CARI Infonet

Title: Walau mereka hanya ibu bapa angkat.... [Print this page]

Author: Kasihsucibu    Time: 18-7-2013 02:59 PM
Title: Walau mereka hanya ibu bapa angkat....
Salam..

Aku terpaksa register nick baru sebab aku nak luahkan masalah peribadi.

Aku dah lama tau bahawa aku adalah anak angkat sejak aku berada dalam sekolah menengah lagi. Bukan dari mulut ibu bapa angkatku tapi dari mulut saudara2 di kampung yang terkadang terlepas cakap membuatkan aku syak dan akhirnya pasti yang aku ni anak angkat. Tapi aku tak pernah tanya pada ibu bapa angkat sebab tak sampai hati. Ibu bapa angkat tak pernah cerita perkara sebenar pada aku malah tak pernah sekali pun seumur hidup aku berasa diri aku adalah anak angkat. Ibu bapa menjaga dan mendidik aku bagai menatang minyak yang penuh. Aku tak pernah rasa tersisih walaupun aku dah mula tau yang aku adalah anak angkat sahaja. Begitu sempurna ibu bapa angkatku semoga Allah membalas segala jasa dan kebaikan mereka padaku.

Ibu bapa angkatku tiada anak lain. Jadi hanya padaku mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang mereka. Ya Allah betapa mulia ibu bapa angkat kurniaanMu ini padaku. Sehingga tahun 2010 kami 3 beranak hidup penuh bahagia bila suatu saat Allah mengambil kembali pinjamannya kepada kami. Bapa pergi menghadapNya akibat serangan jantung. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Perasaan ibu apatah lagi. Semenjak itu, aku mengambil alih tugas ayah. Menjaga dan cuba membahagiakan ibu walau takkan pernah sama seperti arwah bapa. Beberapa lama juga aku melihat kesedihan dan kepayahan ibu menerima ketiadaan suaminya. Namun dalam usiaku 24tahun ketika itu aku harus kuat memberi semangat pada ibu. Terlalu ingin rasanya melihat ibu sebahagia dulu.

Penghujung Oktober 2012, tiba2 ibu jatuh sakit. Terkejut mendengar perkabaran hospital mengenai penyakit ibuku yang sudah tidak boleh diubati. Keadaan telah kronik. Dan akan menjadi semakin kronik dari hari ke hari. Tapi aku tak mahu ibu patah semangat. Tak pernah aku ceritakan kondisi kesihatannya yang sebenar. Walau aku terkadang patah semangat. Ya Allah sekuat ini dugaan Mu pada kami Ya Allah. Saban hari aku mencari perubatan2 altetnatif lain untuk ibu. Pelbagai usaha dilakukan untuk ibu yang paling aku sayang ini. Sesungguhnya aku tak sanggup melihatnya semakin hari semakin lemah tak berdaya. Sehingga bulan 6 baru2 ini, sekali lagi ibu dimasukkan ke wad hospital. Allah Maha Mengetahui, doktor memberitahu keadaan ibu semakin tenat. Aku tak tahu di mana lagi ingin mengadu. Saban masa aku berdoa semoga Allah terus meminjamkan semangat dan kesihatan yang telah diambil dari ibuku. Ya Allah aku tak sanggup melihat penderitaan ibu.

Kini dah hampir sebulan lebih ibu keluar dari wad hospital. Aku terpaksa berhenti kerja demi menjaga ibu yang sudah tak mampu lagi menguruskan diri sendiri. Kesihatan ibu yang semakin buruk, ingatan ibu yang telah hilang, kudrat ibu yang telah lemah.. Ya Allah kasihani ibuku Ya Allah.. dalam keadaan yang begitu perit kini.. aku kini mengetahui siapa diriku yang sebenar. Yang sesungguhnya pedih untuk aku telan.. tetapi itulah hakikat yang harus aku terima..




Author: pakwetizzaqyah    Time: 18-7-2013 03:21 PM
kau @izamahmed eh???

Author: Kasihsucibu    Time: 18-7-2013 03:43 PM
Semalam makcikku datang ke rumah dari kampung melawat ibu iaitu kakak sepupu yang dianggapnya seperti kakak kandung. Arwah nenek meninggal selepas melahirkan ibu, bapanya pula kerja di perantauan. Jadi ibu makcikku ini iaitu adik perempuan kepada bapa ibuku yang menjaga ibuku sejak dari bayi. Membuatkan mereka akrab seperti adik beradik.

