PM
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 tu...
Author: Syd    Time: 13-11-2013 07:32 AM
turboturtle posted on 11-11-2013 11:58 PM
geli aku siput yg bukan2 tu, asal siput je org bedal buat makan, lu org makan ke siput bukan2 t ...

heheheheh

try tengok yang kat bawah neh laks..

nampak sedap tak?


RENCANA UTAMAEksotika siput babi Perancis
Oleh NOR IDAYU BOSRO

SAJIAN klasik Perancis ini dimasak dengan mentega dan bawang putih.


TENGAH hari itu, di dapur Restoran Graze di Hotel Hilton Kuala Lumpur, cef selebriti, Michael Elfwing sibuk menyediakan beberapa jenis hidangan istimewa.

Rutinnya pada hari Sabtu itu sedikit berbeza daripada hari-hari biasa sementelah dia harus menyediakan juadah khas bagi memenuhi permintaan kru Jurnal.

Namun, Elfwing bernasib baik kerana dia turut dibantu oleh lima pekerja lain yang menolongnya menyediakan bahan-bahan masakan.

Suasana di dapur itu tenang dengan masing-masing tekun melakukan tugas dengan cermat. Hanya sekali-sekala terdengar bunyi periuk dan pinggan mangkuk berlaga.

Apa yang pasti, keadaan tegang dengan suara jeritan serta herdikan seperti yang sering ditonton dalam rancangan Hell’s Kitchen atau Masterchef di saluran masakan popular, Asian Food Channel tidak kedengaran di sini.

Mungkin pendekatan Elfwing sebagai Pembantu Eksekutif Ketua Cef di restoran itu berbeza berbanding cef selebriti Britain, Gordon Ramsay yang terkenal menerusi kedua-dua program televisyen tersebut.

Usai sahaja memasak, Elfwing yang wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi iklan peralatan memasak sebuah jenama terkenal, menyajikan kelima-lima hidangan istimewa tadi di atas pinggan buat santapan pelanggan.

Antara menu yang disediakan cef yang berasal dari Sweden itu termasuklah pembuka selera klasik Perancis yang dinamakan Escargots ala Bourguignonne.

ELFWING bangga kerana sajian escargot mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan.


Geli

Sajian ringkas itu sebenarnya ialah siput escargot (disebut es-kar-go) yang dimasak dengan mentega dan bawang putih.

“Mengapa escargot, kamu tidak geli ke?” tanya cef yang boleh berbahasa Melayu dengan baik itu.

Sekali pandang, escargot tidak ubah seperti siput babi yang gemar merayap di celah-celah daun sayur-sayuran, cuma saiznya tidak sampai separuh daripada cangkerang siput babi.

Membayangkan rupanya yang berlendir, lembik dan bercangkerang mungkin sudah cukup untuk membantutkan selera.

Namun, keunikan cita rasa hidangan eksotik Perancis itu dikatakan tiada tandingan.

Sup krim pekat yang dihidangkan di atas meja restoran itu nampak biasa-biasa sahaja. Malah, pelanggan mungkin beranggapan ia satu-satunya juadah yang tidak mengandungi escargot.

Begitupun, sangkaan tersebut jauh meleset kerana cebisan yang disangkakan cendawan itu rupa-rupanya escargot yang telah dicincang kecil.

Elfwing berkata, kebanyakan pengunjung mudah berasa geli apabila membayangkan rupa siput bersama cangkerang dalam makanan mereka.

“Escargot bukanlah hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Jadi, kalau kita cincang atau hiris halus-halus, mungkin cara ini dapat menggalakkan mereka untuk mencubanya,” katanya.

Elfwing mengakui selama 10 tahun menetap di Malaysia, escargot cuma dipesan oleh pelanggan tertentu.

Menurutnya, hanya sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini yang berani menjadikan haiwan moluska itu sebagai sajian eksotik dalam menu mereka.

“Sudah tentu pelanggan akan memilih juadah yang mereka biasa dan rasa selesa untuk makan,” katanya.

Bagaimanapun, Elfwing berkata, usaha mempertaruhkan beberapa jenis hidangan escargot ciptaannya seperti escargot tortelini dalam menu di restoran tersebut mendapat pujian.

