CARI Infonet

Title: Pertanyaan mengenai lalu bawah pedang [Print this page]

Author: sauffie    Time: 5-4-2010 06:25 PM
Title: Pertanyaan mengenai lalu bawah pedang
Cuma nak tanya pasal kahwin lalu bawah pedang.

1. Sejarah?
2. Kenapa hanya polis dan tentera sahaja ada adat ini?
3. Kalau pegawai perempuan kahwin dengan lelaki awam, layak ke dapat lalu bawah pedang?
Author: super_nova    Time: 5-4-2010 11:09 PM
kalo kawin, dapat pedang lar...malam tu gak..hehehehe
Author: azahan    Time: 5-4-2010 11:11 PM
kalo kawin, dapat pedang lar...malam tu gak..hehehehe
super_nova Post at 5-4-2010 23:09



Author: alphawaves    Time: 6-4-2010 12:25 AM
Aper lah korang ni org serius tanya korang gelakkan pula..kesian brader sauffie tu.
Author: hadi1978    Time: 6-4-2010 08:32 AM
Untuk jawatan kapten ke atas je..
Author: ADIWIRA    Time: 6-4-2010 03:11 PM
5# hadi1978

salah tue, bro... paling kurang pangkat Leftenan Muda bagi pegawai tentera dan Inspektor bagi pegawai polis untuk kahwin upacara tue ....
kalau tak salah pegawai JPA pun ada buat sword barrer ni,  cuba check dalam youtube.... hahaha.
Author: venez    Time: 6-4-2010 03:37 PM
1. Sejarah - dari british
2. hanya Polis dan Tentera sahaja pegawai2 ditauliah oleh agung
3. kalau pegawai perempuan boleh lakukan sword barrel TAPI pegawai perempuan tuh kena pakai uniform (no 1 dress) semasa upacara itu dilakukan

p/s : semua pegawai tentera dari Lt Muda keatas layak melakukan upacara nih... kalau polis dari pangkat Inspector keatas yang ada bunga padi di topi...
Author: alphawaves    Time: 6-4-2010 03:38 PM
Adi..soalan saya pula macam ni..kater lah lelaki tu bukan anggota tapi berkahwin dengan WP yg berpangkat inspektor. masih juga jalan bawah pedang ker?
Author: azz_azza    Time: 6-4-2010 05:32 PM
ooo kalau perempuan tu pakai dress putih biasa tak bole la ek walaupun die tentera

kena pakai uniform la jugak masa kawen
Author: ADIWIRA    Time: 6-4-2010 05:42 PM
[/quote] Adi..soalan saya pula macam ni..kater lah lelaki tu bukan anggota tapi berkahwin dengan WP yg berpangkat inspektor. masih juga jalan bawah pedang ker?[quote]

untuk polis di kelaskan 2.. satu di panggil pegawai (Pegawai Kanan) dan satu di panggil anggota (Anggota Pangkat Rendah)..

bg soalan tu, sebelum ni ada kawan sy pompuan kije  polis inspektor tapi kawin dgn org awam, masa kahwin dia pakai no.1 dress dan ada upacara lalu bawah pedang ... (jwpn sama dgn venez di para 3)
Author: alphawaves    Time: 7-4-2010 02:33 AM
Lain citer..since adat kahwin jalan bawah pedang ni adalah warisan dari british..tidak kah ini agak2 bertentangan dengan akidah dan ajaran islam?
Author: Periuk_api1209    Time: 7-4-2010 12:44 PM
Lain citer..since adat kahwin jalan bawah pedang ni adalah warisan dari british..tidak kah ini agak2 bertentangan dengan akidah dan ajaran islam?
alphawaves Post at 7-4-2010 02:33


huh? boleh goncang iman ker lalu bawah pedang ni??
Author: ADIWIRA    Time: 7-4-2010 02:29 PM
huh? boleh goncang iman ker lalu bawah pedang ni??
Periuk_api1209 Post at 7-4-2010 12:44




Kalau nak rosak akidah tak semestinya upacara ni... cuba kita lihat majlis perkahwinan org melayu melalui upacara bersanding... kalau diikutkan, tak boleh sbb lebih kepada cara hindunisme..... betul ke? hehehe...  untuk lebih lanjut kena banyak baca tentang sejarah perkembangan islam di nusantara...

adat bersanding pegawai tentera dan polis tidak semestinya wajib.. ada yg tidak buat pun upacara ni sbb ongkosnya mesti lebih dr biasa.. tp ramai yg buat sebab kahwin pertama kali dan nak suh nampak riak cikit..
Author: PristineOne    Time: 7-4-2010 02:57 PM


Kalau nak rosak akidah tak semestinya upacara ni... cuba kita lihat majlis perkahwinan org melayu melalui upacara bersanding... kalau diikutkan, tak boleh sbb lebih kepada cara hindunisme.. ...
ADIWIRA Post at 7-4-2010 14:29


Teringat pengalaman lama, kena detail jadi sword barrel......Pengantin lelaki tu kapten....bukanlah skot....but senior dlam 2 intake.  Kawin pulak dgn anak perempuan Jeneral 2 bintang. Majlis buat kat Dewan Felda,Jalan semarak. Pehh!!!  glamour beb! Mula mula masuk dewan di ketuai dgn paluan tambur dan bagpipes dari Renjer. Kena pulak Pengantin pompuan tuh keja BSN....ramai la jemputan teller-teller BSN yg cantik jelita datang. Kembang idung jap masa nampak pompuan-pompuan melirik kat kitaorang dan agak kagum dgn perjalanan aturcara perkahwinan mengikut adat tentera.

Tapi realitinya......hampess!!

pas abis majlis...secara mutualnya adala sikit token dari Tuan Rumah, then datang satu kolonel tuh..." Terima kasih semua...Panglima puashati ngan engkorang.."....." Tuan!!"jawap kami.

"Nah duit....bagi bagi sama kamu" Kolonel tersebut menghulurkan sampul angpow pada salah sorang dari kami.