Melihat keadaan ibu yang semakin tidak berdaya, makcik mula bertanya samada aku mengetahui siapa diri aku yang sebenar. Aku lihat ada air mata yang mengalir di pipi makcik. Dia mula menceritakan siapadiriku sebenarnya. Sesungguhnya pedih hatiku untuk menerima. Tapi dugaan ini telah mematangkan aku. Aku mendengar satu persatu butir kata makcikku dengan hati yang tenang.

Aku sebenarnya adalah anak tidak sah taraf atau anak luar nikah dari seorang wanita kenalan nenek saudaraku. Melihatkan ibu bapa angkatku yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata maka nenek saudaraku membantu mencarikan anak angkat untuk mereka.

Kebetulan wanita muda tersebut ingin melahirkan dan sudah tidak diterima ibunya di kampung. Lelaki yang membuntingkan pun sudah tidak mahu bertanggungjawab. Perbincangan dibuat dan ibu bapa angkatku membayar semua kos hospital dan memberi sedikit wang kepada wanita tersebut. Setelah selesai segalanya, wanita tersebut mengambil keputusan tidak mahu melihat bayinya lagi kerana rasa bersalahnya. Bayi itu pun diberikan kepada ibu bapa angkat. Bayi itulah aku.. dan ibu bapa angkat itulah ibu bapa angkatku kini yang Allah anugerahkan kesempurnaan kepada mereka dalam menjaga dan mendidik aku. Terima kasih Ya Allah..

Makcik menyambung lagi, tentang kisah ibu mempunyai seorang adik lelaki yang masih hidup (2 orang lagi telah meninggal dunia). Adik lelaki sebapa. Aku mengenali seluruh sanak saudara ibu bapa angkatku. Tetapi aku langsung tidak mengenali adik lelaki ibuku sehingga usiaku pada masa itu 20 tahun. Adik lelakinya menghilangkan diri langsung tidak menjenguk kakaknya sendiri sehinggalah satu peristiwa terjadi dan mempertemukan kembali mereka berdua. Mereka kembali berbaik sehingga kini.

Pada pertemuan adik lelaki ibu (aku gelarkan pakcik A) dengan makcik di hospital semasa melawat ibu baru2 ini, dia bertanyakan pada makcikku samada aku mengetahui status diriku yang sebenar. Tentang tanah rumah yang aku diami sekarang. Tentang tanah ibuku yang di kampung. Juga tentang tanah felcra ibu. Adakah sudah tukar nama. Dia juga ada berkata boleh memulangkan aku kembali kepada ibu yang melahirkan aku kerana dia kenal wanita itu jika apa2 terjadi. Katanya dia mahu mengambil rumah yang aku diami sekarang. Ya Allah, sesungguhnya aku benar2 kecewa dengan apa yang aku dengar. Pakcik A yang aku hormati dan sayang rupanya hanya menginginkan harta ibu daripada ibuku kakaknya sendiri. Dia tak pernah lagi datang melawat ibu. Hanya itu sekali.. itupun hanya bertanyakan soal harta.. sedangkan aku diamanahkan arwah bapa dan ibu untuk menjaga dan memiliki rumah ini..

Walau mereka ibu bapa angkat..... sesungguhnya mereka adalah ibu bapa ku di dunia dan akhirat. Allahurabbi..
Author: syafarah_2k    Time: 18-7-2013 03:58 PM
siannyer...bertabahlah tt
kejisss betoi pakcik tt tuh
Author: pink_bundle    Time: 18-7-2013 04:01 PM
sedih.... berat dugaan... semoga tabah menhadapinya.....dan allah memudahkannya
Author: izamahmed    Time: 18-7-2013 04:18 PM
pakwetizzaqyah posted on 18-7-2013 03:21 PM
kau @izamahmed eh???