SIPUT darat dengan nama saintifik Cepaea Hortensis dijual secara meluas di sebuah pasar di Marrakesh, Maghribi.


Beracun

“Pada mulanya ia salah satu strategi untuk memperkenalkan escargot kepada orang ramai khususnya pengunjung tempatan.

“Saya tidak sangka maklum balas yang diterima daripada pelanggan amat memberangsangkan,” katanya yang bercadang untuk menambah beberapa lagi hidangan siput darat itu ke dalam menu restoran tersebut dalam masa terdekat.

Berpengalaman selama lebih 16 tahun dalam bidang seni kulinari, Elfwing memberitahu, escargot atau roman snail amat mudah untuk disediakan.

Malah, jika dimasak dengan baik, haiwan itu tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

“Escargot mempunyai tekstur yang agak kenyal tetapi tidak liat sama seperti kerang dan siput-siput laut lain.

“Cuma dagingnya lebih tebal dan padat serta tidak berbau hanyir kerana cangkerangnya tidak disaluti dengan lumpur atau selut,” katanya.

Mana tidaknya, escargot atau nama saintifiknya, Helix Pomatia tidak hidup di laut atau sungai seperti kebanyakan siput lain sebaliknya menjadikan kawasan kebun, padang rumput serta ladang anggur sebagai habitat semula jadi.

Jelas Elfwing, berlainan dengan siput yang diternak, siput yang hidup liar di habitatnya mungkin beracun dan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Oleh itu, ia perlu diasingkan terlebih dulu dan diberi makan sayur-sayuran selama kira-kira 20 hari bagi menyingkirkan kandungan toksin yang mungkin ada pada siput tersebut.

“Siput liar akan makan apa sahaja tumbuh-tumbuhan termasuk daun-daun beracun seperti foxglove dan mungkin berbahaya kepada kita.

“Jadi, sayur seperti salad dan air mampu mengeluarkan bahan yang tidak diingini daripada badan siput itu,” jelasnya.


CITA RASA Itali sebenar dalam escargot risotto.


Berkhasiat

Tambahnya, siput yang sedia untuk dimasak akan direndam terlebih dulu di dalam air yang telah dicampurkan dengan garam dan cuka bagi membuang lendir.

“Selepas itu, ia perlu dibilas dengan air atau jus lemon bagi menyingkirkan lebihan lendir sebelum direbus,” katanya.

Graf populariti siput yang mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun ini semakin meningkat berikutan kepercayaan masyarakat terhadap kandungan khasiatnya yang tinggi.

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrim Ab. Karim, escargot mempunyai kandungan mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium dan selenium yang tinggi.

“Siput ini juga merupakan sumber protein yang rendah lemak selain diperkaya dengan khasiat omega-3 serta vitamin E dan C,” katanya.

Menurut portal berita Daily Mail, Perancis merupakan antara negara tertinggi yang menjadikan escargot sebagai makanan dengan purata pengambilan sebanyak 25 juta kilogram setahun.

“Selain Perancis, escargot atau siput burgundi boleh didapati secara meluas di kebanyakan negara Eropah lain termasuk Greek dan Itali.

“Ia juga kini diternak secara komersial di beberapa negara seperti England, Amerika Syarikat, Australia dan Bulgaria,” kata Daily Mail.

Di Tokyo, Jepun, lendir daripada siput escargot digunakan secara meluas di kebanyakan salun kecantikan Negara Matahari Terbit itu.

Menurut seorang jurucakap sebuah salun kecantikan Ci:z Labo di Tokyo, Manami Takamura, nutrien daripada lendir siput dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati, menyembuhkan kulit selepas terkena sinaran matahari dan membersihkan pori-pori muka.

“Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin yang kaya dengan antioksida sekali gus berfungsi mengatasi masalah penuaan ke atas kulit manusia,” ujar Takamura.



Author: leotazz818    Time: 13-11-2013 11:01 PM
Syd posted on 13-11-2013 07:32 AM
heheheheh

try tengok yang kat bawah neh laks..

tak selera lsg..