Pastu...

Bila bukak adala saplo keping duit saplo ringgit, ceh!!....seratus dibahagi dgn nam orang dapat la sorang dalam RM16.66 sen...hehehhehehe....nak antar No.1 dress gi dry cleaning pun tak lepas!..keh..keh..keh..kiokk!!!
Author: jahcomel    Time: 7-4-2010 03:58 PM
Teringat pengalaman lama, kena detail jadi sword barrel......Pengantin lelaki tu kapten....bukanlah skot....but senior dlam 2 intake.  Kawin pulak dgn anak perempuan Jeneral 2 bintang. Majlis buat ...
PristineOne Post at 7-4-2010 14:57

kembang2 idung dpt rm16 je ..kalu mintak lebih xleh ke
Author: ADIWIRA    Time: 7-4-2010 06:05 PM
kembang2 idung dpt rm16 je ..kalu mintak lebih xleh ke
jahcomel Post at 7-4-2010 15:58




hahahahaha .. itu tahun bila dpt 16 ya jer..?

baru2 ni, ada member buat skuad barrel ni di n9.. pihak pengantin telah bagi RM1000.00..

kalau member, ada la bg rm50.00 upah dry keling...  ada jugak yg tak ambil sebagai tanda penghormatan/dan hadiah  kahwinn.. kalau rm16.00 mmg tak patut...    .. sori yerk, tumpang gelak
Author: uzisyaziha    Time: 7-4-2010 09:19 PM
rm16? murahnyer..
kalau hubby tulung buat sword barrel untuk kengkawan dia.. paling koman pun dapat rm50.00...
tapi tu 5 tahun lepas lah..
sekarang ni.. semua kengkawan dia dah kawen..
dia dah bersara dah dari buat keje ni...
Author: venez    Time: 8-4-2010 04:16 PM
kalau diikutkan sword barrel nih tradisi utk semua pegawai yang nak berkahwin, maybe harini kita buat sword barrel pada org lain, next time kita mintak org buat sword barrel utk kita plak....
Author: harleena    Time: 8-4-2010 06:10 PM
tak pernah merasa lalu bawah pedang.....
Author: sauffie    Time: 9-4-2010 08:43 AM
Kenapa dulu ada anggota bukan pegawai yang dapat kahwin silang pedang? kalau tak silap saya, navy.
Author: abangbikerz    Time: 11-4-2010 09:45 AM
alah dah org mesia ni mmg bodoh ape yg dipakai british itulah yg diikut.
Author: tok_rimau87    Time: 11-4-2010 11:20 AM


gambar cilok kat tenet..

suka hati jer kata bodoh..

lagi tak bertentangan ngan agama buat la...
Author: jazim    Time: 11-4-2010 12:25 PM
Pada aku ia lebih kepada menyatakan rasa hormat dan bangga dgn kerjaya sebagai pegawai tentera/polis dan memberi semangat untuk terus berkhidmat. Riak atau tak, itu pada diri sendiri. Saudara mara pun bukan x tau kalau si pengantin tu memang pegawai ATM/PDRM. Tak gitu?
Author: rafudhefu    Time: 15-4-2010 02:38 PM
Kalo yg x brape hensem pun ble pki smart2 ni nmpk cam leh thn..hahah...tp nmpk syiok jgk kalo kawen lalu bwh pedang eh...jgn after kawen, berpedang dgn bini udahhh..
Author: Burung_hantu    Time: 16-4-2010 01:49 PM
Baru last week attend wedding anak saudara yg kedua2 pengantin adalah polis,yg mana si suami pangkat Insp. Dapatlah nengok dia orang lalu bawah pedang. Tapi pedang tu aku lihat mcm plastik je....
Author: RainbowSix    Time: 16-4-2010 05:01 PM
'hanya Polis dan Tentera sahaja pegawai2 ditauliah oleh agung'

Check dulu..
Author: PristineOne    Time: 16-4-2010 06:49 PM
'hanya Polis dan Tentera sahaja pegawai2 ditauliah oleh agung'

Check dulu..
RainbowSix Post at 16-4-2010 17:01



   

Betul tuh!.........check dulu statement tu.

Paku emas dgn paku perak mana samer....heheheheheh...
Author: ADIWIRA    Time: 17-4-2010 02:56 PM
Paku emas dgn paku perak mana samer....heheheheh...


apa lagi bezanye yer?

pada 31/12/2008 polis berpangkat inspektor adalah (pegawai tidak diwartakan) manakala ASP ke atas adalah (Diwartakan)

sementara Leftenan Muda dan Kapten adalah Pegawai yang ditauliah oleh Agong (YDPA)

apa perbezaan mereka? SAya tidak tahu?

bermula 1/1/2009 , pegawai polis berpangkat Inspektor telah di Gazette (diwarta)

persamaan, kelayakan rekrut Inspektor adalah Ijazah s/m (Kep) ke atas sama seperti pangkat Kapten dalam tentera manakala Leftenen Muda adalah sama setaraf dengan Sarjan ke Sub Inspektor...

waktu bersara pula, Inspektor ke atas tidak meletakkan (B) di hujung nama mereka sementara pegawai tentera akan meletakkan pangkat mereka diikuti (B) dgn nama mereka..

contoh:-

Kapten (B) Ahmad Kama .............

ada2 apa2 lagi nak tambah sebagai maklumat
Author: RainbowSix    Time: 17-4-2010 06:11 PM
bukan dua perkhidmatan tu sahaja yg sama taraf...ada yang bawa padi emas...
Author: ADIWIRA    Time: 18-4-2010 05:20 PM
ada yang bawa padi emas...


maksudnye?
Author: pumpkingirl    Time: 19-4-2010 12:58 PM
lalu bawah pedang ni mcm berlagak pun ada jugak, tapi kalau mampu n layak apa salahnya.tapi x pernah dengarla pulak diorg dpt saguhati 16 hengget je,  biasa nya paling kurang pun rm50 n sponsor bilik hotel.
Author: PristineOne    Time: 19-4-2010 02:02 PM
apa lagi bezanye yer?

pada 31/12/2008 polis berpangkat inspektor adalah (pegawai tidak diwart ...
ADIWIRA Post at 17-4-2010 14:56




   
Hanya contoh mudah dan pernah terjadi dalam beberapa majlis.........