aduiii aku pulak dipanggilnye

Author: LoveLavender    Time: 18-7-2013 04:25 PM
ada hikmah disebaik semua ni TT..
hanya Allah yg maha mengetahui..
TT kena sabar dan kuat..
nape la pakcik TT tu takda perasaan lgsg..
kerana harta hilang terus rasa perikemanusiaan
Author: im_cyclist    Time: 18-7-2013 09:36 PM
bersabar dan bertabahlh...
smg Allah mempermudahkan urusan mu tt.
Author: cmf_blingblings    Time: 18-7-2013 10:36 PM
Inilah nasib anak angkat, sedang terjadi kpd mereka yg dekat dgn aku. Untuk TT, aku faham yg harta itu penting tapi yg paling penting ialah jasa ibu bapa angkat yg menjadikan awak sebagai manusia yg berjasa. Anak kandung sendiripun sering menderhaka pd ibu bapa tapi anda adalah manusia yg mulia kerana sanggup bergenti kerja semata2 untuk menjaga ibu tercinta. Harta boleh dicari ganti. Hari ini pakcik ambil harta mak awak, esok orang lain akan ambil balik harta tu dari pakcik awak. Selalu percaya bahawa nilai 20 tahun itu lebih besar dari segala harta yg direbutkan tu. Dengan semangat yg anda ada suatu hari nanti anda akan lebih berbangga kerana dapat mengumpul harta dari titik peluh sendiri dari bergantung kpd harta orang lain dan sepanjang hidup anda menjadi ungkitan manusia2 yg tak pernah berpuas hati dgn anda.

Perkara ni boleh dibawa berbincang, jgn terlalu emosi hanya kerana harta, tumpuan anda sekarang pd ibu yg sedang sakit. Penuhilah hari2 ibu anda dengan kebahagiaan seperti mana dia membahagiakan hidup anda selama ini.
Author: Kasihsucibu    Time: 18-7-2013 11:14 PM
terima kasih pada yang memberi respon. tiada siapa dan tiada tempat untuk aku mengadu. bukan mengharapkan simpati sesiapa. tapi hanya sekadar mencari tempat untuk meluahkan. aku hanya seorang perempuan biasa yang berusaha untuk kuat dalam menghadapi hari2 yang aku lalui sekarang dan hari ke depannya. aku tau cabaran yang akan aku hadapi nanti bukan mudah.

untuk arwah bapa.. maafkan anakmu ini jika aku tak mampu mempertahankan rumah kita.. maafkan anakmu ini jika amanatmu supaya menjaga ibu tak dapat aku laksanakan dengan sempurna.. nyata aku telah berusaha sehabis baik wahai bapa.. semoga Allah menjagamu di alam sana..

buat ibu yang paling aku sayangi.. berkuatlah wahai ibu.. sesungguhnya anakmu ini tak sanggup melihat kesakitan yang kau alami.. terasa ingin sekali aku berkongsi kesakitan itu bersamamu. terasa tak sanggup aku mengharungi hari2 depanku lagi. di mana kasih sayangku ini ingin kucurah lagi.. bangun dan sedarlah ibu.. sesungguhnya aku amat rindu berkongsi rasa dan cerita denganmu. lama sudah tak bergurau bagai dulu. aku rindu suara kasihmu..

wahai Allah.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani.. Kasihi dan dan kasihani ibuku wahai Allah.. Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang Maha Penyayang..
Author: chazey    Time: 19-7-2013 01:46 AM
mungkin ibu kandung kamu juga tidak rela melepaskan kamu pergi tapi keadaan memaksa beliau.

tengok ni;



ni surat yang dijumpai bersama dengan seorang bayi yang ditinggalkan di masjid, bulan jun lepas (di tempat aku).

maafkanlah ibu bapa kandung kamu.

dan kamu sendiri move on with life.

memberi kemaafan bukannya mudah, tapi ianya juga bukan mustahil. kamu pasti boleh hidup lebih tenang selepas ini.

tentang pakcik kamu, semoga beliau ditimpa sakit yang amat tenat kemudian hidup terseksa. manusia busuk hati ini, cuma Tuhan saja yang mampu handle. Last edited by chazey on 19-7-2013 01:49 AM