Author: turboturtle    Time: 19-11-2013 11:43 PM
Jijik lh TT ni......

bkn ke dlm siput tu ada cacing parasit
Author: KuewTeuwKungFu    Time: 13-12-2013 08:36 AM
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5
Author: aiskrimpelangi    Time: 6-1-2014 05:44 PM
sedapnya etok, iols suka etok. nyam3.
Author: Syd    Time: 14-1-2014 02:58 PM
KuewTeuwKungFu posted on 13-12-2013 08:36 AM
mana gmbo etok nyer...yg de gergasi jer...hu5

Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD





BERSIAP SEDIA dengan kertas yang digulung berbentuk kon  di tangannya, kanak-kanak dari Tumpat, Kelantan itu kelihatan tidak sabar-sabar menanti etok yang telah dimasak untuk dimasukkan ke dalam kon itu.


“Saya buka kulit etok dengan gigi. Dua atau  tiga kali seminggu saya mesti makan etok. Etok yang manis lebih sedap daripada yang masin, kak,” ujar Nakib Asri, 12, bersungguh-sungguh dengan wajah kegirangan kepada penulis.


Dia bersama abangnya  terus menikmati etok   penuh berselera.


Sememangnya menjamah etok sebagai makanan ringan  cukup  sebati bagi  penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa  mengira peringkat usia.
Sama ada sambil menonton televisyen, berkelah mahupun bersantai bersama rakan dan keluarga, kudapan itu  umpama  kuaci masyarakat tempatan.

Etok merupakan  sejenis hidupan  bercangkerang yang bersaiz wang syiling  lima  sen hingga 50 sen hidup dalam sungai.  Isinya  berwarna putih jernih  enak dimakan apabila disalai dengan rempah.  Ramuan istimewa itu   biasanya menjadi rahsia pengusaha etok.



ETOK disental dengan tangan bagi memastikan selut tanah dan pasir hilang.


Meskipun cara membuka kulit etok bagi meratah isinya boleh membawa risiko gigi menjadi sumbing jika tidak dilakukan secara berhati-hati, ia bukan penghalang kepada peminat kudapan itu untuk menikmatinya.


Seorang suri rumah dari Kuala Krai, Kelantan,  Sakila Mohd. Yusof, 29, mengakui membuka cengkerang etok agak   mencabar bagi mereka  yang belum biasa.


Harga mahal


“Bagi  yang tidak biasa, membuka cangkerangnya memang sedikit mencabar tetapi  hasilnya berbaloi. Saya makan etok sebab rasanya sangat sedap dan ia berkhasiat,” ujarnya.


Tanpa disedari, timbunan etok di hadapan mata boleh dihabiskan dalam masa sekelip mata  lebih-lebih lagi jika  isinya   pejal dan manis dengan aroma serai serta halia yang menusuk ke hidung.


Harganya juga  agak mahal iaitu RM12 bagi secupak etok salai dan RM6 bagi satu leng atau setengah cupak. Namun, soal harga   tidak  menjadi rungutan kepada yang menggemarinya.


Zaman dahulu, etok dijaja dalam bakul yang dibawa oleh peraih wanita di atas kepala sambil  mengelilingi kampung. Hari ini,  penggemar etok   boleh memperoleh kudapan tersebut  di gerai-gerai  tepi jalan sama ada di  gerai-gerai yang menjual  goreng pisang atau  kuih-muih  tempatan yang lain.


Orang lama dalam perusahaan etok salai, Awang Sayed Abdul Rahman, 63, atau lebih dikenali dengan panggilan  Pak Su Daud dari Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan  berpengalaman  menyalai dan menjual etok di sekitar bandar Kota Bharu.


Pak Su Daud yang mengusahakan perniagaan itu bersama isterinya, Maimunah Deraman, 52, pernah mempunyai sehingga 14 buah gerai menjual etok di tepi jalan kerana  sambutan yang menggalakkan sekitar tahun 1970-an.


Rempah istimewa

BAHAN perap dan garam dimasukkan sebelum etok disalai.


Pak Su Daud yang juga seorang pengamal perubatan tradisional berkata, berbanding hidupan air lain seperti kerang, etok adalah haiwan yang bersih kerana ia hanya makan lumut hijau. Etok juga     hidup dalam sungai yang tidak tercemar dan   mengalir  sederhana.