Contoh 1 :

Bertempat ;Di pejabat ADC SPB Yand Dipertuan Agung di Istana Negara (Blok Pejabat di belakang).
Waktu       ; Pagi jam 1000hrs semasa mesyuarat Majlis Raja Raja

hadirin dalam pejabat tu;  beberapa ADC Tuanku-Tuanku Sultan dan Yang Dipertua.

ADC Polis yang berpangkat DSP .....memberi tabik hormat kepada sorang lagik ADC Tentera yang berpangkat Mejar dan memberi ucapan Selamat Pagi Tuan kepada Mejar tersebut.  Mungkin juga pasal senior perkhidmatan atau courtesy salute tapi pada masa yang sama Pegawai Keselamatan Raja permaisuri Agung yang berpangkat ASP turut memberi Tabik hormat dan memanggil Tuan kepada sorang Kapten Askar Melayu yang mengiringi sorang Tengku Mahkota.


Contoh 2 (Kisah benar):

Terdapat kes (jenayah) yang melibatkan beberapa anggota tentera sebagai saksi.......semasa IO yang berpangkat ASP tu merekodkan kenyataan Adjutan pasukan. Panggilan yang digunakan adalah Tuan.


Contoh 3:

Masa Pertandingan menembak yang di hos kan oleh pihak Tentera, dalam acara jemputan pegawai-pegawai Polis yang sama bentuk pangkat dgn pegawai pegawai Tentera akan memanggil diri dgn panggilan Tuan walaupun sama sama 3 paku atau sama sama crown.


Contoh 4 :

Dulu-dulu masa pegi bayar saman dan nak minta rayuan kompaun trafik kebetulan tengah pakai Bush Jaket Uniform, masa berjumpa dgn Ketua Trafik Daerah (DSP)....terus dia sound   " Tuan, kenapa bawak laju ni Tuan?....... saya boleh bagik kurang lima ploh ja".... saya jawap " terima kasih banyak....ni pun ok"

heheheh.....
Author: alin6088    Time: 19-4-2010 04:01 PM
tringin la nk sanding bwh pedang.. huhu.. sy ade bf yg bru nk apply masuk KTD.. ade sape2 tahu psl KTD tu x?
Author: ADIWIRA    Time: 19-4-2010 07:36 PM
32 #

apa yang berlaku dalam keempat-empat contoh di bawah? boleh jelaskan?

mula2 biar saya jelaskan mengikut kefahaman saya...

contoh 1
DSP tidak perlu memberi tabik hormat kepada Mejar dan ASP tidak perlu tabik hormat kepada Kapten kerana satu pangkat... kecuali ASP perlu tabik pada Mejar atau DSP...
(bermula 1/1/2009 Inspektor adalah sama taraf dengan Kapten manakala ASP boleh dikategori sebagai 44 kalau saya tidak salah sementara Sarjan (Polis) ke atas sama taraf dengan leftenan Muda)


contoh 2

sepatutnya IO tu menggunakan bahasa "kamu" untuk merujuk kepada suspek atau pengadu di dalam merekod keterangan suspek tidak terkecuali orang yang mempunyai pangkat... kecuali sebagai pengadu..



contoh 3

apa panggilan yang harus digunakan oleh pegawai yang sama level?


contoh 4
DSP tu cuma nak 'membahasakan' jer... tapi sebenarnya hanya perlu membahasakan kamu atau awak sahaja.. betul tak?

pada PRISTINEONE boleh terangkan?
Author: alphawaves    Time: 19-4-2010 09:00 PM
caya lah adiwira..
Author: PristineOne    Time: 19-4-2010 11:36 PM
32 #

apa yang berlaku dalam keempat-empat contoh di bawah? boleh jelaskan?

mula2 biar saya je ...
ADIWIRA Post at 19-4-2010 19:36



Semua yang dijelaskan oleh Saudara tu betul la, kebanyakkan pegawai-pegawai Polis walaupun sama pangkatnya dgn pegawai tentera....selalunya berbahasa seperti contoh yang saya berikan...lebih lebih lagi bagi pegawai polis dari PGA atau PGK...diaorang rasa lebih "close" dgn geng geng askar.

Tapi mungkin saya warga tua x-services..... pada zaman saya dan apa yang saya saksikan....begitulah contohnya.


Tapi diatas kekurangan pengetahuan terkini atau ketidak prihatinnya saya,

Boleh saudara jelaskan atau mana mana forumners terangkan,

1) Perjawatan Pegawai Polis ( Inspektor dan ASP keatas), selain dari perjawatan diwartakan adakah seiring dengan pemakaian pangkat tersebut terdapatnya tauliah ?  

2) Sekiranya ada, pihak mana yang memberikan tauliah tersebut?
   - IGP ?
   - Menteri KDN ?
  -  Perdana Menteri ?

3) Semasa upacara Pentauliahan ( jika ada ), siapa yang datang?
   DYMM Raja - Raja Melayu ?
   DYMM SPB Yang Dipertuan Agung?

4) Apabila mana mana Inpektor Percubaan atau Kadet ASP tamat latihan.....apa majlis yang diadakan sempena
    tamat latihan tersebut?

   Perbarisan Tamat Latihan ?   atau Majlis Pentauliahan ?

Sekiranya dapat dijawap, terima kasih
Author: PristineOne    Time: 19-4-2010 11:50 PM
32 #

Inspektor adalah sama taraf dengan Kapten manakala ASP boleh dikategori sebagai 44 kalau saya tidak salah sementara Sarjan (Polis) ke atas sama taraf dengan leftenan Muda)ADIWIRA Post at 19-4-2010 19:36



Pada tahun 1988 hingga awal 90 an sebelum dirobohkan Sekolah Artileri ,Kem Segenting Batu 10, Port Dickson........bersebelahan adalah Pusat latihan Armour ( Pulamor)...