Author: Kasihsucibu    Time: 19-7-2013 07:13 AM
sebenarnya saya langsung tidak menyimpan apa2 dendam terhadap ibu yang telah melahirkan saya. marah apatah lagi. kerana dia saya dapat merasai kasih sayang murni ibu bapa angkat kini. segalanya telah Allah tentukan. mungkin takdirnya memang begitu.. saya dilahirkan oleh insan lain.. tetapi dijaga dan dididik insan lain. tak mengapalah jika rumah yang saya diami sekarang ini pakcik A ambil tapi mengapa perlu dihantar saya kepada ibu yang melahirkan saya semula? terasa begitu tidak diperlukan diri saya. sedangkan saya boleh pergi dan menjaga diri sendiri dengan Allah di sisi. saya bukannya budak kecil lagi.. kini menjangkau usia 27 tahun. malahan semestinya orang melahirkan saya dulu tentu sudah berkahwin dan mempunyai anak2nya sendiri. buat apa perlu diganggu dia yang tak mengerti apa2 dan risau nanti akan menggoyahkan rumah tangganya.

tapi sehingga ibu masih ada.. saya akan tetap tinggal di sini dengan ibu. takkan sanggup dan takkan sesekali akan saya tinggalkan ibu. semoga Allah memudahkan urusan kami..
Author: jazaa    Time: 19-7-2013 10:04 AM
Tt dah 27 thun.....
Tt tak perlu ikut kata bapak sedara tt....kalau dia nk ambil rumah selepas ibu tak de....terpulang pada dia....tt blh bawak haluan sendiri....cari kerja tempat lain yang aman damai.....lupakan kesedihan....
Author: Kasihsucibu    Time: 19-7-2013 12:34 PM
kini ibu di zon kritikal di hospital. hanya Allah dapat membantu ibu sekarang. semuanya doakan kebaikan untuk ibu saya
Author: MizzAurora    Time: 19-7-2013 12:45 PM
Sedih dengar kisah TT...harap TT bertabah lah....
Author: Kasihsucibu    Time: 19-7-2013 03:44 PM
ibu sekarang di wad. ibu da tak sedar. tak bangun. ya Allah sehebat ini dugaanMu pada kami ya Allah.. bantu ibu dalam menghadapi dugaanMu ya Allah. . ringankanlah kesakitan dan penderitaan ibu yang punya hati mulia ini..

pada yang prihatin di sini.. mohon doa kalian buat ibuku..
Author: kun_tum    Time: 19-7-2013 04:21 PM
ya allah tt...semoga tabah

Author: aku_best    Time: 19-7-2013 06:07 PM
Orang yg berbakti kepada ibu bapanya akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Semoga tt tabah. Sy mendoakan ibu tt akan sihat dgn rahmat Allah...
Author: zehra2    Time: 20-7-2013 01:42 AM
sebenarnya kisah manusia yg suka mengambil kesempatan ni, dah biasa kita dengar. tp kita tak pernah mengambil iktibar.
semua yg ada memelihara anak angkat, tolonglah, faraidkan harta yg ada sebelum kematian.
dalam isu TT ni, aku tertanyalah jugek. dalam IC & surat beranak TT, nama TT di bintikan siapa?
kalau berbintikan ayah angkat, takde sebab pakcik TT nak rebut harta peninggalan ibu.
sebab TT adalah waris yg sah.
melainkan kalau TT cuma ada sijil anak angkat.
Author: mitnick    Time: 20-7-2013 02:23 PM
harap tt tabah.. skrg nie focus jaga mak ye...

mebi niat pak cik tue xnak tt sorg2 sunyi, sbb tue dia suggest nak jumpakan tt dgn mak kandung. mebi kalau tt takut rumah tangga mak kandung goyah, tt boleh try jumpa dia secara berdua shj. harap tt tak benci mak kandung, walaupun dia tak jaga tt sampai besar tapi dia sanggup mengandungkan tt. bygkan cemuhan & pandangan serong org t'hdpnya selama m'ngandungkan tt, dia tetap nak lahirkan tt. mak kandung berikan tt pada mak angkat sbb dia percaya, mak angkat boleh bahagiakan tt, n tt deserve a better life.