“Etok adalah  haiwan yang bersih dan jika kita amalkan makan isinya boleh merangsang dan menambah darah dalam badan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.


Pak Su Daud berkata, rempah dan ramuan yang digunakan semasa memerap etok juga baik untuk kesihatan kerana ia merupakan bahan asli dalam masakan Melayu.


Sebelum diperap antara sejam sehingga enam jam bergantung kepada cita rasa penyalai etok, etok yang bersalut tanah sungai akan dibasuh dan dibilas berkali-kali sehingga air bilasan etok  jernih.


“Secara umum, bahan perapan utama adalah serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus sebagai bahan untuk memerap etok mentah yang sudah dibasuh bersih.


“Selain itu ada juga  bahan-bahan rahsia lain yang  kami gunakan sebagai rencah istimewa, saya sendiri memasukkan enam lagi herba tradisional lain yang saya ilhamkan sendiri sejak  dahulu,” katanya yang  mengunci mulut menyimpan rahsia ramuan istimewanya.



ETOK yang siap disalai dimasukkan ke dalam bakul.


Seorang pengusaha etok di Kampung Tasek Pauh, Pasir Puteh, Samsiah @ Minah Daud, 51, berkata, sungai sekitar kampungnya di Sungai Tasek, Pengkalan Pauh dan Tok Aje mempunyai etok bersaiz besar dan berwarna kuning.  Ia  merupakan  etok berkualiti tinggi.


Samsiah berkata, pengutip etok yang terdiri daripada belia kampung akan turun ke sungai pada waktu pagi dan petang  dan membawanya terus ke pintu rumah pelanggan tetap masing-masing.


Katanya, terdapat lebih 30 pengusaha etok yang majoriti terdiri daripada kaum  wanita di kampungnya yang menyalai etok di rumah.  Mereka  menjual etok sama ada secara tetap atau sambilan di pasar tani dan pasar malam serta di merata-rata  tempat.


Seorang lagi pengusaha etok, Suriani Zakaria, 29, pula berkata, kegiatan menyalai etok adalah pekerjaan turun temurun di kampung itu. Secara   purata  dia memperoleh antara RM200 sehingga RM400 setiap kali keluar berniaga di pasar.



PAK SU DAUD membalik-balikkan etok yang disalai supaya ia masak sama rata.


Ibu kepada lima orang anak itu  bukan sahaja menyalai etok bahkan kadangkala turun sendiri mengharung sungai mengutip etok bersama kaum Adam.


Suriani berkata, masyarakat tempatan hari ini tanpa mengira peringkat umur cukup  menggemari etok.  Ini  terbukti apabila  jualan etok yang dibawanya antara lima hingga enam gantang setiap kali berniaga di pasar akan habis dalam masa kurang daripada tiga jam.


“Berniaga etok meskipun nampak meletihkan tapi hasilnya amat memuaskan,  purata modal etok mentah adalah antara RM15 hingga RM20, tetapi kita boleh mendapat pulangan sehingga RM50.


Selain di Kampung Semat Jal dan Kampung Tasek Pauh, perusahaan etok di Kelantan  juga boleh didapati di Kampung Laut, Tumpat dan kawasan Pasir Mas-Salor.


Walaupun etok kekal menjadi minat masyarakat Kelantan, namun Pak Su Daud sempat menyuarakan kebimbangannya.


“Saya  mengharapkan bekalan etok mentah dari luar Kelantan terutama negeri Terengganu kerana hidupan itu sudah tidak banyak  di sungai negeri ini akibat aktiviti mengorek pasir yang memusnahkan habitat dan pembiakan etok.


“Jika kegiatan mengorek pasir yang dijalankan di Sungai Kelantan dapat dihentikan buat seketika, hidupan ini akan dapat membiak semula dengan baik. Berilah peluang agar tradisi ini diteruskan,” katanya penuh harapan.


Last edited by Syd on 14-1-2014 02:59 PM


Author: KuewTeuwKungFu    Time: 15-1-2014 10:58 AM
Syd posted on 14-1-2014 02:58 PM
Kudapan orang Kelantan
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

best nyer....tliur jer....




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4