Pada masa tu, pihak Polis ada menghantar pegawai pegawai polis dari PPH ( sekarang PGA) berkursus di Pulamor bagi kursus Ketua Trup. happen that, Polis (PPH) ada mengoperasikan Armoured Tank yang sejenis dgn pihak Tentera.

Jadi kadang kadang terdapat diantara pegawai pegawai Polis tersebut yang berjalan melintasi Balai Pengawal Sekolah Arty dari Pulamor, tiada sebarang tabik hormat yang diberikan oleh RP .....dan sekiranya mereka ada sebarang pertanyaan di Balai Pengawal, RP - RP Sekolah Arty hanya memanggil mereka dengan panggilan "Enche" sahaja bagi Inspektor.

dan di Mes Pegawai Segenting Kem pula, hanya pegawai Polis yang berpangkat ASP sahaja diberi duduk di bilik Mes Pegawai. Pegawai yang berpangkat Inspektor pula akan ditumpangkan di Mes Sarjan.

Kenyataan diatas adalah fakta (pada zaman itu).

Jadi saya musykil sikit la sekiranya pihak saudara menyamakan taraf Inspektor sama dengan Kapten dan juga Sarjan Polis sama taraf dgn Lt.Muda.

Mungkin juga zaman dah berubah.....saya tak pasti.

Dapat kiranya diterangkan kat sini.

Terima Kasih
Author: super_nova    Time: 20-4-2010 12:05 AM
x silap saya Lt Muda sama ngan full Inspektor kan? dan skang kelayakan Lt. Muda adalah Ijazah pertama...sori kalo silap..
Author: sauffie    Time: 20-4-2010 10:06 AM
Reply 36# PristineOne
Kalau kadet suksis tamat latihan, biasanya raja yang jadi kaunselor universiti tuan rumah akan menyempurnakan majlis tamat latihan. Betulkan saya kalau silap.

Mengenai pegawai PGA dan PGK yang "close" dgn askar, memang macam tu. Pasal semua ada asas infantri. Masa Ayah dulu services masih loreng hijau(sebelum tukar loreng biru). Pasal zaman komunis, memang saling membantu.
Author: jahcomel    Time: 20-4-2010 04:03 PM
teringin gak nk kawin ngn pgawai tntera ni..leh lalu bwh pedangtp itu semo bgantung pd jodohh....
Author: jahcomel    Time: 20-4-2010 04:04 PM
teringin gak nk kawin ngn pgawai tntera ni..leh lalu bwh pedangtp itu semo bgantung pd jodohh....
Author: ADIWIRA    Time: 20-4-2010 04:40 PM
37#

Pristineone

Jadi saya musykil sikit la sekiranya pihak saudara menyamakan taraf Inspektor sama dengan Kapten dan juga Sarjan Polis sama taraf dgn Lt.Muda.


pekeliling perkhidmatan bil.25 2009 adalah perubahan baru ke atas skim perkhidmatan polis diraja malaysia dan telah diwartakan pada awal tahun 2010 dan perubahan skim ini bermula 01/01/2009 kepada pegawai yang layak dan kepada pegawai/anggota yang belum layak dinaik taraf ke skim baru perlu memenuhi syarat2 yang ditetapkan dan skim lama masih berkuatkuasa....  

dimana, skim tersebut telah menaikkan gred kelayakan Inspektor yang mana pemohon perlu memiliki Sarjana Muda (Kep) dan Grednya ialah YA13 (pengurusan dan profesional)...

pangkat Konstabel pula tetap sama iaitu SPM dan akan naik ke pangkat seperti biasa .. tetapi konstabel yang memiliki Diploma setelah tamat rekrut dan berkhidmat selama 3 tahun boleh memohon untuk dinaikkan ke pangkat 'Sarjan lantikan' dgn menggunakan kelayakan pendidikan Diplomanya..

orang awam yang memiliki Degree dan memilih bidang ketenteraan boleh memohon jawatan Kapten sementara yang memiliki Diploma hanya boleh memohon latihan rekrut leftenan Muda....

Sebelum ini (tahun 1988 hingga awal 90 an )  pangkat Inspektor (pegawai tidak diwartakan) dan hanya ASP ke atas sahaja (pegawai diwartakan) ...  betulla kata saudara PristineOne yang menyatakan polis berpangkat Inspektor hanya menerima panggilan 'Encik' sahaja dan hanya ASP dibenarkan di Mes Pegawai manakala Inspektor di Mes Sarjan...

Untuk polis berpangkat sarjan, terdapat perubahan dalam skim kelayakan yg akan ditingkatkan dari masa ke masa... apa yang dengar, akan ada Sarjan lantikan (konstabel yang memiliki diploma akan dinaikkan pangkat ke Sarjan dan buat tugas A.I.O- tanpa melalui pangkat lans koperal dan Koperal)






bermula 01/01/2009

polis berpangkat Inspektor telah dimasukkan ke skim pengurusan dan profesional dan sudah semestinya adalah 'pegawai yang diwartakan' kerana telah dinaik taraf kelayakan masuk (Degree)...  sebelum ini kelayakan masuk Degree adalah Kadet ASP.


bagi sarjan yang saya samakan taraf dengan leftenan Muda mungkin saya silap sebab ada juga anggota lama yang tiada Diploma... ntah susah nak hurai... mungkin ada yang lebih arif dalam hal ini..