bab pak cik tt yg sibuk2 hal harta masa mak tt still sakit, yg tue i pon xsetuju. memang tak patut langsung. kalau dia ambil sekalipun rumah tt, percayalah akan ade hikmah disebaliknya. harta dunia tak kemana tt. tt fokus kerjaya, future family n kumpul harta sendiri. mana tau rezeki tt lagi murah dr rezeki pak cik. jgn putus asa, berdoalah semoga urusan tt dipermudahkan...  



thanks momod @juju_amin84 for the tacang Last edited by mitnick on 25-7-2013 08:31 PM


Author: jazaa    Time: 20-7-2013 09:07 PM
Tt....
Mcmana keadaan ibu tt....
Harap cepat sembuh.....
Author: azre    Time: 22-7-2013 08:50 AM
aku dah jangaka, makcik kau dan pakcik A tu saje je ceritakan yg kau tu anak angkat, pastu dtg menjengahkan muka masing2,  sebenarnya dia nak kan harta arwah bapa dan ibu kau.... patut dulu arwah bapa dan ibu kau buat siap siap wasiat utk berikan sebahagian harta penginggalannya kepada kau... kau pulak, tanya la soal ni kat ibu kau...suruh ibu kau buatkan wasiat....skrg kat bank2 pun ade sediakan khidmat buat wasiat...kau pun kena fikir jugak nasib kau...jgn jadi lurus bendul sgt, nanti satu habuk pun kau tak dpt...dah la kau sebatang kara....kau nak hidup merempat ke? ibu kau mesti taknak tgk kau hidup merempat....doa banyak2 dan berusaha...pastu tawakkal...sekurang2 nye kau dah berusaha...
Author: gujiwa    Time: 22-7-2013 09:05 AM
hurmm banyak dah kes mcm ni.. tapi kau perlu ingat.. mereka mmg ada hak.. tapi tak bermakna komen aku ni nak down kan kau.. insya-Allah ada rezeki lebih baik utk kau akan datang bertabah la..

fokus kau skrg ni jaga mak kau..
Author: chaoyunjie    Time: 22-7-2013 09:52 AM
aku harap TT bertabah...
Author: MissMamamia75    Time: 22-7-2013 10:41 AM
bertabah lah TT...
setiap yg berlaku...ada hikmahnya..
berbudi pd ibu sgt mulia...biarpun dia xmelahirkan TT..
moga ibu cepat sembuh & dpt sama2 beraya ngan TT..
dugaan di bulan puasa..sentiasa berdoa & dekat kan diri pada Allah..
InsyaAllah hati akan lebih tenang & redho..
Author: cagOO    Time: 22-7-2013 11:41 AM
Positifnye awak.. baguslah.. soal harte tu tak perlu la awak risaukan.. sekirenye mmg milik
awak inshaAllah dgn izinNya akan tetap terpelihara utk awak.. kalo tade tu redhalah.. ape yg penting skang ni awak berpeluang berbakti pade org tua yg membela awak.. bersabar ye..
Author: alieyrina    Time: 22-7-2013 10:35 PM
Aku doakan pakcik ang bankrap nanti tt

semoga ibu tt cepat sembuh....jika tidak, lepaskan la dia  mengadap Kekasih nya yg hakiki..kesian dgn org yg bertarung penyakit kronik ni    yg menengok pun seksa, apatah  lagi org yg menanggung kesakitan tu  
Author: MrsInsp    Time: 23-7-2013 08:37 PM
bertabahlah TT...ni yg slalu sya pikir ttg msa depan ank sya bila jdi apa2 dkt kmi berdua..ank angkat mmg x layak dpt harta..tp ibubapa kna buat hibbah atau namakan nma ang angkt cpt2..smga ank sya membesar mcm TT menjadi ank yg solehah dan bersama kmi ke akhir hayat...aminn..
Author: poyohabis    Time: 23-7-2013 09:50 PM
Siannye tt.
Author: Noraslinda    Time: 24-7-2013 08:47 AM
izamahmed posted on 18-7-2013 04:18 PM
aduiii  aku pulak dipanggilnye

hahhahha...saje je kan
Author: FMKiller    Time: 24-7-2013 09:37 AM
Bab harta tu, masyarakat melayu nih memang nak sangat ikut sistem faraid Islam..tapi bab melaksanakan tanggungjawab kepada ahli keluarga tak nak lak ikut.