SUPER NOVA

di atas saya telah jelaskan.. dulu Left. Muda adalah sama rank dengan Inspektor manakala Kapten adalah = ASP tapi sekarang

untuk tauliah tue... tak tahu la nak jelas.. sy bukan ahli..
Author: ixora08    Time: 20-4-2010 11:24 PM
selain polis n tentera, pegawai/penguatkuasa penjara pun ada gak wat majlis lalu bawah pedang kan.. aku tgk masa majlis, kwn aku kawin lalu  bawah pedang cam best je..
Author: sauffie    Time: 28-4-2010 05:02 PM
Kita berbalik semula pada topik asal.
Author: sauffie    Time: 18-10-2010 03:39 PM
Ada satu pertanyaan lagi? Kalau seorang pegawai tentera wanita berkahwin dengan pegawai polis lelaki. Pegawai mana lebih kanan untuk bawa upacara silang pedang? Maksud saya, pegawai yang akan bawak pedang?

Kalau nak dua-dua pegawai bawak pedang boleh ke? Kanan tentera,kiri polis.
Author: super_nova    Time: 21-10-2010 12:50 AM
pengantin lelaki yg bawak pedang
Author: perang_sivil    Time: 22-10-2010 10:24 PM
Reply 5# hadi1978

aku masa Lt Muda kawin lalu bawah pedang gak.... ingat Kapt je ke dapat? skrg Lt Muda dah kurang...
Author: harleena    Time: 22-10-2010 10:37 PM
Reply  hadi1978

aku masa Lt Muda kawin lalu bawah pedang gak.... ingat Kapt je ke dapat? skrg Lt ...
perang_sivil Post at 22-10-2010 22:24



  Memang la Lt Muda kalau kahwin pun boleh lalu bawah pedang gak. Kawan2 suami dulu masa kahwin semuanya lalu bawah pedang. Masa tu masing2 masih lagi ngan pangkat Lt Muda.
Author: sauffie    Time: 23-10-2010 12:42 PM
Reply 46# super_nova

Maksud saya, kawan-kawan yang akan jadi tukang silang pedang tu? Nak suruh polis ke tentera? Kalau nak dua-dua boleh? Belah kanan kawan suami, belah kiri kawan isteri. Boleh ke macam itu?
Author: zannmy    Time: 23-10-2010 01:37 PM
Sword Barrer? Sword Barrel? atau Swords Bearer?? haahaaa
Author: zannmy    Time: 23-10-2010 01:48 PM
Reply 37# PristineOne


    Tak silap saya, waktu itu dalam pasukan polis sendiri pun memanggil inspektor mereka sebagai "Encik" dan bukan "Tuan".
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini telah bertukar kepada "Tuan"......
Author: sauffie    Time: 24-10-2010 01:15 PM
Kalau dulu ASP=Kapten, level minimum pengurusan. Sekarang sudah berubah. Hari itu Zahid hamidi pun ada cadangkan, lepasan ijazah mula dari Lt Muda tapi gaji ijazah. Makin bercelaru polis dengan tentera bila "bukan ahli" campur tangan.

Kalau cadangan di atas jadi kenyataan, macam mana dengan Pegawai sukarela yang dah pakai kapten nak masuk graduan, takkan kopak 2 paku?
Author: perang_sivil    Time: 24-10-2010 01:35 PM
Kalau dulu ASP=Kapten, level minimum pengurusan. Sekarang sudah berubah. Hari itu Zahid hamidi pun a ...
sauffie Post at 24-10-2010 13:15



    Graduan ada skim khas sayang... zahid hamidi bagi cadangan tapi setelah disemak oleh Jemaah Tertinggi Angkatan tentera perkara itu tidak digunakai hanya penambahbaikan pada pegawai keluaran kolej Tentera Darat,laut dan udara serta graduan UPNM...
Author: sauffie    Time: 24-10-2010 03:00 PM
Reply 53# perang_sivil

1 of my skot dah pergi asas komando masa dia jadi pegawai sukarela. Dgr kata, kalau masuk graduan regular, kena kopak segala jenis wing dan layat pasal masa dia ambil basic itu dia sukarela lagi. Kira "tanam semula". Betul ke?

Dia kata, 3 bulan mcm tak rasa apa, orang lanyak sama je macam regular. He is medical student now. Kami skot yang lain pun tumpang bangga.
Author: perang_sivil    Time: 24-10-2010 03:23 PM
Reply 54# sauffie


    Asas komando sama sahaja... once u pass the course tak akan tanam semula... dalam kontek ni maybe your skot pergi PULPAK attend different course munkin Pemanasan or Kursus Keyakinan diri.. takkan tak rasa apa2 bila pergi course tue... semua yang pergi hanya yang betul2 cekal dan hati kering je...
Author: jahcomel    Time: 25-10-2010 04:49 PM
Reply  sauffie


    Asas komando sama sahaja... once u pass the course tak akan tanam semula... ...
perang_sivil Post at 24-10-2010 15:23



    kursus asas komando ibarat pergi 200org pas kna tapis tinggal 50org...y tinggal 2 mmg hati kering laaa tp aku respek laa ngn diaorg...kbnyakannye mreka x blagak laa
Author: PristineOne    Time: 25-10-2010 05:25 PM
Reply 54# sauffie

Tak kopek............ bley pakai semua sayap ngan badges tu..... walaopun Tauliah sukarela tidak dikira dalam kiraan tahun perkhidmatan tetap nanti.....tapi segala kursus askar yang dihadiri pada masa berkhidmat sukarela tu tetap diambil kira.


contoh:

Kpl Abu yang merupakan tukang kebun kat Sekolah Raja Ali, Tangkak, Johor. Dalam masa yang sama join Rejimen 501 sebagai anggota Sukarela bermula sebagai Prebet. Tahun demi tahun setelah pegi Kadar dan kursus lain yang se angkatan dgnnya...beliau pun naik la ke pangkat Kpl penuh dari L/Kpl. Dijadikan citer....terdapat kekosongan Kpl dicawangan Latih Rej.501, makanya dengan sokongan Timbalan Komander dan kelulusan dari BPS...beliau dikerah sepenuh masa. (tapi dia masih lagi anggota wataniah).