Untuk TT, bertabah lah hadapi semua nih. memang wujud manusia yang pentingkan herta sampai sanggup menidakkan hak2 orang lain. Tapikan dalam surat beranak TT, nama TT berbinti kan sapa? nama arwah ayah TT ka? kalau nama arwah ayah TT, memang TT boleh di anggap waris yang sah. sebab kalau anak angkat tak boleh berbintikan nama ayah angkat:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan tentang  Menggabungkan Nama Anak angkat Dengan Bapa Angkat Dalam Sijil Pengangkatan Dan Kad Pengenalan. Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana anak angkat yang diangkat oleh orang Islam tidak boleh dinasabkan kepada bapa angkatnya.


Tapi kalau fight untuk harta nih, hidup msti tak tenang dengan walau menang atau kalah. Kalau menang akan dikelilingi orang2 yang tak puas hati. kalau kalah akan terperuk rasa tak puas hati dalam diri. Just berserah pada Allah dan tunaikan tanggungjawab sebaiknya. InsyaAllah, Allah akan beri ketenangan.

Author: enncy    Time: 24-7-2013 02:54 PM
simpati dgn tt. semoga Allah permudahkan segala urusan...
Author: dcc01    Time: 25-7-2013 04:23 PM
Bersabar la TT, setiap yang berlaku ada hikmahnya, yang pasti kita tak akan tahu kecuali bila sampai masanya. Ajal dan maut di tangan tuhan berdoa la jika masa telah tiba redha dan lepaskan lah dengan tenang. Allah maha penyayang, harta hanya la perhiasan dunia yang tak kekal. Cari la diri TT sendiri kerana TT di lahirkan dan mendapat kasih sayang dari ibubapa angkat. Bersabar lah.
Author: ffbeauties    Time: 25-7-2013 04:38 PM
saya harap tt memang ada kerja tetap...
sebab takut apa-apa berlaku nanti tinggal sehelai spinggang.
Kalau ibu n ayah angkat awak da letak rumah tu atas nama awak, pls fight la utk diri awak ye dr bpk sedara yg haloba tu..
tp klu rumah tu blum di letakkan atas nama awak harap tabah dan cuba cari rumah sewa dulu ke...(hopefully tt da ada keje tetap jd xdelah perit sgt nt nk mula hidup sendiri)



Author: cmf_acura    Time: 26-7-2013 08:42 AM
Bab harta 2, kalau ianya sudah diserahkan kepada TT semasa hidup, ianya adalah hak TT dan tak termasuk dalam faraid. Seeloknya buat surat perjanjian
Author: Kasihsucibu    Time: 28-7-2013 03:19 PM
Salam semua..

Ibu saya telah pergi menghadap Penciptanya pada hari jumaat 26 julai 2013 jam 7.30 pagi. Alhamdulillah dia pergi dengan tenang sekali dihadapan saya. Jatuh pula hari meninggalnya pada nuzul quran jumaat dan bulan puasa. Saya doakan ibu adalah pilihan Allah untuk pergi pada hari yang mulia itu. Sesungguhnya perit untuk saya terima pemergian ibu tapi saya rasa sangat2 berbangga punya ibu angkat yang tersenyum dengan wajah berseri2 di saat pengebumiannya. Ya Allah jika inilah rahmatmu ke atas ibuku, aku bersyukur Ya Allah..
Author: camrey    Time: 28-7-2013 05:18 PM
Kasihsucibu posted on 28-7-2013 03:19 PM
Salam semua..

Ibu saya telah pergi menghadap Penciptanya pada hari jumaat 26 julai 2013 jam 7.30  ...

Al-Fatihah

Salam takziah..Moga TT tabah




Author: niniekartini    Time: 28-7-2013 05:53 PM
Innalillah.. semoga TT tabah.. bersabarlah..semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..
Author: cmf_blingblings    Time: 28-7-2013 09:56 PM
Kasihsucibu posted on 28-7-2013 03:19 PM
Salam semua..

Ibu saya telah pergi menghadap Penciptanya pada hari jumaat 26 julai 2013 jam 7.30  ...

Alfatihah

Ucapan takziah untuk TT, semoga TT makin kuat dan tabah di bulan yg mulia ni. Setiap yg berlaku ada hikmahnya cuma kdg2 bila kita dilanda emosi kita tak nampak.  