Menambah rezeki dia, bila wujudnya Rejimen Infantri yang baru....iaitu Rejimen Sempadan....maka beliau memohon untuk bertukar Kor dan memohon untuk perjawatan tetap. Bila permohonan diluluskan, makanya jadila si Kpl Abu ni sebagai anggota tetap TD.....dia tak kan jadik prebet atau terpaksa mengikuti semula kursus-kursus yang pernah dia hadiri semasa menjadi sukarela dulu.

Sekian adanya...
Author: sauffie    Time: 25-10-2010 06:58 PM
Reply 57# PristineOne

Salam tuan, saya nak tanya la pendapat tuan:

1. Adakah tuan beranggapan pegawai dari skim graduan ini "askar manja"?
2. Tuan ada pengalaman ke bekerja dengan mereka?
Author: sauffie    Time: 30-10-2010 02:57 PM
Nak tanya, kalau pegawai tersebut masih belajar lagi tapi dah nikah secara kecil-kecilan. Bila dia jadi pegawai regular, boleh ke dia buat upacara kahwin semula dengan silang pedang. Dia tak kisah, tapi bini dia nak. Maklumlah, pensyarah gred 41. nak jugak orang tahu dia kahwin dengan pegawai.
Author: dhia_khumairaa    Time: 2-11-2010 12:23 PM
bila la nk merasa lalu bwh pdng..kui2..
Author: sauffie    Time: 7-11-2010 10:44 AM
Reply 60# dhia_khumairaa

Cari la teman lelaki pegawai pasukan keselamatan.
Author: jazim    Time: 8-11-2010 11:19 AM
Reply 60# dhia_khumairaa

Dlm filem Ah Long Pte Ltd pun ada scene lalu bawah parang (perkahwinan ketua kongsi gelap)
Author: PristineOne    Time: 8-11-2010 12:26 PM
Reply  PristineOne

Salam tuan, saya nak tanya la pendapat tuan:

1. Adakah tuan beranggapan pegawai dari skim graduan ini "askar manja"?
2. Tuan ada pengalaman ke bekerja dengan mereka?sauffie Post at 25-10-2010 18:58



Pada pandangan peribadi saya, Pegawai Graduan ni tidakla manja.... tapi lebih kepada E-Soldiers.....dan kurang gerek sikit.
Kepala pun tak berapa wire short....mcm Pegawai yang memang dilanyak dari kadet dan naik dari LT.Muda.

Saya dah berjumpa dengan beberapa pegawai graduan yang menanti hari untuk cabut dari perkhidmatan. Bukan kerana perkhidmatan tentera ni tak bagus....tapi semangat dan hantu askar tak berapa masuk kat depa-depa ni. So depa ni lebih memandang pekerjaan dan pangkat Kapten yang disandang tu hanyalah pekerjaan semata-mata. Bagi yang memandang menjadi pegawai tentera ni merupakan satu tanggungjawap pada negara dan berbangga dengan tauliah ayng diberi oleh SPB YDP Agung maka jenis yang ini akan terus berkhidmat dan membina karier mereka.

Ya...saya berpengalaman bertugas dengan Pegawai Graduan ni....... bab teori....cyber world....software hardware....sim training...mereka memang terlatih... Mereka juga berdisiplin...tapi ada satu dua tradisi tentera yang tidak diamalkan mereka. Lagi satu takda cerita warrior atau exercise yang mereka ada. Bab mengambil risiko dalam command pun mereka ni tak berapa berani...semua ikut buku.
Author: sauffie    Time: 8-11-2010 02:25 PM
Reply 63# PristineOne

Saya pernah dengar, kebanyakan mereka setakat 10 tahun perkhidmatan. Tapi dapat la pegang mejar.

Bagaimana pula pegawai graduan asal dari llp? Sebelum mereka sambung belajar dekat luar, mereka llp.

Kebanyakkan pegawai graduan yang saya jumpa tak berapa garang. Ada tu lembut je.
Author: PristineOne    Time: 8-11-2010 05:46 PM
Post Last Edit by PristineOne at 8-11-2010 17:47
Reply  PristineOne

Saya pernah dengar, kebanyakan mereka setakat 10 tahun perkhidmatan. Tapi dap ...
sauffie Post at 8-11-2010 14:25



My Pengarah Rejimen ada quote ' ...they are not combatant enuf!!..."

So kira kurang 'keras' sikit la.....tapi bukanlah semua...

Mana-mana yang Pegawai Graduan yang duduk dalam Renjer dgn askar Melayu dan siap gi ambik wing bagai.....keras la jugak.
Dan bagi menjawap soklan tentang Pegawai dari LLP tu.....kebanyakannya very Combatant dan dijangka akan terus berkhidmat sampai pencen....
Author: jahcomel    Time: 9-11-2010 07:39 AM
Pada pandangan peribadi saya, Pegawai Graduan ni tidakla manja.... tapi lebih kepada E-Soldier ...
PristineOne Post at 8-11-2010 12:26



    patut laaa tgok pd pgawai2 graduan ni ramai y lmbik skit...kbayaknnya blagak coz ade pangkat 2 je...paling aku suke skali komando laaa ...
Author: jahcomel    Time: 9-11-2010 07:39 AM
Reply  dhia_khumairaa

Dlm filem Ah Long Pte Ltd pun ada scene lalu bawah parang (perkahwinan ket ...
jazim Post at 8-11-2010 11:19



    org tetap panggil lalu bwh pedang gakkk
Author: perang_sivil    Time: 9-11-2010 10:50 AM
Reply 63# PristineOne


    Pendapat yang defensif... Pada hemat saya ada Pegawai-Pegawai tentera dipecahkan kepada beberapa produk antaranya seperti berikut :

a.  Pegawai Lepasan Universiti Pertahanan Nasional M'sia (UPNM) - Belajar 4 ke 5 tahun dalam pelbagai Jurusan under UTM dan ditauliahkan sebagai Kapten dan setaraf. Masa cuti semester diaorg sibuk buat Latihan.

b. Pegawai Lepasan Graduan - Pegawai2 yang diambil dari siswazah yang memegang ijazah or Diploma meraka ni akan ditauliahkan sebagai kapten (untuk degree holder) dan Leftenan (Diploma Holder) kemudian baru dilanyak di Kursus Asas Pegawai Graduan di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram selama 6 bulan. Majoriti bila dah ada pangkat rasa megah/merak/nak dilayan macam Orang Lama tapi bila pergi kursus tahu tahu pahit maung derita dalam dunia tentera.

c. Pegawai Kadet - Pegawai 2 yang menjalani latihan selama  setahun didedahkan pada Ilmu Medan Perang, Senjata, Kawad, Perperangan, Etika dan bagai-bagai lagi mereka dilanyak separuh mati dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. So far majoriti mereka ni mmg bercita-cita untuk menjadi Peg Tentera dan taat setia, selalu diragging oleh senior dan tahan lasak. Tapi sekarang Pegawai Kadet dan diupgrade ke Pgkt Leftenan dan dipanjang masa latihan selama 18 bulan serta mendapat diploma.

d. Pegawai Direct Commission - Pegawai 2 yang ditauliahkan dengan pangkat Leftenan tetapi diambil dari anggota bawahan dari peringkat PTT Kanan atau Sarjan Ke atas. Mereka dilantik sebab mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sebahagianya untuk memenuhi perjawatan. Majoriti pegawai keluaran ni mempunyai mentaliti tak macam pegawai... senang cite masih berperangai mcm Lain-lain pangkat. tapai ada yang bagus tetap bagus la..

e. Pegawai tugas Khas - Sama mcm Para D tetapi mereka diserpkan untuk tugas khas sahaja dan menjawat jawatan kuartermaster . tugas untuk manage equipment, logistik dan bantuan perkhidmatan.

Rata-rata Pegawai tentera sama sahaja terpulang pada mentaliti individu pegawai tersebut. Walaubagaimanapun mereka ini semua layak untuk mendapat khidmat Sword Barrel atau Kahwin bawah Pedang.. Menjadi satu kemasyuran pada Peg Tentera bila detik ini bermula.....
Author: sauffie    Time: 9-11-2010 12:27 PM
Doakan saya supaya mendapat skim  pegawai graduan tukas ikhtisas.

Syarikat lama yang saya buat praktikal ada tawaran lepas habis, boleh kerja sebelum konvo. Perlukah saya meninggalkan dunia sukarela dan masuk dunia tetap.
Author: perang_sivil    Time: 9-11-2010 03:25 PM
Reply 69# sauffie


    Jawapan ada pada diri anda.. nak merasa keunggulan sebagai Peg Tentera then join regular... Kalau ada keyakinan dan keberanian InsyaAllah akan succes... Kalau masih bujang ini adalah masa dan peluang nak kahwin bawah pedang....
Author: sauffie    Time: 9-11-2010 05:58 PM
Reply 70# perang_sivil

Rasanya tempat saya dekat dunia tetap. Saya dah kahwin, tapi nikah kecil-kecil dekat masjid. Tapi boleh buat majlis kahwin silang pedang semula kan?
Isteri saya lecturer saya, dia senior 4 tahun, gred 41. Dia tak kisah saya nak kerja apa, cuma dia kata, dah kerja, buat majlis kahwin semula, dia nak lalu bwh pedang. Mencintai dia sepenuh hati.
Author: ejak    Time: 9-11-2010 10:06 PM
Cuma nak tanya pasal kahwin lalu bawah pedang.

1. Sejarah?
2. Kenapa hanya polis dan tentera sah ...
sauffie Post at 5-4-2010 18:25



    ang kata "kt forum len..isu kasut" ang pegawai,
       xkan la ang sdiri pegawai pon xtau. :-)
Author: kelana36    Time: 11-11-2010 01:48 AM
Sword Barrer? Sword Barrel? atau Swords Bearer?? haahaaa
zannmy Post at 23-10-2010 09:37



    Itu la, dari mula mula lagi dah salah, sepatutnya SWORD BEARER , bukan sword barrel.

   Tradisi perkahwinan untuk pegawai pegawai tentera pada asalnya, tetapi sekarang pasukan2 beruniform lain pun dah mula buat.
   Selalunya junior officers yang kena buat untuk meraikan senior dia orang kawin.
Author: jahcomel    Time: 11-11-2010 07:36 AM
Itu la, dari mula mula lagi dah salah, sepatutnya SWORD BEARER , bukan sword barrel.

  ...
kelana36 Post at 11-11-2010 01:48



    apa kelebihan lalu bwh pedang niii
Author: sauffie    Time: 11-11-2010 07:45 AM
Reply 67# jahcomel

Akak, macam mana dengan teman muda akak tu. Masih berjalan lagi ke? Saya dengan isteri ok je. Cuti semester ini saya kerja separuh masa dekat restoren makanan segera. Isteri kata saya tak perlu kerja, tapi tak sedap la makan duit dia.{:2_73:} Dia keluar pergi kerja, saya duduk rumah. Nanti apa kata adik beradik dia. Pensyarah bukan macam guru sekolah. Cuti sem tetap kena kerja.
Author: jahcomel    Time: 11-11-2010 07:50 AM
Reply  jahcomel

Akak, macam mana dengan teman muda akak tu. Masih berjalan lagi ke? Saya de ...
sauffie Post at 11-11-2010 07:45



ttp jalan dik....heheheeeee ...alhamdulillah dia matang,bila kami bsembang akak nmpak kematangan dia 2....
Author: kelana36    Time: 11-11-2010 09:24 AM
Reply 74# jahcomel