Author: tartnenas    Time: 29-7-2013 02:02 PM
innalillah. salam takziah. semoga kau terus kuat dan tabah, jgn sesekali kau putus asa dan harapan.

Author: Kasihsucibu    Time: 31-7-2013 10:47 AM
Lagi beberapa hari nak raya. Sedih rasa tanpa insan tersayang di sisi. X tau macam mana nak luahkan perasaan ni. Ibu dan ayah pergi secepat ini. Tinggalkan aku seorang diri. Ke mana lagi arah kakiku ini..
Author: pinkaddict    Time: 31-7-2013 03:32 PM
Takziah buat tt..
Semiga tt tabah mengharungi hari2 mendatang.
Tt seorang anak yg baek, menjaga kebajikan ibu hingga ke akhir usianya,
insyaAllah Allah tidak akan mensia2kan hidup tt.
Sentiasalah redha dan bersangka baik denganNya insyaAllah Dia akan sentiasa bersama TT
Author: ninokostra    Time: 4-8-2013 01:59 AM
Sabar banyak. Berdoalah sentiasa untuk mereka. Kau anak yang baik. Mereka juga ibubapa yang baik. Bab harta tu kalau ade rezeki kau dapatla. Kalau xde xpayah harap sangat. Kau boleh cari harta utk kau sendiri.

Sedih aku baca cerita ni. Sabar banyak2 ye. Aku mampu suruh kau sabar je. Kalo perlu bantuan apa2 kau pm je lah. Insyaallah aku bantu. Jangan patah semangat. Aku rasa arif sangat ttg masalah kau ni..
Author: jihah    Time: 4-8-2013 10:12 AM
kawan jihah seorg anak angkat. mak angkat dia xada anak lain.
tp mmg dia dpt semua harta mak angkat tu..
dh mak angkat tu nk bg kn

Author: dellashrill    Time: 4-8-2013 12:48 PM
Innalillah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Semoga TT dapat bangkit dari kehilangan ini.
Author: Kasihsucibu    Time: 19-8-2013 02:21 PM
Salam..

Pada yg bertanya, memang saya berbintikan bapa angkat saya. Cuma pada sijil beranak nama ibu adalah nama ibu kandung. Sekarang pakcik saya nampaknya semakin tidak puas hati bila tahu tanah kelapa sawit arwah ibu telah ditukar milik kepada nama saya. Saya sekarang sangat risau dan buntu tentang tanah rumah ini memandangkan nama pada geran ada 3 bahagian. Nama saya 1 bahagian, nama arwah bapa 1 bahagian dan nama arwah ibu 1 bahagian. Saya x tahu bagaimana nak selamatkan tanah rumah ini. Sesungguhnya saya amat sayang akan kenangannya. Pada forumer jika da yang boleh memberi pendapat tolong bantu saya..
Author: MMISS    Time: 20-8-2013 11:02 AM
Kasihsucibu posted on 19-8-2013 02:21 PM
Salam..

Pada yg bertanya, memang saya berbintikan bapa angkat saya. Cuma pada sijil beranak nama  ...

1/3 bahagian ko mmg takde siapa yg boleh kacau tapi 1/3 bhgn ibu n 1/3 bhgn ayah kena buat faraid. memandangkan mereka tiada anak maka adik beraik mereka ada bahagian tetapi mereka boleh menolaknya jika suka.

alu ko mampu ko belilah bahagian ibu bapa angkat tu tapi ko kena jugak buat pembahagian dulu. ko bleh amik form harta pusaka kecil dari website. isi form tu dan submit ke pejabat dorang atau pejabat tanah. dokumen yg perlu ko sertakan semua ada dalam website.



Author: Kasihsucibu    Time: 30-8-2013 01:32 PM
Bila dah tinggal sorang2 hanya Allah saja tempat bergantung. Saya x tau macam mana nak gambarkan perasaan ni. Rasa hidup sangat kosong. Rasa rindu yang amat sangat. Tiap2 malam saya mimpikan arwah. Memang saya terlalu rindu pada arwah. Ya Allah macam mana saya nak luahkan. Betapa berat dugaan yang saya pikul..