    Kelebihan... cut cost. Tak perlu sewa baju pengantin, guna uniform sendiri jer  

   Glamour I think, sebab not everybody can have that opportunity.
Author: hanahani5865    Time: 11-11-2010 09:48 AM
Lain citer..since adat kahwin jalan bawah pedang ni adalah warisan dari british..tidak kah ini agak2 ...
alphawaves Post at 7-4-2010 02:33

akidah ape nya..bukan lalu bwh pedang sambil pegang salib ke, beromen sambil jalan ke..manede..
Author: hanahani5865    Time: 11-11-2010 09:51 AM
hahahahaha .. itu tahun bila dpt 16 ya jer..?

baru2 ni, ada member buat skuad barrel ni  ...
ADIWIRA Post at 7-4-2010 18:05


ku pun nak tompang gelak..mcm 1st time je dgr..tu jenuhlah nyental 1 dress tu.. huisshhh, sungguh x patut..
Author: jahcomel    Time: 11-11-2010 10:30 AM
Reply  jahcomel


    Kelebihan... cut cost. Tak perlu sewa baju pengantin, guna uniform sendiri ...
kelana36 Post at 11-11-2010 09:24



    kena bayar x nnti?..kn ramai y duk pegang pedang 2
Author: sauffie    Time: 11-11-2010 01:09 PM
Reply 76# jahcomel

Adakah akak memikat dia dengan bau badan akak?
Author: kelana36    Time: 11-11-2010 01:20 PM
kena bayar x nnti?..kn ramai y duk pegang pedang 2
jahcomel Post at 11-11-2010 06:30



    Tak perlu bayar, tapi kalau nak bagi upah tu apa salahnya. Ianya merupakan satu upacara yang dibuat secara espridicorp atau semangat bekerjasama dalam satu pasukan, samalah juga macam bergotong royong atau kata johor panggil rewangan  kat kampung kampung bila ada kenduri kawin. Tak la ramai sangat, 6 buat silang pedang, sorang bestman pun cukup.
Author: jahcomel    Time: 11-11-2010 02:07 PM
Reply  jahcomel

Adakah akak memikat dia dengan bau badan akak?
sauffie Post at 11-11-2010 13:09



    hampeh tul nko punye soalan sopiii... ....dia 2 jnis 'ustaz' laaaaa...
Author: sauffie    Time: 13-11-2010 09:50 AM
Reply 83# jahcomel

Akak ada perasaan cemburu tak pada teman akak tu? Bini saya cemburu la akak, bila saya jumpa pensyarah perempuan nak buat rujukan, malam karang dia bermasam muka. Ini pun dia tak bagi kerja part time, dia kata mesti kerja sebelah perempuan.
Author: jahcomel    Time: 14-11-2010 07:31 AM
Reply  jahcomel

Akak ada perasaan cemburu tak pada teman akak tu? Bini saya cemburu la akak, bil ...
sauffie Post at 13-11-2010 09:50



    ade la sikit2... ..ye la cemburu tandanye syg
Author: akuabom    Time: 8-2-2011 09:21 AM
16 hinggit tu ok lg, suami penah dapat habuk je..skot kawen..saya gelak je...pada saya, bg la token sikit, tanda ucapan terima kasih..saya kawen 3 taun dulu pun bg RM80 sorang, beg goodies siap kain pelekat, kain batik semua. Klu pengapit lagi la byk bagi..moga2 yg pegang pedang tu pun doakn perkahwinan kita. Ni bila bagi RM16 @ tak bagi langsung, org pakat dok mengata...tp niat tu kena la ikhlas..ye dak??
Author: md_nana    Time: 1-3-2011 05:02 PM
pas bace thread neh...rase tak sabar nak ajak bf kawen...nak gatai lalu bwh pedang kate nye...hahah
Author: md_nana    Time: 1-3-2011 05:03 PM
pas bace thread neh...rase tak sabar nak ajak bf kawen...nak gatai lalu bwh pedang kate nye...hahah
Author: callmegurlz    Time: 2-3-2011 07:08 PM
weeee... sword barrel.. mau jgk
jimat lg dsitu sbb husband dh pkai 1dress... so wife je yg kene cari wedding dress.. jimat2..

p/s: klau dua2 pgawai.... dua2 la pkai 1dress.. ekekeke
Author: ainurmaisara    Time: 9-3-2011 07:42 PM
dari segi baju mmg la jimat, tp dr segi majlisnyer lak yang lebih dik...hehe..
Author: callmegurlz    Time: 9-3-2011 09:10 PM
Reply 90# ainurmaisara


    mmg pun kak... diakui tu... blanja utk mjlis la yg mnyakitkn kpala.. even wat kt umah.. klau wat kt dewan or hotel mau botak kpala kluar blanja.. tp pikir2 xmau la abiskn blanja yg tramat utk mjlis sbb byk lg bnda mau pikir lps kawen.. wahh!! mcm la dpt mrase sword barrel tu.. skadar mlihat pngalaman kwn2~ hehehe..
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:56 PM
hahahaha....
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:56 PM
Reply 81# sauffie
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:57 PM
haha...........
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:58 PM
Reply 90# ainurmaisara


hahhajjjkkkkkkk
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:59 PM
Reply 77# kelana36


hahhahall
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 09:59 PM
Reply 93# autmn88


hehehhehe
Author: autmn88    Time: 9-3-2011 10:00 PM
Reply 95# autmn88


okokokokok
Author: ainurmaisara    Time: 10-3-2011 02:34 PM
Post Last Edit by ainurmaisara at 15-3-2011 09:50

tulah.. mase saya kawen dlu dkt 4 thn lepas.. upah sword bearer je dah rm80 sorng, ader 13 org mase tu termasuk sorng pengapit pengantin lelaki.. tu je dah baper modal dah.. lom kire lagik utk goodies beg n makanan utk diorg ni biasanya same meja ngn vvip... Tapi pe pon sekali je seumur hidup kan, takpe la berhabis skit...
Author: kelana36    Time: 10-3-2011 07:39 PM
Its SWORD BEARER la, bukan sword barrel....
sila betulkan, nanti bini pegawai cakap salah buat malu jer..




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4