Kalau boleh putar balik masa..saya nak kembali pada zaman kanak2 saya. Saya nak sangat rasa kasih sayang mak ayah saya. Kenapa saya macam ni saya x tau. Kadang2 saya x boleh nak kawal perasaan sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsia di sebalik semua yang jadi pada saya. Saya sentiasa berdoa semoga Allah jaga mak ayah saya di sana. Semoga mereka mak ayah dunia akhirat saya. Semoga saya dapat bersama lagi dgn mereka nanti. Kun fayakun..
Author: rose_2011    Time: 30-8-2013 03:32 PM
TT, bersabar dan tabahlah. kuatkan semangat, dan be brave, apa pun kita perlu jadi cerdik. tak boleh lurus.
bab2 harta ni rose tak leh nak bantu sebab rose kurang arif, maybe kawan2 forum ni tau. kalau x maybe leh tanya jabatan agama or pej tanah dll.

kita senasib TT, rose tau dari kecil lagi tapi parent angkat rose taktau yg rose dh tau. Macam mana rose leh tau, masa kecil2, biasa la budak2, suka memunggah. Rose punggah almari baju, terjumpa kad anak angkat, ada nama rose n bahagian nama bapa angkat, diisi dgn nama ayah angkat rose sekarang. Plus, wajah rose tak sama langsung dgn parent n kakak rose. Rose nye muka ala chinese, so bila keluar dgn mama, org tanya kenapa muka mcm cina, mama mesti coverline ckp "dia ikut ayah dia".. bila keluar dgn Daddy, org tanya soalan yg sama, Daddy pun ckp mcm tu "dia ikut mama dia la"..hahaha

Tapi dari kecil, rose ada mak long yg kurang waras, bila dia naik kebulan ( tak makan ubat la tu), mula la mengarut bukan2. sampai keluar rahsia rose. n kadang2 rose gi beraya dengan kawan2 sekampung kumpul duit raya, ada umah mak cik sorang ni, kenalla dgn Mama n Daddy. tetiba anak dia yg jantan dah besar panjang, boleh tanya mcm ni " eh ni bukan anak orang bela tu ke".. tersentak mak dia, then slumber mak dia ckp " mesti la anak org bela,kalau tak takkan besar sihat"..hihi

Bila rose dah sekolah menengah, skali tu rose g umah akak rose, jiran dia buat open house, geng2 cikgu la ni. tengah syok makan semeja dgn kak n kawan2 dia, one of her friend, leh tanya mcm ni dekat kak rose openly " dia dah tau mak bapak dia yg sebenar".. tersentak semua org. Rose tak ingat apa kak rose ckp sebab rose dah bangun blah dari meja tu. tak kuasa nak memberi muka kat org bernama 'Cikgu" tapi tak pandai.

and kita memang senasib, bila 2006, Daddy pergi meninggalkan kami kerana serangan jantung juga. Masa tu rose baru second year degree. Tengah jawab exam 1st paper masa tu. Kakak rose call. Selepas arwah pergi, rose tangguhkan pengajian 1 semester sebab nak jaga Mama. Kakak pun kadang2 balik, tapi takleh komit sebab kak pun dah ada family.

At last baru2 ni, rose dah nak kahwin, baru mama rose bagitau rose status rose. Tapi rose tak tekejut pun, mama je nangis2 masa cerita.hehe. Memang mama kena bagitau sebab proses nak apply kahwin ni kena ada wali.. Alhamdulillah rose dah dapat wali hakim. Bakal mak mentua pun dah tau, taktau la macam mana dia tau. Biasala org tua2 ni walaupun tak reti fb bagai, network diorang besar sebenarnye.hihi
Author: cmf_blingblings    Time: 30-8-2013 11:01 PM
Terima kasih pd yg sudi berkongsi kisah hidup. Bersyukur walaupun berstatus anak angkat kerana itu anugerah Allah untuk kita. Tak semua anak-anak yg punya ibu bapa kandung sendiri membesar dgn kasih sayang. Ada yg diterajang ada yang didera dan ada yg dibiar hidup sendiri tanpa kasih sayang. Sesungguhnya hidup anda2 lebih bermakna sebagai manusia.




Welcome to CARI Infonet (https://mforum.cari.com.my/) Powered by Discuz! X3.4